Friday, September 11, 2009

TAHNIAH IKRAM'09 !!

Tahniah di ucapkan kepada seluruh penggerak IKRAM ’09 yang telah melabuhkan tirainya pada hari Khamis semalam iaitu 10 September 2009. Kehadiran rakan-rakan non-muslim , sahabat-sahabat OKU serta adik – adik dari Pondok Hasyimiah memeriahkan lagi penutupan Ihya’ Ramadhan MPMUM dan PMIUM pada kali ini. Gembira rasa di hati apabila dapat bersama-sama dalam majlis gilang gemilang semalam. Bukan apa, masa yang sedikit menghambat ketika ini mungkin menyebabkan saya ketinggalan majlis seumpama itu. Sedangkan komitmen sangat diperlukan daripada setiap ahli.

Alhamdulillah terubat sedikit hati yang sedang gelisah dengan pelbagai perkara mendatang. Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat yang terlepas peluang untuk hadir semalam....



Diucapkan tahniah kepada IKRAM ’09 yang di ketuai oleh sahabat saya saudara Matassiaan Bin Ogus serta gerak kerja IKRAM yang telah berjaya melaksanakan pelbagai program buat seluruh mahasiswa di kampus Uni Malaya ini. Antara aktiviti yang dijalankan sebelum ini ialah Ceramah Perdana daripada Sheikh Muhammad Mahmoud Siyam yang bertajuk “Palestine our Souls Are Yours” , Majlis berbuka puasa MPMUM 09 bersama anak-anak yatim dan OKU dan sebagainya.

Semalam juga telah memperlihatkan kepada kita bagaimana MPMUM 09 telah sedaya upaya menunaikan hak mahasiswa sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam manifesto mereka sebelum ini. MPMUM telah menyumbangkan sebahagian elaun mereka kepada beberapa orang OKU dan kepada mahasiswa yang memerlukan. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana melihat keprihatinan pemimpin mahasiswa pada kali ini.


Replika Sumbangan MPMUM
kepada mahasiswa terpilih


Moga diredhai Nya...

Selain itu, majlis khatam al-Quran juga turut diadakan dalam penutupan IKRAM semalam. Bacaan yang diketuai oleh saudara Shahriul dan anak-anak yatim dari Pondok Hasyimiah turut disertai oleh para hadirin yang hadir semalam. Seusai majlis khatam al-Quran Majlis tersebut ditutup dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid tanah air yang terkenal iaitu kumpulan nasyid Far-East yang telah menyampaikan tiga buah lagu sempena muhasabah ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Semoga apa yang didapati sepanjang ramadhan ini menjadikan kita lebih dekat dengan Sang Pencipta dan sama-samalah berdoa agar Lailatul Qadar itu menjadi milik kita. Pesanan saya, biarpun apa yang cuba kita lakukan untuk orang lain itu tidak mendapat sambutan dan tulus dari hati mereka tetapi usaha kita dalam menyeru muslim lain agar mengihya’kan atau menghayati ramadhan itu mendapat pandangan Allah Ta’ala.

Ikhlaskan niat kita agar seluruh kehidupan itu menjadi baik, jika bukan hari ini, yakinlah satu masa Allah akan memberi hidayahNya. Apa pun yang menghalang, putus asa tidak boleh ada dalam jiwa dan ruh seorang pejuang!!

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....