Wednesday, November 4, 2009

10 Cara Membina Motivasi Diri


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh kesah." Kenudiab bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut :


1) Perbaiki imej anda dan cuba lakukan sedikit perubahan.
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas, elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda dengan sedikit solekan ringan (jangan berlebih-lebihan). Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda ; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang minta pendapat.


2) Lakukan senaman ringan.


3) Senyum ; dengan senyuman boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya semula.


4) Berfikiran positif.
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


5) Dapatkan tidur yang mencukupi.
Runsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.


6) Luahkan pada seseorang.
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.


7) Curahkan di atas kertas.
Curahkan semua yang merusingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega. (cubalah.....tapi tidak semua orang begini caranya)


8) Bersedia untuk berubah.
Jangan teragak-aagak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedangkan anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.


9) Cari kegemaran.
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong, carilah kegemaran-kegemaran baru dan lihat adakah minat anda boleh tumbuh di situ.


10) Bertegaslah.
Bertegaslah dengann diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguhlah pada keputusan itu dnegan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.
~Dr HM Tuah~


Sungguhpun begitu, jangan dilupa bahawa ALLAH adalah segala-galanya. Kita terlalu banyak merancang tetapi kita terlupa untuk memohon dengan ALLAH agar diperkenankan. Kadang-kadang kita terlalu berfikir, tetapi kita kurang tawakkal dan kadang-kadang kita terlalu banyak risau dan kurang optimis...sedangkan tiap ujian itu adalah tarbiyyah ALLAH bagi menguji tahap keimanan kita agar kita selalu bermuhasabah dan ingat kepada DIA.
Allahu a'lam...

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....