Kalam Allah Itu Indah
Nak tahu sebab apa? ye, inilah yang sangat menarik minat dan membuatkan saya termenung seketika mengenangkan sikap dan tabiat mahasiswa seperti kebanyakan kita. Yang belajar dari kecil sehinggalah menjejakkan kaki ke Universiti yang menjadi impian tiap mereka yang melepasi zaman persekolahan. Sedikit perkongsian saya bersama kalian adalah bagaimana penduduk di kawasan masjid tersebut menggunakan institusi masjid dengan sebaiknya??
Hari tersebut saya bersama beberapa orang rakan merancang untuk berbuka di salah sebuah masjid sekitar Bandaraya. Saja nk cari mood baru ^-^... Petang tersebut kami dijemput untuk berbuka bersama-sama penduduk di sana dengan makanan yang telah pun siap disediakan.
Bertanya pada seorang penduduk di sana, makanan berbuka puasa telah disponsor selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagus la begitu, tiba-tiba teringat pula kat Akademi Pengajian Islam yang sering menjadi tumpuan pelajar yang duduk di luar kampus dan kolej2 berbayar. Masakan tidak, makan free tu...
Seusai solat tarawikh malam tu, kami duduk bertadarus bersama. Badan dah penat, tak larat juga nak teruskan bacaan Quran yang panjang. Jadi kami mengambil keputusan untuk berehat seketika. Buku yang sering menemani ke mana jua pergi, diambil lalu di baca. Namun, tak sampai setengah jam menelaah buku tersebut mata dah berpinar-pinar minta rehat. Saya lantas bangun nak segarkan mata, berborak bersama rakan-rakan.
Berjalan ke setiap sudut masjid, kami terpegun seketika melihat beberapa kelompok adik-adik sekitar usia 9 tahun hingga 15 tahun duduk bertadarus dengan di temani seorang murabbi. Hebatnya mereka ni, getus hati kecil saya. Kami jeling jam masing-masing. Wah! dah hampir jam 11.30 malam, bagusnya adik-adik ni. Agaknya di kampus ketika ini ada ke kelompok tadarus yang akan duduk hingga jam 12 malam?
Sekitar jam 12 malam mereka semua bersurai. Kami duduk di ruang legar masjid tersebut, tersengih-sengih adik2 ni memandang kami. Mana taknya, mesti mereka tak sangka, ada orang ambil gambar mereka hari ni..=) seronok jumpa dgn adik2 yang comel ni.
Sepanjang malam kami menghabiskan masa dengan bermuhasabah bersama. Malam itu kami nekad penuhkan aktiviti ibadah kami, ye la lepas ni tah bila lagi nak merasai ketengan seperti itu. Pulang ke kampus kene pandai bahagi masa dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain pula.
Keesokan paginya, jemaah subuh juga sangat ramai yang hadir. Dalam hati kami, macam mana mereka ni dididik ye? mentaliti mereka mungkin berbeza dengan kita tapi jiwa mereka lebih kuat untuk bermujahadah. Ada lagi rupanya sekumpulan mereka yang sedar di tengah-tengah Bandaraya yang hebat dengan pelbagai budaya hidunismenya.
Alhamdulillah, perhentian kami kali ini banyak yang dijadikan pengajaran. Berkemas-kemas hendak pulang, sekali lagi kami tertarik dengan suasana di sana. Hebatnya golongan wanita itu. Pada hari-hari biasa sebelum ini merekalah yang sibuk mngemas rumah, membasuh pakaian, menyediakan makanan. Tapi lain pula rutin mereka semasa bulan Ramadhan yang mulia ini. Ada 4 kelompok dalam ruang muslimat tersebut yang khusyuk bertadarus. Sebaik solat Dhuha, mereka duduk bersama untuk bertadarus sehinggalah jam 11 pagi.
Kali ni, tak sempat la pula nak ambil gambar, segan dengan akak2 dan makcik2 yang sedang khusyuk bertadarus =).. Kami melangkah keluar dari masjid tersebut dengan pelbagai perasaan yang nanti kami akan kongsikan bersama sahabat-sahabat di luar.
Dari amatan ini, tidak malukah kita? mahasiswa yang sepatutnya mempunyai mentaliti yang tinggi seharusnya mempunyai jiwa dan ruh yang kuat. Surau di kolej2 kediaman hanya diimarahkan setiap kali solat, itu pun boleh kira dengan jari sahaja. Tidak dapat bertadarus di siang hari dek kesibukan kelas dan aktiviti persatuan yang sarat di bahu, peluang keemasan itu masih lagi boleh diperolehi di malam hari.. Dan apalah salah kiranya kita menjadikan al-Quran itu sebagai teman hidup kita walau ke mana saja kita pergi, hatta pada hari2 biasa bukan sahaja dalam bulan mulia ini. (teringat pula ceramah Ustaz Dzulkhairi kat 8th semalam)..
Dengan itu mari bersama-sama kita imarahkan kampus Uni Malaya (khususnya) ini dengan ayat-ayat suci Allah Ta'ala. Team Elit Muslim, PMIUM juga ada menganjurkan kepada kita semua supaya melaksanakan tadarus bergerak di sekitar kampus, di fakulti-fakulti, taman-taman, cafe-cafe, padang varsiti dan di mana-mana. Jadi, marilah beramai-ramai kita laksanakannya, Moga beroleh kesenangan di sana nanti..^_^
0 comments:
Post a Comment