Tuesday, July 13, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat yang tidak terhingga oleh Allah Ta’ala dalam menjalani kehidupan seharian kita di atas muka bumi milik-NYA. Setelah hampir 2 bulan siswa siswi kita bercuti, kini tibalah semester baru yang ditunggu-tunggu terutama bagi adik-adik yang akan menempuh kehidupan baru sebagai mahasiswa.
Ahlan wasahlan dan selamat datang diucapkan kepada adik-adik di seluruh kampus yang baru sahaja bergelar mahasiswa pada Isnin lalu. Moga-moga kehadiran mahasiswa –mahasiswa baru ini dapat memberi berjuta manfaat dalam melahirkan modal insan yang cemerlang disamping bertambah para ilmuan dan cendiakawan di Negara ini.
Sempat bertemu dengan beberapa orang pelajar baru, kelihatannya mereka sangat teruja dan gembira apabila kini sudah bergelar mahasiswa. Walau bagaimanapun, kegembiraan yang dirasai ini janganlah pula dicalit dengan rasa duka ibu bapa kelak. Masakan tidak, ramai dikalangan mahasiswa kini yang tidak segan silu mencemarkan nama baik dan keintelektualan mahasiswa dengan pakaian, tingkah laku, tutur kata, cara bertindak mereka dan sebagainya.
Sedar atau tidak, mahasiswa kini hanya tinggal gelaran di mata masyarakat. Nasihat penulis, nikmatilah kehidupan mahasiswa ini dengan penuh tanggungjawab terhadap agama, bangsa, Negara, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Tambahlah ilmu yang ada di sekeliling kita sekalipun ianya bukan dalam bidang yang diceburi. Berusahalah membantu masyarakat dalam memberi kefahaman yang benar dalam soal agama, siasah, ekonomi, dan sebagainya.
Semester baru kini menampilkan wajah baru kepada semua warga Uni Malaya, oleh itu marilah kita sama-sama tanam semangat baru, azam baru dan pointer baru yang lebih baik!! =) selamat maju jaya kepada semua, moga setiap amalan kita sentiasa diberkati-NYA dan mendapat keredhaan dalam menuntut ilmu Allah Ta'ala.
Allahua'alam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment