Sunday, January 31, 2010
28 Januari 2010 (Pagi-Petang)
Tarikh ini adalah tarikh keramat buat semua mahasiswa dalam memilih dan menetukan siapakah bakal pimpinan yang akan menerajui Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) bagi sesi 2009/2010. Agenda yang di bawa pada kali ini ialah 'meneruskan agenda perubahan' yang telah pun dilaksanakan oleh MPMUM sesi 2008/2009 yang lalu. Tekad dan semangat kami tidak pernah luntur dalam membawa suara dan kebajikan mahasiswa dalam varsiti ini.
Proses undian berjalan dengan baik walaupun pada jam 9.30 pagi kami mendapat aduan daripada beberapa orang teman di kolej kediaman ke lapan (Kinabalu) yang juga merupakan kolej saya akan membuang undi ada mengalami sedikit masalah dari sudut sususan komputer. Setelah berunding, mereka pun menyusun kembali susunan tersebut. Namun, saya selaku pengundi yang mengundi di kolej tersebut tetap tidak berpuas hati dengan susunan itu berikutan orang yang menjaga di belakang sewenang2 nya dapat melihat undian saya dan pengundi2 lain dan ini tidak ada lagi kerahsiaan.
Ya, benar! mungkin mereka kata, "skrin jauh, mana ada nampak" tapi pada saya itu adalah hak privacy pengundi walaupun nampak sikit2. Ini baru dnamakan hak privacy mahasiswa, bukan nak masuk kempen kat kolej baru dikatakan hak privacy. Mengapa kolej lain boleh ada penutup di setiap komputer??
hurmm...fikir dan nilai lah sendiri.
28 Januari 2010 (Petang-Malam)
"Segera ke Dewan Tunku Canselor (DTC)" Berdebar saya mendapat mesej tersebut. Ini bermakna pengiraan undi telah pun di buat. 6.30pm kami sampai di sana, kelihatan sudah ramai mahasiswa memenuhi perkarangan DTC. Mata meninjau2 mana calon2 yang lain. Masuk ke ruangan DTC, ramai yang sudah berkumpul untuk masuk duduk di ruangan tengah untuk mendengar pemgumuman NC akan kiraan undi yang telah di buat.
Laungan semangat dan sokongan dari kedua2 belah pihak bergema di dalam DTC. Masing2 punya kekuatan dan kali ini tidak pula saya mendengar laungan dan bising2 dari Parti Bebas (Freedom), hanya 2 kumpulan yang common itu saja yang berlawan2 sehingga terpaksa ditenangkan oleh ayahanda Naib Canselor.
Tidak seperti tahun2 sebelum ini untuk mendapat keputusan undian terpaksa menunggu sehingga jam 3 atau 4 pagi. Tapi tidak lagi pada tahun ini apabila pada petang itu juga kami telah mendapat keputusan undian bagi setia calon. 'Cepat' dan 'Cekap' kan e-Voting ni??
Pengumuman dimulakan dengan Kerusi Fakulti. Alhamdulillah diperingkat Kebajikan Mahasiswa kami telah mendapat 4 kerusi tanpa bertanding iaitu di Akademi Pengajian Islam, Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini dan Saudari Nur Dalilah Mokhtar. Selain itu 1 kerusi di Fakulti Medic, Saudari Yasmin dan 1 kerusi di Fakulti Dental iaitu Saudara Syukri. Kerusi yang bertanding dan mendapat undian tertinggi ialah 2 kerusi dari Fakulti Bahasa dan Lingguistik, Saudari Fitriani Ilyas Rassid dan Saudari Husnah Khairany. 2 kerusi di Pusat Kebudayaan, saudara C.Chin Nam dan Saudara Hairil. manakala 1 kerusi di Akademi pengajian Melayu, saudari Nurul husna.
Setelah pengumuman diperingkat Fakulti telah diumumkan, seperti biasa pengumuman diperingkat umum lebih mendebarkan seluruh pengundi dan penyokong. Satu demi satu nama dan gambar calon umum keluar bersama jumlah undi masing2. Alhamdulillah kami telah pun mendapat 8 kerusi umum dari 9 kerusi yang dipertandingkan. Antara yang menang di peringkat kerusi Umum ialah Mohd Hafiz Ilyas, Mohd fadzil, Mohd Syafiq Badrisyah, Chan Kheng fai, Siti Nadzirah Majeed, Lee Keang Kiat, Siti Zuraini Mohd Jenan dan Goh Chin How. Seorang dari calon umum kami yang tewas ialah calon Foreigner iaitu Ojukwu henry.
Apapun, pada malam tersebut kami masih tidak dapat keputusan rasmi dari Ayahanda NC dan terpaksa menunggu jam 10 pagi keesokan harinya. Apa yang terjadi?? ...........................................................
'Cepat' dan 'Cekap' kan e-Voting ni sehingga terpaksa menunggu keeseokan harinya untuk mengetahui keputusan......Bantah! Bantah! Bantah e-kertas! (marah us, aizat n us ridwan nnt ^_^)
p/s : Cerita dan berita seterusnya tunggu hari esok, kalau tak sabar boleh baca dalam mana2 blog dan laman berita online..nantikan kronologi sepanjang rapat umum yang dilaksanakan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment