Tuesday, April 6, 2010

Apa Yang Ku Dengar!

Hari ini ku dengar
Orang jahil mula mendabik dada
Berkata sesuatu tenatng agama
Sedangkan ilmu dan amalnya secarik cuma
Memecah belahkan amanah
Yang hanya menerima
Tanpa menghitung dosa mahupun pahala

Hari ini ku dengar
Orang besar mendabik dada
Bantuan jasa-jasanya di sembut dijaja
Laksanakan tulang melupakan  raja
Kemodenan dan pembangunan kononnya
Usaha mereka...
Sedangkan hakikat mereka lupa 
Dia yang Maha Pemberi memerhati sentiasa
Dihentikan nikmat barang seketika
Orang besar mula kehilangan punca

Hari ini ku dengar
Wanita muslimah hilang malunya
Walau sudah tahu ilmu agama
Hingga mereka lupa akan garis sempadannya
Si gadis hilang kewanitaannya
Si isteri lupa suaminya
Si ibu terabai kasih sayang anaknya
Si nenek menangis mengenang generasinya

Tapi, hari ini ku dengar
Orang yang membajak agama sedikit cuma
Kerana selebihnya, dikunci suara-suara mereka,
Kononnya,
Mereka inilah penghalang kemodenan
Mereka inilah penghalang kemajuan
Mereka inilah penghalang kebebasan
Orang yang mereka lupa
Orang yang mengajar inilah
Di utus untuk menyelamatkan dunia
Dari kerakusan dosa-dosa yang mencemari alam maya
Agar hidup kekal sejahtera
Aman dan Sentosa
Berdasarkan syara' dan hukum agama....

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....