Monday, February 1, 2010
Maafkan saya untuk entry kali ini, sebarang kronologi berkaitan dengan PRK UM pada 28 januari baru-baru ini bolehlah dirujuk dalam mahasiswakini atau blog promahasiswaum. Saya tidak dapat menceritakan satu persatu atas sebab-sebab tertentu.
Bantahan..
Apapun, di sini saya ingin berkongsi bagaimana pahit jerih mahasiswa yang inginkn kebenaran dan keadilan ditegakkan di dalam kampus sebesar ini. Selesai pengumuman undian oleh ayahanda Naib canselor Khamis lalu, kami diberi peluang untuk membuat bantahan memandangkan banyak perkara yang berlaku sepanjang kempen dilihat sangat tidak adil pada pihak kami.
Bantahan demi bantahan di buat dengan pelbagai bukti yang dikemukakan seperti gambar-gambar, saksi, rakaman video dan sebagainya. Apa yang menyedihkan, semua bantahan yang dibuat ditolak mentah-mentah.
Sehingga jam 10 malam keputusan masih lagi tidak diputuskan. Kononnya penggunaan e-Voting ini akan mempercepatkan keputusan diketahui umum tetapi nyata kenyataan ini sudah lagi tidak valid untuk digunakan. Malah keputusan diminta tangguh pada keesokan harinya. Tetapi apa yang menghairankan, sudah ada media yang menggempar gempurkan akan kemenangan pihak tertentu sedangkan kami tidak pula mendapat sebarang keputusan daripada mana-mana pihak. Pelik! Mahasiswa mula bangkit supaya tidak terus menerus di tipu!
Rayuan..
Keesokan hari, Jumaat 29 januari 2010 kami mula berkumpul di depan DTC menanti apakah keputusan yang bakal dikeluarkan. Sementara pada jam 10 pagi, rayuan masih dibuka memandangkan semua bukti-bukti bantahan kami ditolak. Menyedihkan lagi apabila setiap dari rayuan itu kami perlu bayar RM 50 untuk 1 rayuan, kilang buat duit kami pun bangkrap, tak tahu nak buat duit kat mana dah..
Penantian kami sehingga hampir jam 11.30 pagi nyata hampa tanpa sebarang berita. Kedengaran di corong-corong telinga kami yang TNC pula telah keluar ikut pintu belakang sangat menyakitkan dan kami menempelak tindakan beliau.
Rapat Umum..
Jam 12 tengah hari rapat umum telah diadakan. Mahasiswa yang berada di perkarangan DTC mula meyusun langkah naik ke canselori untuk bertemu sendiri dengan NC dan TNC. Pelbagai laungan protes yang dikeluarkan oleh mahasiswa. Mereka mendesak agar NC dan TNC turun untuk bertemu sendiri dengan mahasiswa dan member kenyataan berhubung dengan pelbagai kes yang berlaku sepanjang PRK berlangsung.
Kelihatan Pegawai keselamatan juga sudah tidak dapat berbuat apa-apa apabila mahasiswa mula bangkit bersuara dan mara menyusun langkah menuntut keadilan mereka. Desakan demi desakan yang dibuat oleh mahasiswa menyebabkkan ayahanda NC dan TNC turun juga bertemu kami untuk memberi penerangan mengenai keputusan PRK dan beberapa insiden yang dirasakan memerlukan penjelasan dari mulut TNC sendiri.
Rundingan & Resolusi..
Ayahanda NC meminta 10 orang wakil pelajar untuk berbincang dan berunding. Hampir 4 jam rundingan, yang mana disambung semula selepas solat Jumaat telah membawa kepada beberapa resolusi. Antaranya ialah :-
1) Ayahanda NC membenarkan 1 konsultan di bawa masuk untuk check semula system e-Voting yang dibuat oleh PTM.
2) NC bersetuju untuk membuat siasatan atas TNC dan pihak-pihak tertentu mengenai beberapa penyelewengan (RM 5000 dan Hotel Quality) serta sekatan-sekatan yang dilakukan terhadapa beberapa calon Pro-mahasiswa.
3) Keputusan pada hari Khamis yang lepas dibekukan dan ditangguhkan sehingga selesai siasatan dilakukan. Sebarang kenyataan media mengenai kemenangan pihak-pihak tertentu adalah tidak valid!
Perarakan Aman..
Sekitar jam 5 petang, mahasiswa mengadakan sekali lagi rapat umum di perkarangan DTC dengan laungan semangat dan mereka mengadakan perarakan aman sekitar UM dengan laungan STUDENT POWER!!
Antara lain yang kita perolehi dalam rundingan ini ialah sama ada keputusan yang adil dan bersih diterima, tidak kira menang atau kalah atau kita akan mengadakan PRK semula, dan Ayahanda NC juga menerima candangan kita supaya pembuangan undi dilakukan di fakulti masing-masing tidak lagi di kolej kediaman.
Selain cerita sensasi ni, ada yang lebih sensasi apabila ada satu kumpulan yang ikut berkumpul bersama kami. Kami tahu niat mereka adalah untuk mendengar apakah keputusan yang bakal keluar hari ini tapi lain pula jadinya bila mereka ikut serta nak berbalah mulut dengan kami. Ada yang main-main dengan menangkap gambar muslimat kami. Apa pemimpin seumpama inikah yang kita mahukan? Dengan tidak rasa malu datang ke kelompok muslimat, tangkap-tangkap gambar dan sebagainya. Maaf saya katakan, saya sangat jelek melihat perangai mereka ketika itu.
Nasihat saya, apabila kita tidak tahu menahu akan apa yang berlaku, eloklah bertanya dan jangan sampai memalukan diri sendiri. Kami tidak melawan mana-mana pihak tapi kami melawan sistem yang dilaksanakn. Petang tu bila Kami berarak secara aman, mereka setia menanti kami pulang. Bagus juga tu, tapi kalau ikut serta sekali lagi bagus.. Setakat hari Jumaat lalu, inilah yang berlaku. Detail lagi boleh lihat you tube ^_^..
Kami ragu sistem! Kami juga ragu akan pelaksana!
STUDENT POWER!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment