Saturday, April 10, 2010

Wanita Layakkah Di Atas??

Segala puji bagi Allah S.W.T yang menjadikan kehidupan manusia itu sebagai medan penentuan sama ada kembalinya nanti seseorang hamba itu kepada syurga ataupun neraka. Sesungguhnya telah diutuskan seorang Rasul yang bernama Muhammad S.A.W sebagai contoh tauladan kepimpinan di dalam Islam.


Firman Allah Ta'ala di dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud....
"Hai manusia, sesuangguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Sesungguhnya dijadikan manusia itu lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa, ada melayu, Cina, India bersuku-suku kaum seperti Jawa, Banjar, Minangkabau adalah untuk berkenal-kenal antara satu sama lain. Tujuannya untuk mengenali siapa sebenarnya, tidaklah mengenal jantina, bangsa ataupun suku kaum yang bertaqwa kepada Allah S.W.T, ia adalah berdasarkan individu itu sendiri.

Hanyalah mereka yang bertaqwa kepada Allah S.W.T yang layak diangkat sebagai pemimpin di kalangan manusia. Kerana ketaatan kepada pemimpin hanyalah kepada mereka yang bertaqwa.

Adapun Rasulullah S.A.W menyebutkan satu hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nassa'i, Ibn Majah, sabda Rasulullah S.A.W : "Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang diperintah oleh kaum wanita"
Hadith ini memberi peringatan supaya tidak diangkat wanita menjadi pemimpin kerana hanyalah lelaki yang layak menjadi pemimpin sesuatu bangsa dan negara..

Persoalannya, apakah benar Islam tidak membenarkan wanita untuk menjadi pemimpin secara mutlak?? Apakah suatu kepimpinan itu perlu diletakkan ditangan lelaki?? Sejauh manakah Rasulullah S.A.W melarang agar wanita tidak diangkat sebagai pemimpin?? Apakah islam tidak membenarkan untuk wanita menjerumuskan diri ke dalam medan politik dan kepimpinan??.....

Perlu difahami dan diterangkan bahawa bagaimana keadaan lafaz hadith yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W?? Apa sebenarnya yang hendak dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W berkaitan dengan hadith ini?? Apakah situasi yang sebenarnya bertepatan dengan hadith ini??....

Al-Quran dan as-Sunnah atau dalil Naqli perlu difahami dengan jelas.. Bukan hanya pada lafaz makna semata. Ketahuilah, ramai orang awam yang selalu melihat dan cuba memahami sesuatu dalil Naqli tanpa ilmu. Mereka hanya melihat zahir sesuatu dalil tanpa mengatahui waqi' ataupun sebab nuzul al-Quran dan wurud hadith itu dilafazkan oleh Rasulullah S.A.W. Dan inilah perkara yang bahaya dalam agama. Ianya bukan sahaja dapat mendatangkan fitnah di dalam Islam bahkan ianya akan mendatangkan salah faham terhadap Islam.

Perlu difahami bahawa amaran Rasulullah mengangkat wanita sebagai pemimpin bukanlah secara mutlak. Larangan terhadap pelantikan wanita hanyalah meliputi dalam kepimpinan utama dalam sebuah kerajaan ataupun khilafah Islamiah. Hanyalah lelaki yang diwajibkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sebuah negara ataupun yang disebut sebagai Khilafah Islam. Semua kepimpinan yang meliputi daulah islamiah hanyalah dipikul oleh lelaki..tetapi, bukannya meliputi dengan kuasa pentadbiran kecil seperti wanita diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, wanita diangkat sebagai Naib Canselor di dalam pentadbiran Universiti misalnya. Wanita sebagai Pengetua di sekolah dan sebagainya.

Cuba kita lihat sebagai contoh di dalam sejarah Islam, sebagai contohnya ialah Saidatina Aisyah r.ha iaitu isteri kepada Baginda Rasulullah S.A.W. beliau merupakan seorang tokoh kepimpinan di dalam sarjana hadith. Berapa banyak hadith yang diriwayatkan oleh beliau yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana para sahabat yang muslimin. Berapa banyak permasalahan ummah yang diselesaikan oleh beliau.Sila rujuk kitab-kitab Sirah Nubuwwah seperti Fiqh Sirah yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Tidakkah ini menunjukkan kepimpinan Aisyah r.ha di dalam kepimpinan ummah melalui skopnya? Fahamilah agama dengan ilmu yang diambil dari sumber yang sohih. Memahami Islam bukanlah sekadar pembacaan seperti pemahaman akademik. Tetapi memahami agama memerlukan petunjuk iaitu mereka yang ahli, yang 'alim di dalam bidang keagamaan. Ilmu Islam itu indah sekiranya difahami. Tetapi ianya akan rosak sekiranya kita tidak memahaminya. Ilmu Islam itu perlu dimasuki secara keseluruhan dan bukan sebahagiannya sahaja. Agama dan pengurusan di dalamnya bukan hanya tertakluk kepada kaum lelaki tetapi juga utama buat seorang yang bergelar wanita dalam memelihara ummah!

1 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....