Monday, April 26, 2010

MPMUM bersama Student!!

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam yg dikurniakan. Moga kehidupan ini sentiasa di bawah lindungan dan pandangan Allah Ta’ala. MPMUM masih di dalam ‘kejutan’ selepas mendapat mandat berharga daripada mahasiswa Universiti Malaya.
Alhamdulillah petang tadi penulis bersama rakan-rakan MPM Pro-M telah bertemu dengan master dan pihak pengurusan Kolej Kediaman ke-4 untuk cuba menyelesaikan masalah yang berhubung dengan Pembuangan pelajar dari Kolej Tersebut.
Inilah tugas pertamaku bersama pimpinan baru MPMUM pada semester ini untuk kebajikan mahasiswa. Semalam (Ahad) menerima penggilan dari seorang pelajar yang mengadu akan ketidak puasan hati rakan-rakannya yang sungguh bergiat aktif aktif di kolej tetapi tidak mendapat tempat dikolej tersebut. Suaranya kedengaran seperti benar-benar kecewa dan semangat untuk membantu rakan-rakannya lain.
Ketika itu juga terus menghubungi exco kebajikan dan aduan MPMUM, saudara Mohd Syahid untuk turut sama membantu (lebih sesuai untuk bertemu master  dengan status beliau). Mendapat kata putus, kami menyarankan agar mereka membuat referendum untuk disampaikan kepada pihak pengurusan kolej dan sebagai rujukan master kolej tersebut.
Alhamdulillah pada jam 5.15 petang tadi, saya bersama dengan saudara Mohd Hafiz Ilyas, Mohd Syahid, Siti Nadzirah dan Nur Dalilah turun ke kolej kediaman ke-4 untuk cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penghuni kediaman tersebut. Pada mulanya pertemuan itu hanya dibuat bersama master kolej tersebut namun turut serta pada petang tadi ialah seorang penyelianya dan presiden kolej kediaman tersebut.
Baik, apa yang menarik perhatian kami ialah mereka yang bergiat aktif dalam projek-projek kolej kediaman tidak mendapat tempat di kolej tersebut. Oleh itu, MPM Pro-M berbesar hati untuk cuba membantu dan memohon penjelasan daripada pihak kolej. Referendum telah dihantar kepada pihak pengurusan untuk rujukan Dr. Salihin Baba. Apa yang berlaku semasa pertemuan tersebut adalah mereka (pihak pengurusan) memberikan alasan bahawa mata merit pelajar-pelajar tersebut tidak mencukupi dan walaupun mata merit mereka banyak, kemungkinan juga mata itu akan ditolak dengan ‘dimerit’ iaitu menolak merit asal menjadikan mata merit itu berkurangan. Hal ini disebabkan beberapa program yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran HEP tidak dihadiri dan merit untuk setiap projek itu adalah berlainan.
Selain itu, perbincangan dilanjutkan lagi jikalau ada simptom pilih kasih di situ. Walau bagaimanapun mereka menafikannya. Penjelasan dari pihak pengurusan kolej ke-4 menyatakan bahawa pada semester depan, hanya 330 temat sahaja yang dibuka untuk pelajar senior, manakala 53 untuk International Student dan 300 untuk pelajar kemasukan baru.
Demand kami adalah menyarankan kepada pihak pengurusan kolej untuk menyiarkan dan memaklumkan mata merit setiap pelajar setiap hujung semester agar tidak ada lagi pelajar yang akan merungut dan tidak berpuas hati dengan pemilihan yang dibuat. Puncanya adalah ramai pelajar yang tidak mengetahui bagaimana mereka boleh dimerit dan bagaimana pula jerih mereka selama ini dibalas dengan tidak langsung mendapat tempat di kolej tersebut. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak dengan alasan akan menjatuhkan maruah para pelajar dan pihak pengurusan kolej akan dihujani dengan bermacam-macam soalan.
Di penghujung perbincangan MPMUM bersama pihak pengurusan, Dr Salihin menyatakan bahawa mereka akan cuba berbincang semula dengan pihak penyelia kolej kediaman untuk menaikkan ranking yang ada mengikut senarai yang ada pada mereka. Selain itu, jaminan daripada penyelia kolej tersebut adalah saranan kepada para pelajar tersebut untuk menghantar surat rayuan kepada beliau dan bakal dipertimbangkan jika ada kekosongan. Kami menunggu berita baik daripada pihak pengurusan kolej selepas ini.
Selepas pertemuan dengan bersama Pengurusan kolej, kkami bertemu mata pula dengan beberapa orang pelajar yang tidak mendapat tempat di kolej kediaman sedangkn mereka sangat aktif dalam kegiatan projek-projek dan program yang dijalankan. Selepas penerangan dibuat kepada pelajar-pelajar tersebut dan minta pengesahan sekali lagi daripada mereka, wakil MPMUM bersurai dengan meminta semua pelajar tersebut menghantar surat rayuan kepada pengurusan kolej secepat mungkin.
Satu lagi, walaupun ada soalan yang agak berdesing terdengar ditelinga kami namun atas dasar rasa hormat dengan master dan juga penyelia yang hadir kami simpan sahaja niat untuk menerangakn keadaan MPMUM kini. Kebajikan untuk mahasiswa bukan perlu hendak ditunggu-tunggu sehingga mendapat kebenaran dari Pengerusi MPM. Apa pun, untuk pengetahuan saudara Aiman kami akan maklumkan isu ini kepada beliau juga selepas ini. Lagipun, banyak juga lack antara kami sebelum ni dan banyak juga maklumat yang kadangkala tidak sampai kepada kami so, untuk isu ini boleh juga kami bawa semasa mesyuarat MPMUM yang akan datang sebagai salah isu kebajikan yang telah cuba untuk diselesaikan.
Apa pun, terima kasih kepada seluruh pihak pengurusan kolej kediaman Ke-4 kerana memberi kerjasama dan penjelasan kepada kami demi pahit jerih mereka yang berhempas pulas untuk kolej kediaman yang akhirnya dihadiahi KEGAGALAN untuk mendiami kolej tersebut. Bak kata Saudari Maryam Muneerah bahawa  hati ini dipegang Allah, maka berdoalah untuk hak anda insyAllah akan dianugerahi dengan segala kebaikan. ^_^ Keep On Change!!

Read more...

Wednesday, April 21, 2010

Exam Oh Exam!

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.


Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.

Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.
 
Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"
Sumber: iluvislam.com>>anjoi_05

Read more...

Tuesday, April 20, 2010

7 Tawaran Istimewa dr Syaitan Laknatullah!

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan. Musim peperiksaan sudah kunjung tiba pada hari ini. First Day untuk sesi peperiksaan semester ini. Namun, suka untuk saya berkongsi dengan pembaca mengenai 7 strategi syaitan untuk menjerumus manusia ke lembah nista menurut Ibnu Qayyim al-jauziyah.

PERTAMA: Syaitan menawarkan kekufuran. Manusia dengan kadar keimanan yang tidak stabil sangat mudah terumbang ambing dalam kehidupannya. Peluang inilah yang dimanfaatkan sebaiknya oleh iblis atau syaitan untuk menggoda dan menghasut manusia untuk mengingkari Tuhan. Misalnya jika seseorang manusia itu ditimpa bencana, sakit atau sebarang musibah, lalu orang itu akan mudah berkata bahawa "Tuhan ini tidak adil". Sejak mendengar ucapan itu, syaitan telah mendorong manusia untuk terus mengingkari jalan Tuhan dan para nabi dan rasul-Nya bahkan memesongakn ajaran yang telah dipegang.

KEDUA: Syaitan menawarkan segala hal yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah S.A.W. Misalnya penipuan dalam bisnes, malas menuntut ilmu, tidak mahu solat jemaah, curang dan banyak lagi. Semua hal itu adalah kenikmatan yang ada di dunia tetapi kosong isinya. Nikmat inilah yang tidak mudah kita hindari apalagi oleh generasi muda yang masih dalam pencarian jati diri. Tetapi itu tidak beerti kita tidak boleh menghindarinya kerana al-Quran dan hadith telah memberi seluruh pedoman hidup untuk menggapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

KETIGA: Syaitan menawarkan dosa-dosa kecil. Dalam kehidupan sehari-hari, manusia sangat mudah melakukan dosa-dosa kecil. Misalnya riak, ingin selalu dipuji, ghibah, namimah dan sebagainya. Media cetak atau elektronik juga turut menyuburkan dosa-dosa kecil ini dengan menyajikan sajian berita atau gosip-gosip artis, politik bahkan sesiapapun. Na'udzubillah min zalik.

KEEMPAT: Syaitan menawarkan hal-hal yang melalaikan sehingga manusia terlalai dengan sifat-sifat yang wajib. Ia dipanggil mubah atau boleh ertinya hal yang boleh dilakukan, jika tidak dilakukan tidak mendapat pahala dan tidak juga menjadi dosa. Bagaimana pun, mubah adalah awal kepada perbuatan dosa. Misalnya dalam konteks keluarga, ibu-ibu yang leka berborak sehingga terlupa mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangganya. Kemudian, muncul berbagai masalah rumah tangga. Misalnya anak terlibat dengan gejala kurang sihat seperti dadah dan sebagainya.

KELIMA: Syaitan menawarkan dosa besar seperti syirik, rasuah, zina, derhaka pada orang tua, fitnah, minum arak dan dosa besar yang lain. Dosa-dosa besar ini sesungguhnya dimulakan dengan dosa kecil. Misalnya manusia kufur atau tidak mengingat Tuhan akan cepat terjerumus dengan dosa besar seperti yang disebutkan tadi.

KEENAM: Syaitan menawarkan ibadat yang dianggap utama sehingga ibadat yang sesungguhnya lebih utama sampai dilupakan. Hal ini biasanya berkaitan dengan ibadat kepada Tuhan yang berlebihan sehingga ibadat kepada sesama manusia dan alam tidak ditunaikan. Misalnya kerana sibuk dengan amalan berzikir, maka mereka melupakan amalan zikir sosial seperti membantu kaum dhu'afa, menyelamatkan ekonomi kaum papa, membantu pendidikan dan zikir-zikir sosial yang lain.

KETUJUH: Syaitan membawa bala tentera yang terdiri daripada jin dan pengikut manusia yang lainnya. Contoh manusia pengikut syaitan adalah manusia yang mencaci, saling memfitnah, berjudi, pelacuran, ataupun mengambil dadah sebagai makanannya. Manusia pengikut ajaran syaitan itulah yang akhirnya akan menjadi iblis besar.

Inilah 7 strategi syaitan dalam menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan dan paling menakutkan kita adalah ianya sering berlegar dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati Tuhan dengan membaca al-Quran, mengingati mati, memohon doa dan perlindungan dari Allah. Marilah kita mulakan dari sekarang sementara akal dan minda kita dalam kewarasan yang kita sendiri kendali. Allahu'alam..

MujahidCinta//GenerasiExtravaganza//

Read more...

Sunday, April 18, 2010

Salam Imtihan Dari MPM Pro-M!

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SELURUH 
MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA.
SEMOGA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MENJADI MILIK KITA SEMUA!

Teruskan Langkah dan Usaha yang Berterusan Dalam Membina 
Kecemerlangan Diri Demi Sebuah Kejayaan...

Salam Ikhlas dan Salam Ingatan Dari....
MPM Pro-M Universiti Malaya.

Read more...

Saturday, April 17, 2010

Membina Wanita Cemerlang & Bahagia!

Jom ramai-ramai ke sana.. Muslimin juga dialu-alukan jika sudi untuk menghadiri seminar ini..
Ajak kawan-kawan..jika hendak mengetahui lebih lanjut, sila berhubung dengan saudari Afifah melalui talian yang tertera di dalam poster..^_^

Read more...

Saturday, April 10, 2010

Wanita Layakkah Di Atas??

Segala puji bagi Allah S.W.T yang menjadikan kehidupan manusia itu sebagai medan penentuan sama ada kembalinya nanti seseorang hamba itu kepada syurga ataupun neraka. Sesungguhnya telah diutuskan seorang Rasul yang bernama Muhammad S.A.W sebagai contoh tauladan kepimpinan di dalam Islam.


Firman Allah Ta'ala di dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud....
"Hai manusia, sesuangguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Sesungguhnya dijadikan manusia itu lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa, ada melayu, Cina, India bersuku-suku kaum seperti Jawa, Banjar, Minangkabau adalah untuk berkenal-kenal antara satu sama lain. Tujuannya untuk mengenali siapa sebenarnya, tidaklah mengenal jantina, bangsa ataupun suku kaum yang bertaqwa kepada Allah S.W.T, ia adalah berdasarkan individu itu sendiri.

Hanyalah mereka yang bertaqwa kepada Allah S.W.T yang layak diangkat sebagai pemimpin di kalangan manusia. Kerana ketaatan kepada pemimpin hanyalah kepada mereka yang bertaqwa.

Adapun Rasulullah S.A.W menyebutkan satu hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nassa'i, Ibn Majah, sabda Rasulullah S.A.W : "Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang diperintah oleh kaum wanita"
Hadith ini memberi peringatan supaya tidak diangkat wanita menjadi pemimpin kerana hanyalah lelaki yang layak menjadi pemimpin sesuatu bangsa dan negara..

Persoalannya, apakah benar Islam tidak membenarkan wanita untuk menjadi pemimpin secara mutlak?? Apakah suatu kepimpinan itu perlu diletakkan ditangan lelaki?? Sejauh manakah Rasulullah S.A.W melarang agar wanita tidak diangkat sebagai pemimpin?? Apakah islam tidak membenarkan untuk wanita menjerumuskan diri ke dalam medan politik dan kepimpinan??.....

Perlu difahami dan diterangkan bahawa bagaimana keadaan lafaz hadith yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W?? Apa sebenarnya yang hendak dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W berkaitan dengan hadith ini?? Apakah situasi yang sebenarnya bertepatan dengan hadith ini??....

Al-Quran dan as-Sunnah atau dalil Naqli perlu difahami dengan jelas.. Bukan hanya pada lafaz makna semata. Ketahuilah, ramai orang awam yang selalu melihat dan cuba memahami sesuatu dalil Naqli tanpa ilmu. Mereka hanya melihat zahir sesuatu dalil tanpa mengatahui waqi' ataupun sebab nuzul al-Quran dan wurud hadith itu dilafazkan oleh Rasulullah S.A.W. Dan inilah perkara yang bahaya dalam agama. Ianya bukan sahaja dapat mendatangkan fitnah di dalam Islam bahkan ianya akan mendatangkan salah faham terhadap Islam.

Perlu difahami bahawa amaran Rasulullah mengangkat wanita sebagai pemimpin bukanlah secara mutlak. Larangan terhadap pelantikan wanita hanyalah meliputi dalam kepimpinan utama dalam sebuah kerajaan ataupun khilafah Islamiah. Hanyalah lelaki yang diwajibkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin sebuah negara ataupun yang disebut sebagai Khilafah Islam. Semua kepimpinan yang meliputi daulah islamiah hanyalah dipikul oleh lelaki..tetapi, bukannya meliputi dengan kuasa pentadbiran kecil seperti wanita diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, wanita diangkat sebagai Naib Canselor di dalam pentadbiran Universiti misalnya. Wanita sebagai Pengetua di sekolah dan sebagainya.

Cuba kita lihat sebagai contoh di dalam sejarah Islam, sebagai contohnya ialah Saidatina Aisyah r.ha iaitu isteri kepada Baginda Rasulullah S.A.W. beliau merupakan seorang tokoh kepimpinan di dalam sarjana hadith. Berapa banyak hadith yang diriwayatkan oleh beliau yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana para sahabat yang muslimin. Berapa banyak permasalahan ummah yang diselesaikan oleh beliau.Sila rujuk kitab-kitab Sirah Nubuwwah seperti Fiqh Sirah yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Tidakkah ini menunjukkan kepimpinan Aisyah r.ha di dalam kepimpinan ummah melalui skopnya? Fahamilah agama dengan ilmu yang diambil dari sumber yang sohih. Memahami Islam bukanlah sekadar pembacaan seperti pemahaman akademik. Tetapi memahami agama memerlukan petunjuk iaitu mereka yang ahli, yang 'alim di dalam bidang keagamaan. Ilmu Islam itu indah sekiranya difahami. Tetapi ianya akan rosak sekiranya kita tidak memahaminya. Ilmu Islam itu perlu dimasuki secara keseluruhan dan bukan sebahagiannya sahaja. Agama dan pengurusan di dalamnya bukan hanya tertakluk kepada kaum lelaki tetapi juga utama buat seorang yang bergelar wanita dalam memelihara ummah!

Read more...

Wednesday, April 7, 2010

ADiK RinDuu SaNgaaaT...

6.00 am
Assalamualaikum.......ummi, walid. Adik bangun lewatlah hari ni, kak long dan abang ngah lupa nak kejutkan adik. Adik bangun, pastu adik mandi, lepas mandi adik sembahyang. Hari ni adik tolong kak long buat cekodok pisang. Sedap tau...ummi...


1.30 pm
Ummi, tadi kat sekolah adik jatuh, lutut adik berdarah atpi adik tak nangis. Adik jalan terencot-encot. Masa adik belajar pendidikan Islam tadi, ustazah adik kata kita tak boleh derhaka pada ibu bapa, nanti masuk dalam api neraka. Adik takutlah ummi sebab dulu adik pernah minta walid dukung adik sampai sakit tulang belakang walid. Adik tak nak kena bakar dalam api neraka, panas..............


2.00 pm
Ummi, walid.....adik baru siap sembahyang dengan kak long ngan abang ngah. Masa baca doa tadi abang ngah nangis. Adik kesian tengok abang ngah...........Eh, lupa adik nak bagitau, tadi makan nasi lauk ayam masak warna kuning. Ummi tau tak, hari tu adik yang curi kepak ayam walid, masa ummi masak ayam warna kuning dulu. Ummi jangan bagitau walid tau........




5.00 pm
Walid, adik mintak maaf, adik tak sengaja patahkan kayu golf walid. Adik nak main macam walid main, tapi adik tak reti..........


6.00 pm
Psss....ummi ngan walid nak tau tak, abang ngah tak nak mandi, kak long suruh tapi abang ngah tak nak jugak. Lepas tu.......adik ngan kak long ambik paip, kitorang sembur abang ngah ngan air, pastu...abang ngah kejar adik ngan kak long sampai kak long terjatuh.............


9.00 pm
Walid........ingat tak masa kereta kita kene "tolak" nagn lori dulu? masa tu kita baru balik dari masjid kan......kesian ummi, kaki ummi tersepit, ummi tak boleh keluar, adik tarik tangan ummu tapi tak boleh jugak. Kak long ngan abang ngah naik motor masa tu.. Kaki ummi berdarah, adik cari walid, rupa-rupanya walid walid tidur tepi jalan. Ummi cakap adik nak dapat adik baru masa kat masjid tapi masa adik tarik tangan ummi, ummi cakap adik dah tak boleh nak dapat adik baru. Kaki ummi waktu tu banyak sangat darah. Ummi tak nangis pun, ummi cium adik pastu ummi pun ikut tidur sekali kat situ. Adik puas kejutkan ummi, tapi ummi ngan walid dua-dua tak nak bangun............


10.00 pm
Ummi, walid.....adik rindu sangat kat ummi ngan walid. Dah hampir setahun adik tak main macam dulu ngan ummi dan walid. Kak long cakap kalau adik rindu pada seseorang kena tulis surat. Anang ngah cakap ummi ngan walid duduk sangat jauh sebab tu susah nak balik. Adik harap ummi ngan walid akan bawa adik ikut sekali, mesti seronok..... Esok adik nak suruh kak long poskan surat ni. Abang ngah kata lagi, kalau kita ikhlas tulis surat kita tak payah harapkan balasan. Ini suratkan ke 50 yang adik dah tulis, abang ngah yang bagi alamat ummi ngan walid. Adik tak harap ummi ngan walid balas sebab adik nak jadi orang yang ikhlas............Adik tidur dululah ummi ye..........
assalamualaikum ....Ummi....Walid........
Kepada, 
UMMI dan WALID,
TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR,
DI SISI ALLAH. 

Read more...

Tuesday, April 6, 2010

Apa Yang Ku Dengar!

Hari ini ku dengar
Orang jahil mula mendabik dada
Berkata sesuatu tenatng agama
Sedangkan ilmu dan amalnya secarik cuma
Memecah belahkan amanah
Yang hanya menerima
Tanpa menghitung dosa mahupun pahala

Hari ini ku dengar
Orang besar mendabik dada
Bantuan jasa-jasanya di sembut dijaja
Laksanakan tulang melupakan  raja
Kemodenan dan pembangunan kononnya
Usaha mereka...
Sedangkan hakikat mereka lupa 
Dia yang Maha Pemberi memerhati sentiasa
Dihentikan nikmat barang seketika
Orang besar mula kehilangan punca

Hari ini ku dengar
Wanita muslimah hilang malunya
Walau sudah tahu ilmu agama
Hingga mereka lupa akan garis sempadannya
Si gadis hilang kewanitaannya
Si isteri lupa suaminya
Si ibu terabai kasih sayang anaknya
Si nenek menangis mengenang generasinya

Tapi, hari ini ku dengar
Orang yang membajak agama sedikit cuma
Kerana selebihnya, dikunci suara-suara mereka,
Kononnya,
Mereka inilah penghalang kemodenan
Mereka inilah penghalang kemajuan
Mereka inilah penghalang kebebasan
Orang yang mereka lupa
Orang yang mengajar inilah
Di utus untuk menyelamatkan dunia
Dari kerakusan dosa-dosa yang mencemari alam maya
Agar hidup kekal sejahtera
Aman dan Sentosa
Berdasarkan syara' dan hukum agama....

Read more...

Aku Wanita....