Sunday, January 31, 2010

Sekitar Pilihan Raya Kampus UM.....


Hari Penamaan Calon
25 Januari 2010 yang lalu telah ditetapkan sebagai hari penamaan calon bagi setiap calon yang akan bertanding pada pilihan raya kampus Universiti Malaya yang jatuh pada hari Khamis berikutnya iaitu 28 Januari 2010. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang calon yang ada mengalami sedikit masalah. Apa pun semuanya dapat berjalan dengan baik. Terima kasih kepada wakil calon saya yang sangat optimis menjalankan tanggungjawab apabila terpaksa bergegas ke SKR bagi mendapatkan pengesahan keputusan peperiksaan penggal lalu. 

Proses yang agak lama juga untuk menunggu keputusan siapakah calon yang bakal bertanding dalam PRK UM kali ni. Setelah bantahan dibuat, seorang dari calon Penggerak Mahasiswa telah diterima bantahan ke atasnya menyebabkan beliau tidak layak bertanding. menunggu pula proses rayuan yang juga agak lama memang menuntut kesabaran yang tinggi. Usai solat maghrib, kami dipanggil ke Auditorium KPS untuk menanti pengumuman nama-nama calon yang layak bertanding. 

Alhamdulillah tersenarai dalam nama-nama yang layak, kami dipanggil pula untuk membuat undian. Proses agak terganggu bila mana seorang dari calon umum telah pun pulang dan terpaksa menunggu sehingga beliau datang semula ke audi, memandangkan wakil calonnya juga tidak ada. Sabar je la..
Dan akhirnya, U13 inilah yang saya bawa hingga ke garisan terakhir.

Kempen
Hari pertama berkempen, alhamdulillah tidak ada apa yang merumitkan. Semuanya berjalan dengan baik. Tapi biasalah kalau ada kena tegur dan marah sikit2 dari wakil calon terutama manager saya. ^_^ walaupun badan dan otak agak letih melayan teguran mereka, saya tetap mengambilnya sebagai iktibar dan itu adalah untuk kebaikan diri saya. seharian jadual saya penuh di susun oleh mereka, cuma dapat rehat sikit pada sebelah petangnya sebelum menyambung kembali kempen ada jam 4 petang sampailah malam.
Terima kasih kepada tuan kereta myvi oren, semangat tu naik kereta oren... Wakil calon merangkap trainer Us Zul Amirul, Qayyum, Kak musaiyadah. Wakil calon yang sangat banyak membantu Shukri, Lokman, Shahril, Kak Ummu, Kak Zahrah dan Nabilah.

Masuk hari kedua, saya dan teman2 (wakil calon) perlu lebih kuat dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku. Seperti yang dijangkakan, hari kedua lebih mencabar. jadual saya sangat pad dan makan pun sudah tidak teratur sehingga menuntut saya dan wakil2 calon untuk makan di dalam kereta. Sampai ke destinasi seterusnya, makan mesti dah kena siap!

Menariknya hari ni saya bertemu dengan lebih ramai orang baik dari kaum melayu, China, India, Foreigner dan sebagainya. Pesanan dan teguran semalam saya ambil dan nekad tuk lakukan yang terbaik lagi. Alhamdulillah suntikan semangat tu tempias pada semua teman2 yang berada di sisi. Penyokong2 fan club pun kelihatan sana sini untuk kenalkan U13 pada orang ramai.



Halangan demi halangan di terima apabila kami mula menyusun langkah memasuki kolej2 kediaman. Seperti biasa keadaannya sebelum ini, time PRK la pintu pagar kolej akan terpelihara dari pencuri sebenar. macam2 syarat yang dikenakan, langsung tidak membenarkan calon masuk berkempen dan sebagainya. Kadang2 saya rasa sangat pelik! Apakah kolej kediaman itu milik mutlak mereka?? Bukankah itu kolej untuk mahasiswa dan mereka berhak untuk mendenagr, melihat dan menilai sendiri tanpa sebarang sogokan dan paksaan..

Apa pun harapan saya untuk penjaga pintu pagar ni... Teruskan kerja amal anda semua untuk kebajikan dan kebaikan mahasiswa di dalam kolej. Yela kan, kalau tunggu ramai2 sampai ke subuh macam tu, pencuri pun takut nak masuk. So, tak ada dah la kes2 pecah bilik ke, kecurian ke..ok ;-)

Lagi satu, jangan terlalu takut dengan Pro-M, sebab mereka datang insyaAllah tak ada pun barang2 yang hilang atau rompakan berlaku. Jadi, teruskan menjaga gate supaya kita dapat mengelakkan kes2 yang tidak diingini berlaku lagi di kolej2 kediaman...^_^ 
~ Harapan untuk Penjaga Pintu pagar ~

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....