Wednesday, September 30, 2009

Sabar vs Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.



"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."



Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."



Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"



Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"



Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"



Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."



Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"



Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."



Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:



" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."



Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:



" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."



Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)



Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Read more...

Tuesday, September 29, 2009

365 Hari Dalam Setahun tu tak Cukup??!


kenapa pelajar selalu gagal ujian/peperiksaan ??

Apabila seorang pelajar ditanya mengapa dia selalu gagal dalam ujiannya, ada segelintir daripada mereka menjawab tidak punya masa yang cukup untuk study. Alasan tidak konkrit langsung! kalau orang lain boleh berjaya, mengapa tidak kita?? tahukah anda dalam setahun hanya terdapat 365 hari? mari kita lihat perkiraan masa yang dilakukan oleh golongan orang yang malas ini!!

(Pelajar yang malas adalah pelajar yang suka mencari alasan! )
Hari Ahad : 52 hari dalam setahun, anda pasti tahu kalau hujung minggu adalah untuk istirehat, relax la..Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti (Kebangsaaan atau Negeri) : tak kurang dari 13 hari cuti setahun. baki hari tinggal 300.

Cuti Semester : Pasti semua siswa akan bercuti dan tidak akan belajar. Biasanya 2 bulan lebih, anggaplah sekitar 60 hari. Baki hanya tinggal 240 hari saja lagi.

TIDUR 8 jam sehari untuk kesihatan : 120 hari terpakai, baki hari tinggal 120.

Tentu kita beribadah kan? Paling tidak 1-2 jam kita beribadah, kita letaklah 25 hari dalam setahun. Baki hari tinggal 95.

BERMAIN yang juga bauk untuk kesegaran dan kesihatan, sekurang-kurangnya memerlukan 1 jam sehari. Terpakai lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

MAKAN! Paling tidak selama satu hari kita habiskan 2 jam untuk makan/minum, hilang lagi 30 hari. Baki hari tinggal 50.

Jangan lupakan, manusia adalah makhluk sosial, perlu berinteraksi dengan orang lain, kita ambillah 1 jam sehari untuk bersembang, 15 jam terpakai lagi. Baki hari tinggal 35.

Kita pun mungkin sakit ; Sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun, sudah cukup. Baki hari tinggal 30.

Ujian itu sendiri biasanya dilaksanakan selama 2 minggu satu semester. Maknanya, 24 hari sudah digunakan untuk ujian. Baki yang tinggal hanya 6 hari sahaja.

Berekreasi, jalan-jalan, ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya 5 hari dalam setahun. Tinggal 1 hari saja lagi.

Satu hari yang baki tu pula HARI LAHIR.. Birthday takkan nak belajar!

Bila "masa" belajar sebenarnya?!!!
Sekadar alasan................

"Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab itu telah diamanahkan kepada kita melebihi dari masa yang kita ada! Jadi gunakanlah masa dengan sebaiknya."

Read more...

Monday, September 28, 2009

RaHsiA KeCaNtiKaN??!


Memang tiada siapa yang tidak mahu menjadi cantik. Setiap orang juga pasti kelihatan cantik jika mereka mempunyai kualiti 7'M'...




1) Musyarakah - yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.

2) Murakabah - menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri.

3) Muhasabah - sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya.

4) Muakobah - sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.

5) Muqarrabah - sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T

6) Mujahadah - berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.

7) Muarabah - cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.

:: InsyaAllah kita sama-sama berusaha ke arah 7M....^_^ ::

Read more...

Thursday, September 17, 2009

Santai.....

Salam Ramadhan, salam kemenangan kepada semua. Gembira hati bila dapat bersama-sama warga kampus dalam perkongsian ilmu tengah hari tadi. Seperti biasa Team Elit Muslim (T.E.M), PMIUM akan mengadakan tazkirah corner tetapi sempena Kempen Taubat yang dijalankan ini, bukan sahaja hari Jumaat akan diadakan tazkirah corner malah pada hari-hari biasa juga.


Terima kasih kepada Ketua T.E.M, ustaz zul kerana sudi menjemput saya. Moga-moga amalan ini bukan sahaja hanya dilaksanakan di dalam masjid atau surau-surau tetapi di mana-mana sahaja kita boleh menyampaikan kefahaman Islam kepada seluruh warga kampus khususnya.

Ustaz Zul @ Dr Zul ketua yang patut dicontohi
(bkn nk bodek ye ustz ...^_^)


Moga -moga menjadi ingatan untuk diri sendiri juga....

Terima kasih kepada akak yang tak putus-putus beri semangat...

Membawa suara mahasiswi..
"Selamat Pulang ke kampung halaman"



Pada sebelah petangnya pula, Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan mengadakan iftor untuk seluruh Jabatan Dakwah. Objektif yang di bawa seperti kebiasaan sebelum ini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah dan kenal-mengenali antara satu sama lain. al-maklumlah bila dah ada 3 generasi ni, susah jugak nak kenal semua sekali ^_^


Para pensyarah yang disayangi..
Ust fakhrul, ust Roslan, Prof aziz, ustzh Ja, Kak Sal

Monopoli akak-akak ni...tak ajak adik-adik pun...

Ni le gaya kawan-kawanku...

kami mengucapkan " Salam Aidilfitri kepada semua"
~Group Teater JDPI~


Read more...

Tuesday, September 15, 2009

ISU SEBAT KARTIKA !!


forum :
ISU SEBAT KARTIKA :
ADAKAH RELEVAN ??


Tarikh : 16 September 2009 (Rabu)
Tempat : Balai Ilmu, APIUM
Masa : 10am - 12pm



Panelis :
Prof Madya Dr raihanah hj abdullah
&
Dr Siti Zubaidah Ismail


Anjuran :
kerjasama PMAPIUM bersama
Jabatan Syariah & Undang-undang (JSU)

Read more...

SATU MUHASABAH...


Sedang sibuk membelek email, tertarik pada satu email yang dihantar melalui Yahoo Group. Mungkinkah ini yang dicari selama ini, Allahu a’lam..Kondisi yang berlaku pada saya sekarang menyebabkan titisan berharga itu sering kali gugur ke pipi, apatah lagi bila membaca artikel asal di bawah ni. Alhamdulillah, apa pun semoga diberi kekuatan kembali.



Teringin pula nak berkongsi bersama sahabat-sahabat di luar sana yang mungkin mengalami “sakit” dan konflik diri ketika ini. Terimalah sedikit juadah ruhiyyah ini buat kalian pejuang agama Allah yang terus-terusan berusaha menyempurnakan tuntutan-tuntutan syahadah. InsyaAllah ia akan membuatkan kita sama-sama berfikir dan kembali berubah..

hayatilah pesanan Abi...


Satu Muhasabah....


Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.


Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?


Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...


Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..


Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..
ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..


ABi


http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/


Read more...

Monday, September 14, 2009

LURUSKANLAH HATIKU...




Ya Allah
dengan berkat NabiMu dan berkat guruku
Luruskan lah hatiku agar agama ku lurus
Betulkanlah hatiku agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agar ku tak tergugat
dengan ujian yang menimpa



Ya Allah
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku agar mazmumah ku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain



Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah



Tuhan Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersamaMu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu



Ya Allah
Tuhan yg menjaga hati
Baikilah hatiku agar seluruh hidup ku menjaga baik
Supaya tidak khianat dan hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia


Tuhan limpahkanlah ke dalam hatiku ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjdi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doa ku ini




~ Mawaddah ~


Moga lirik ini dapat memberi sedikit manfaat dan menjadi pesanan yang baik buat kita semua. ^_^

Read more...

Friday, September 11, 2009

TAHNIAH IKRAM'09 !!

Tahniah di ucapkan kepada seluruh penggerak IKRAM ’09 yang telah melabuhkan tirainya pada hari Khamis semalam iaitu 10 September 2009. Kehadiran rakan-rakan non-muslim , sahabat-sahabat OKU serta adik – adik dari Pondok Hasyimiah memeriahkan lagi penutupan Ihya’ Ramadhan MPMUM dan PMIUM pada kali ini. Gembira rasa di hati apabila dapat bersama-sama dalam majlis gilang gemilang semalam. Bukan apa, masa yang sedikit menghambat ketika ini mungkin menyebabkan saya ketinggalan majlis seumpama itu. Sedangkan komitmen sangat diperlukan daripada setiap ahli.

Alhamdulillah terubat sedikit hati yang sedang gelisah dengan pelbagai perkara mendatang. Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat yang terlepas peluang untuk hadir semalam....



Diucapkan tahniah kepada IKRAM ’09 yang di ketuai oleh sahabat saya saudara Matassiaan Bin Ogus serta gerak kerja IKRAM yang telah berjaya melaksanakan pelbagai program buat seluruh mahasiswa di kampus Uni Malaya ini. Antara aktiviti yang dijalankan sebelum ini ialah Ceramah Perdana daripada Sheikh Muhammad Mahmoud Siyam yang bertajuk “Palestine our Souls Are Yours” , Majlis berbuka puasa MPMUM 09 bersama anak-anak yatim dan OKU dan sebagainya.

Semalam juga telah memperlihatkan kepada kita bagaimana MPMUM 09 telah sedaya upaya menunaikan hak mahasiswa sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam manifesto mereka sebelum ini. MPMUM telah menyumbangkan sebahagian elaun mereka kepada beberapa orang OKU dan kepada mahasiswa yang memerlukan. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana melihat keprihatinan pemimpin mahasiswa pada kali ini.


Replika Sumbangan MPMUM
kepada mahasiswa terpilih


Moga diredhai Nya...

Selain itu, majlis khatam al-Quran juga turut diadakan dalam penutupan IKRAM semalam. Bacaan yang diketuai oleh saudara Shahriul dan anak-anak yatim dari Pondok Hasyimiah turut disertai oleh para hadirin yang hadir semalam. Seusai majlis khatam al-Quran Majlis tersebut ditutup dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid tanah air yang terkenal iaitu kumpulan nasyid Far-East yang telah menyampaikan tiga buah lagu sempena muhasabah ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Semoga apa yang didapati sepanjang ramadhan ini menjadikan kita lebih dekat dengan Sang Pencipta dan sama-samalah berdoa agar Lailatul Qadar itu menjadi milik kita. Pesanan saya, biarpun apa yang cuba kita lakukan untuk orang lain itu tidak mendapat sambutan dan tulus dari hati mereka tetapi usaha kita dalam menyeru muslim lain agar mengihya’kan atau menghayati ramadhan itu mendapat pandangan Allah Ta’ala.

Ikhlaskan niat kita agar seluruh kehidupan itu menjadi baik, jika bukan hari ini, yakinlah satu masa Allah akan memberi hidayahNya. Apa pun yang menghalang, putus asa tidak boleh ada dalam jiwa dan ruh seorang pejuang!!

Read more...

Tuesday, September 8, 2009

MENARIK DI APIUM!!

CERAMAH PERDANA
NUZUL AL-QURAN
&
IFTOR


TARIKH : 9 SEPTEMBER 2009
MASA : 5 pm- 8.30 pm
TEMPAT : BALAI ILMU, APIUM



SEMUA WARGA APIUM DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

ANJURAN :
JAWATANKUASA SURAU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA

Read more...

Kalam Allah Itu Indah



Alhamdulillah pada beberapa hari yang lalu saya berkesempatan berbuka puasa dan solat tarawikh di sebuah masjid yang saya kira tidaklah sebesar masjid-masjid yang ada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur ni, ia kelihatan sederhana saja, tapi ruangnya sangat selesa dan amat-amat tenang dan sejuk mata memandang di setiap sudut masjid tersebut tidak kira siang atau malam.


Nak tahu sebab apa? ye, inilah yang sangat menarik minat dan membuatkan saya termenung seketika mengenangkan sikap dan tabiat mahasiswa seperti kebanyakan kita. Yang belajar dari kecil sehinggalah menjejakkan kaki ke Universiti yang menjadi impian tiap mereka yang melepasi zaman persekolahan. Sedikit perkongsian saya bersama kalian adalah bagaimana penduduk di kawasan masjid tersebut menggunakan institusi masjid dengan sebaiknya??


Hari tersebut saya bersama beberapa orang rakan merancang untuk berbuka di salah sebuah masjid sekitar Bandaraya. Saja nk cari mood baru ^-^... Petang tersebut kami dijemput untuk berbuka bersama-sama penduduk di sana dengan makanan yang telah pun siap disediakan.
Bertanya pada seorang penduduk di sana, makanan berbuka puasa telah disponsor selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagus la begitu, tiba-tiba teringat pula kat Akademi Pengajian Islam yang sering menjadi tumpuan pelajar yang duduk di luar kampus dan kolej2 berbayar. Masakan tidak, makan free tu...


Seusai solat tarawikh malam tu, kami duduk bertadarus bersama. Badan dah penat, tak larat juga nak teruskan bacaan Quran yang panjang. Jadi kami mengambil keputusan untuk berehat seketika. Buku yang sering menemani ke mana jua pergi, diambil lalu di baca. Namun, tak sampai setengah jam menelaah buku tersebut mata dah berpinar-pinar minta rehat. Saya lantas bangun nak segarkan mata, berborak bersama rakan-rakan.



Berjalan ke setiap sudut masjid, kami terpegun seketika melihat beberapa kelompok adik-adik sekitar usia 9 tahun hingga 15 tahun duduk bertadarus dengan di temani seorang murabbi. Hebatnya mereka ni, getus hati kecil saya. Kami jeling jam masing-masing. Wah! dah hampir jam 11.30 malam, bagusnya adik-adik ni. Agaknya di kampus ketika ini ada ke kelompok tadarus yang akan duduk hingga jam 12 malam?


Apa la akak ni, orang nak ngaji pun ambik gambar...


banyak lagi kelompok lain kat dalam sana..



Sekitar jam 12 malam mereka semua bersurai. Kami duduk di ruang legar masjid tersebut, tersengih-sengih adik2 ni memandang kami. Mana taknya, mesti mereka tak sangka, ada orang ambil gambar mereka hari ni..=) seronok jumpa dgn adik2 yang comel ni.


Sepanjang malam kami menghabiskan masa dengan bermuhasabah bersama. Malam itu kami nekad penuhkan aktiviti ibadah kami, ye la lepas ni tah bila lagi nak merasai ketengan seperti itu. Pulang ke kampus kene pandai bahagi masa dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain pula.


Keesokan paginya, jemaah subuh juga sangat ramai yang hadir. Dalam hati kami, macam mana mereka ni dididik ye? mentaliti mereka mungkin berbeza dengan kita tapi jiwa mereka lebih kuat untuk bermujahadah. Ada lagi rupanya sekumpulan mereka yang sedar di tengah-tengah Bandaraya yang hebat dengan pelbagai budaya hidunismenya.


Alhamdulillah, perhentian kami kali ini banyak yang dijadikan pengajaran. Berkemas-kemas hendak pulang, sekali lagi kami tertarik dengan suasana di sana. Hebatnya golongan wanita itu. Pada hari-hari biasa sebelum ini merekalah yang sibuk mngemas rumah, membasuh pakaian, menyediakan makanan. Tapi lain pula rutin mereka semasa bulan Ramadhan yang mulia ini. Ada 4 kelompok dalam ruang muslimat tersebut yang khusyuk bertadarus. Sebaik solat Dhuha, mereka duduk bersama untuk bertadarus sehinggalah jam 11 pagi.

Kali ni, tak sempat la pula nak ambil gambar, segan dengan akak2 dan makcik2 yang sedang khusyuk bertadarus =).. Kami melangkah keluar dari masjid tersebut dengan pelbagai perasaan yang nanti kami akan kongsikan bersama sahabat-sahabat di luar.


Dari amatan ini, tidak malukah kita? mahasiswa yang sepatutnya mempunyai mentaliti yang tinggi seharusnya mempunyai jiwa dan ruh yang kuat. Surau di kolej2 kediaman hanya diimarahkan setiap kali solat, itu pun boleh kira dengan jari sahaja. Tidak dapat bertadarus di siang hari dek kesibukan kelas dan aktiviti persatuan yang sarat di bahu, peluang keemasan itu masih lagi boleh diperolehi di malam hari.. Dan apalah salah kiranya kita menjadikan al-Quran itu sebagai teman hidup kita walau ke mana saja kita pergi, hatta pada hari2 biasa bukan sahaja dalam bulan mulia ini. (teringat pula ceramah Ustaz Dzulkhairi kat 8th semalam)..


Dengan itu mari bersama-sama kita imarahkan kampus Uni Malaya (khususnya) ini dengan ayat-ayat suci Allah Ta'ala. Team Elit Muslim, PMIUM juga ada menganjurkan kepada kita semua supaya melaksanakan tadarus bergerak di sekitar kampus, di fakulti-fakulti, taman-taman, cafe-cafe, padang varsiti dan di mana-mana. Jadi, marilah beramai-ramai kita laksanakannya, Moga beroleh kesenangan di sana nanti..^_^





Read more...

Sunday, September 6, 2009

Kisah si Pemalas dengan Abu Hanifah

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan.

Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Read more...

Friday, September 4, 2009

Dari Wanita Untuk Wanita

Alhamdulillah sekali lagi pada minggu ini Allah mengizinkan kami untuk meneruskan kuliah Fiqh Mar'ah yang diadakan pada setiap tengah hari Jumaat. Minggu lalu, untuk kali pertamanya kami mengadakan kuliah ini tidaklah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Dari permasalahan yang dilihat kerana masa yang dipilih adalah kurang bersesuaian.

Al maklumlah, hari Jumaat...tak ramai yang ada kelas, jika ada pun sekitar jam 1 petang baru mereka keluar. Itu pun hanya beberapa kelas sahaja. Pemerhatian yang dibuat pada minggu lalu berjaya membuatkan kami mengambil beberapa iktibar untuk minggu ini. Disebabkan itulah kami menukar masa dari jam 12.15pm kepada jam 1pm, di mana tempatnya masih lagi sama.

Kehadiran muslimat pada minggu ini agak menggalakkan. Perbincangan yang di bawa oleh Naib Yang Di Pertua PMIUM, Ukhti Fasihah Mohd Pauzi juga amat menarik perhatian. Tajuk Dari Wanita Untuk Wanita dikupas dengan cukup baik oleh pimpinan muslimat tersebut.



Beliau menerangkan bahawa muslimat ini bukan sahaja mengetahui bahawa dia adalah seorang pelajar semata-mata, tetapi perlu mengorak langkah ke depan sebagai seorang mahasiswi muslim dan seorang muslimah yang mengetahui akan hal agamanya.




Beliau juga turut menyarankan kepada mahasiswi yang hadir agar turut sama-sama merealitikan agenda utama yang digagaskan oleh SIGMA sebuah badan Srikandi di bawah GAMIS iaitu dengan
Triple P. Peka Isu, Public Speaking dan juga Public Relation. Pendekatan yang di bawa oleh beliau memperlihatkan bahawa muslimat ini bukan lagi duduk di tampuk lama yang hanya boleh melakukan kerja-kerja asas terutama selepas berkahwin.



Saranan beliau kepada mahasiswi muslim adalah untuk bersama-sama menyampaikan seruan dakwah dan menggunakan sebaik mungkin kemahiran yang ada untuk disampaikan kepada anggota masyarakat. Bukan sahaja tugas ini perlu dilaksanakan oleh golongan pemuda tetapi muslimat perlu mengambil ia sebagai satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah.

sebahagian mahasiswi yang hadir

Moga inilah wajah-wajah yang bakal menggegarkan bumi
dengan kalimah tauhid!

Read more...

Thursday, September 3, 2009

al-Quran Sebagai Pembela di Hari Akhirat


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

"
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :

"Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Read more...

Wednesday, September 2, 2009

Eidul-Fitr Cookies Promotion

Read more...

Aku Wanita....