Monday, April 26, 2010
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam yg dikurniakan. Moga kehidupan ini sentiasa di bawah lindungan dan pandangan Allah Ta’ala. MPMUM masih di dalam ‘kejutan’ selepas mendapat mandat berharga daripada mahasiswa Universiti Malaya.
Alhamdulillah petang tadi penulis bersama rakan-rakan MPM Pro-M telah bertemu dengan master dan pihak pengurusan Kolej Kediaman ke-4 untuk cuba menyelesaikan masalah yang berhubung dengan Pembuangan pelajar dari Kolej Tersebut.
Inilah tugas pertamaku bersama pimpinan baru MPMUM pada semester ini untuk kebajikan mahasiswa. Semalam (Ahad) menerima penggilan dari seorang pelajar yang mengadu akan ketidak puasan hati rakan-rakannya yang sungguh bergiat aktif aktif di kolej tetapi tidak mendapat tempat dikolej tersebut. Suaranya kedengaran seperti benar-benar kecewa dan semangat untuk membantu rakan-rakannya lain.
Ketika itu juga terus menghubungi exco kebajikan dan aduan MPMUM, saudara Mohd Syahid untuk turut sama membantu (lebih sesuai untuk bertemu master dengan status beliau). Mendapat kata putus, kami menyarankan agar mereka membuat referendum untuk disampaikan kepada pihak pengurusan kolej dan sebagai rujukan master kolej tersebut.
Alhamdulillah pada jam 5.15 petang tadi, saya bersama dengan saudara Mohd Hafiz Ilyas, Mohd Syahid, Siti Nadzirah dan Nur Dalilah turun ke kolej kediaman ke-4 untuk cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penghuni kediaman tersebut. Pada mulanya pertemuan itu hanya dibuat bersama master kolej tersebut namun turut serta pada petang tadi ialah seorang penyelianya dan presiden kolej kediaman tersebut.
Baik, apa yang menarik perhatian kami ialah mereka yang bergiat aktif dalam projek-projek kolej kediaman tidak mendapat tempat di kolej tersebut. Oleh itu, MPM Pro-M berbesar hati untuk cuba membantu dan memohon penjelasan daripada pihak kolej. Referendum telah dihantar kepada pihak pengurusan untuk rujukan Dr. Salihin Baba. Apa yang berlaku semasa pertemuan tersebut adalah mereka (pihak pengurusan) memberikan alasan bahawa mata merit pelajar-pelajar tersebut tidak mencukupi dan walaupun mata merit mereka banyak, kemungkinan juga mata itu akan ditolak dengan ‘dimerit’ iaitu menolak merit asal menjadikan mata merit itu berkurangan. Hal ini disebabkan beberapa program yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran HEP tidak dihadiri dan merit untuk setiap projek itu adalah berlainan.
Selain itu, perbincangan dilanjutkan lagi jikalau ada simptom pilih kasih di situ. Walau bagaimanapun mereka menafikannya. Penjelasan dari pihak pengurusan kolej ke-4 menyatakan bahawa pada semester depan, hanya 330 temat sahaja yang dibuka untuk pelajar senior, manakala 53 untuk International Student dan 300 untuk pelajar kemasukan baru.
Demand kami adalah menyarankan kepada pihak pengurusan kolej untuk menyiarkan dan memaklumkan mata merit setiap pelajar setiap hujung semester agar tidak ada lagi pelajar yang akan merungut dan tidak berpuas hati dengan pemilihan yang dibuat. Puncanya adalah ramai pelajar yang tidak mengetahui bagaimana mereka boleh dimerit dan bagaimana pula jerih mereka selama ini dibalas dengan tidak langsung mendapat tempat di kolej tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak dengan alasan akan menjatuhkan maruah para pelajar dan pihak pengurusan kolej akan dihujani dengan bermacam-macam soalan.
Di penghujung perbincangan MPMUM bersama pihak pengurusan, Dr Salihin menyatakan bahawa mereka akan cuba berbincang semula dengan pihak penyelia kolej kediaman untuk menaikkan ranking yang ada mengikut senarai yang ada pada mereka. Selain itu, jaminan daripada penyelia kolej tersebut adalah saranan kepada para pelajar tersebut untuk menghantar surat rayuan kepada beliau dan bakal dipertimbangkan jika ada kekosongan. Kami menunggu berita baik daripada pihak pengurusan kolej selepas ini.
Selepas pertemuan dengan bersama Pengurusan kolej, kkami bertemu mata pula dengan beberapa orang pelajar yang tidak mendapat tempat di kolej kediaman sedangkn mereka sangat aktif dalam kegiatan projek-projek dan program yang dijalankan. Selepas penerangan dibuat kepada pelajar-pelajar tersebut dan minta pengesahan sekali lagi daripada mereka, wakil MPMUM bersurai dengan meminta semua pelajar tersebut menghantar surat rayuan kepada pengurusan kolej secepat mungkin.
Satu lagi, walaupun ada soalan yang agak berdesing terdengar ditelinga kami namun atas dasar rasa hormat dengan master dan juga penyelia yang hadir kami simpan sahaja niat untuk menerangakn keadaan MPMUM kini. Kebajikan untuk mahasiswa bukan perlu hendak ditunggu-tunggu sehingga mendapat kebenaran dari Pengerusi MPM. Apa pun, untuk pengetahuan saudara Aiman kami akan maklumkan isu ini kepada beliau juga selepas ini. Lagipun, banyak juga lack antara kami sebelum ni dan banyak juga maklumat yang kadangkala tidak sampai kepada kami so, untuk isu ini boleh juga kami bawa semasa mesyuarat MPMUM yang akan datang sebagai salah isu kebajikan yang telah cuba untuk diselesaikan.
Apa pun, terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan kolej kediaman Ke-4 kerana memberi kerjasama dan penjelasan kepada kami demi pahit jerih mereka yang berhempas pulas untuk kolej kediaman yang akhirnya dihadiahi KEGAGALAN untuk mendiami kolej tersebut. Bak kata Saudari Maryam Muneerah bahawa hati ini dipegang Allah, maka berdoalah untuk hak anda insyAllah akan dianugerahi dengan segala kebaikan. ^_^ Keep On Change!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam...sebagai mantan s/u JTK KK4...erm..buat surat rayuan..sbg s/u JTK pun pernah bt surat rayuan dan x dpt..semuanya alasan yang dicipta manusia..bersabarlah dengan ujian ALLAH ini...
Post a Comment