Sunday, October 25, 2009

Aku Sudah Tewas


Kita pernah tewas?? Pernah melakukan dosa?? Kita anggap kita sudah gagal mengecapi kejayaan?? Sekiranya diteliti akhir-akhir ini, ramai remaja dan anak-anak muda terjebak dalam kancah penagihan dadah, pengambilan pil khayal, menjalin hubungan luar nikah yang bebas , lari dari rumah, permusuhan dengan ibu bapa dan pelbagai masalah serta kerosakan sosial. Malah ada yang dirogol oleh saudara sendiri dan orang yang tidak dikenali.

Kita melihat dunia kita gelap. Tiada harapan dan kita sudah tewas serta tiada manfaat mahu meneruskan kehidupan. Kita tidak mampu keluar daripada tempurung penagihan, zina dan sebagainya. Kita terus biarkan diri kita hanyut. Kita sangka sudah tiada jalan keluar bagi masalah kita.

Sekarang sudah sampai masa melihat cahaya di hujung terowong. Kita masih mempunyai harapan untuk berjaya. Tuhan menjelaskan di dalam Quran surah al-Furqan ayat 68 yang bermaksud, “Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan lain dan sentiasa bersama-sama Tuhannya. Tuhan pasti menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan….”

Gagal adalah perkara yang biasa. Tetapi, kita mesti bangun semula untuk Berjaya. Menggunakan kegagalan bagi memperoleh kejayaan adalah sikap yang positif. Kejayaan yang kita peroleh selepas kegagalan,menjadikan kita benar-benar menghargainya. Sila ikuti kisah fadhil rahman (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pelajar yang menggunakan kegagalannya untuk kejayaan.

Semester lepas keputusan aku jatuh merudum. PNG 3.3 sahaja. Kenapa? Aku kena check balik dan post moterm sebab kegagalan aku. Sedangkan sebelum ini aku antara top five dalam kuliah. Selalu tersenarai dalam anugerah dekan. Arrrrrggghhh !!! memang susah aku mahu terima kegagalan ini. Semua teman-teman bertanya. Adakah aku putus cinta? Apa masalah aku? Pensyarah-pensyarah pun mahu jumpa, tentu mahu bertanyakan sebab keputusan peperiksaan semester lepas yang tidak memuaskan. Aku kena senaraikan sebab-sebabnya :

1.    Selama ini aku duduk di barisan hadapan, tetapi kerana datang lewat aku dapat tempat di belakang.
2.    Aku lewat ke kelas kerana menghadiri mesyuarat aktiviti-aktiviti di kolej.
3.    Apabila berada di belakang, aku berborak-borak dengan teman-teman.
4.    Kemudian, aku hilang tumpuan dan focus pada penyampaian-penyampain pensyarah.
5.    Ahli kumpulan kerja kursus kurang memberi kerjasama, kerja kursus dihantar lewat daripada tarikh yang dikehendaki.

Lima sebab aku tidak dapat keputusan yang baik. Sebab yang saling berkait. Sekarang aku mesti atur langkah bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang pada semester ini. Aku mesti :-
1.    Menghadkan mesyuarat dan aktiviti kolej. Tidak membenarkan masa tidurku dicuri bagi memastikan aku dapat tidur awal.
2.    Hadir awal ke kelas.
3.    Berada di kedudukan  paling hadapan.
4.    Member laebih tumpuan dan fokus pada penyampain pensyarah.
5.    Berbincang dengan ahli kumpulan lebih awal mengenai tugasan.
Pada semester yang berikutnya, Fadhil Rahman menulis dalam diarinya:

{Alhamdulillah, benarlah kejayaan yang diperoleh daripada kegagalan lebih manis dan ranum kurasai. Selama ini, walaupun selalu mendapat anugerah dekan, tetapi aku tidak pernah mendapat PNGK 4.0. Syukur, pada semester ini, satu keputusan yang begitu lama aku nantikan sudah aku capai berdasarkan kegagalan, ketewasan dan kejatuhan pada semester sebelumnya. 4.0 buat ayahanda dan bonda tercinta.}

Pap! Diari ditutup. Ada air menitis dari birai kelopak matanya.



Apa yang kita dapat daripada kisah di atas? Fadhil Rahman dalam kisah tadi sudah melakukan analisis pada keputusan peperiksaan dan sebab kegagalannya. Mengenal pasti sesuatu yang tidak kena, mengambil tindakan dan mengatur strategi adalah sesuatu yang positif yang hanya dilakukan oleh orang yang positif untuk berjaya dan cemerlang sahaja.
~Positif Untuk Berjaya~

Read more...

Mengakui Keagungan Allah, Menambah Keagungan Diri


Siri 8

Sementara orang di zaman kita ini ada yang berpendapat, bahwa “mengakui kagungan Allah secara mutlak berarti memicingkan mata terhadap nilai kemanusiaan, dan merendahkan kesanggupannya dalam alam ini”, seolah-olah Allah dan manusia itu suatu kekuatan yang sebanding yang sedang bersaing berebut keagungan dan kekuatan dalam alam ini.


Menurut saya, apabila setiap kali perasaan kita diliputi keagungan Allah yang mutlak, maka setiap itu pula kita menambah dalam diri kita keagungan, karena kita ciptaan Rabb yang Maha Agung itu. Sungguh orang yang mengira bahwa mereka telah mengangkat dirinya, ketika mereka merendahkan Rabb dalam benak mereka, atau ketika mereka memungkiriNya, sesungguhnya merekalah orang-orang yang terbatas, yang tidak mampu melihat kecuali ufuq yang rendah lagi dangkal.

Mereka mengira bahwa manusia itu mendekatkan diri kepada Allah hanya pada waktu lemah dan tidak berdaya. Sedangkan pada waktu ia kuat, ia tidak membutuhkan Tuhan lagi. Seolah-olah kelemahan itu membuka mata hatinya, sedangkan kekuatan menutupnya. Selayaknya, setiap kekuatan manusia bertambah setiap itu pula pengakuan akan keagungan Allah yang Maha Mutlak juga bertambah, karena setiap kali daya jangkaunya bertambah setiap itu pula ia menyadari darimana sumber kekuatan itu.


Sungguh, orang yang mengimani keagungan Allah yang mutlak itu, tidak akan menemukan dalam dirinya kerendahan dan kelemahan, bahkan kebalikan dari itu ia akan menemukan dalam dirinya keagungan dan ketegaran karena menyandarkan kepada kekuatan yang besar yaitu yang menguasai alam raya ini. Ia mengetahui bahwa lapangan keagungannya hanyalah di permukaan bumi dan diantara kumpulan manusia. 


Hal itu tidak akan bertumbukan dengan keagungan Allah yang mutlak dalam alam raya ini. Ia memiliki simpanan keagungan dan kemuliaan dengan keimanannya secara mendalam, dan tidak akan ditemukan oleh orang yang meniup dirinya seperti bakon, hingga bengkak yang ditiupnya itu menutupi matanya melihat ufuq alam raya ini.

Read more...

Friday, October 23, 2009

Mengakui yang Ghaib sama dengan Menghormati Akal

  Siri 7
Menyerah mutlak kepada kekuatan ghaib adalah berbahaya sekali, kerana hal ini boleh menjerumuskan kita kepada khurafat dan merubah kehidupan ini menjadi khayalan besar. Namun, memungkirinya secara mutlak, juga tidak kurang bahayanya kerana ia menutup semua pintu yang ghaib, dan memungkiri semua yang tidak boleh dilihat. Padahal ini bukan disebabkan apa-apa, kecuali kerana kekuatan yang ghaib tersebut dalam saat-saat tertentu dari kehidupan kita, jauh lebih besar dari kesedaran manusia.

Dan dengan sendirinya mengecilkan erti kehidupan dari alam ini –jarak, kekuatan, dan juga nilainya, semuanya dibatasi oleh batasan-batasan yang diketahui saja, padahal hingga detik ini apabila hal-hal yang bisa diinderakan tersebut diukur dengan kebesaran alam raya ini- sangat kecil, sangat kecil.


Sesungguhnya kehidupan manusia di permukaan bumi ini adalah rangkaian dari kelemahan-kelemahan dalam menyedari kekuatan semulajadi, atau merupakan untaian kekuatan dalam menyedari kekuatan semulajadi, setiap kali ia meningkat dewasa dan maju selangkah ke hadapan dalam perjalanannya yang panjang.


Sesungguhnya kekuatan manusia dari waktu ke waktu, dalam memahami salah satu kekuatan alam yang semula tidak diketahuinya sejak ia berada diatas jangkauan pemahamannya pada waktu tertentu, sudah cukup untuk bisa membuka mata hatinya, bahawa disana masih terdapat banyak kekuatan lainnya yang masih belum dapat dijangkau oleh pemahamannya kerana ia masih dalam tahap percubaan. 


Adalah suatu penghormatan terhadap akal kemanusiaan itu sendiri, apabila kita menaruh terhadap yang ghaib dalam kehidupan kita, bukan untuk memasrahkan kehidupan kita kepadanya seperti halnya orang–orang yang hanyut terbawa oleh khayal dan khurafat, namun supaya kita sentiasa merasakan keagungan alam ini sesuai dengan hakikatnya, dan supaya kita mengenali kedudukan diri kita dalam alam raya ini. 

Hal itu tentu akan membuka kesempatan kepada semangat kemanusiaan mengungkapkan banyak kekuatan untuk diketahui, untuk diresapi dengan berbagai jaringan yang mengikat kita dengan alam raya itu dari ke dalam batin kita, hal mana tentu lebih besar dan lebih dalam dari semua yang kita capai dengan akal kita hingga hari ini. Buktinya, kita setiap hari masih saja menemukan hal-hal baru yang semula ghaib bagi kita, dan kita hingga saat ini masih hidup.


p/s: Dialu-alukan pada sesiapa yg mahu terangkan risalah di atas dengan lebih lanjut... boleh letak komen di bawah. terima kasih.

Read more...

Thursday, October 22, 2009

Ungkapan Biasa yang Luar Biasa....



            “Dakwah nombor satu tapi pelajaran bukan nombor dua”. Selalu atau tidak bagi ahli gerakan atau ahli badan dakwah khususnya mendengar kenyataan ini?? Bohonglah jika anda katakan anda tidak pernah mendengar perkataan atau kenyataan ini di sebut bahkan bagi saya, perkataan ini sering kali di ulang-ulang dan sering menerjah dalam gegendang telinga kita sehingga menusuk dan mencucuk ke dalam hati sesetengah ahli.
            Saya tidak katakan ianya tidak baik dan tidak bagus, ianya sangat bagus sebagai peringatan bagi kita. Namun apa yangs aya hendak kemukakan dalam penulisan saya hari ini adalah berkenaan fitrah, kelekaan, rasa tanggungjawab dan ambil tahu.
            Beberapa hari yang lalu saya ada membincangkan isu ini dengan beberapa orang rakan yang bukan seorang mahasiswa “aktif” yang bergerak ke sana ke mari. Namun pada saya adalah tidak wajar seandainya kata-kata orang sebgini tidak diambil kira.
            Kelihatan kini, mahasiswa “aktif” terlalu asyik dan leka dengan ‘kerja-kerja’ amal dan dakwah mereka sehingga melupakan kuliah, assignment dan sebagainya. Kelas entah ke mana, assignment pun sentiasa lewat dari tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah, sehingga kadang-kadang terbabas menyebabkan berlakunya plagiat dikalangan mereka. Ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi mereka yang mempunyai potensi di pelbagai bidang dan sudut yang baik.
            Pernah suatu ketika di dalam sebuah kuliah saya bagi subjek pembangunan insan dan pembangunan minda, soalan yang sama dan jawapan yang sama telah diberikan oleh pensyarah. Katanya, manusia ini mempunyai pelbagai sifat fitrah yang dikurnia Allah seperti marah, dengki, malas, rajin, baik, pandai dan sebagainya. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa akan sifat buruk itu apabila hadir dalam diri kita kerana ia fitrah yang Allah beri kepada manusia. TETAPI kitalah yang harus pandai menggunakan segala sifat itu agar terdorong kepada kebaikan dan ianya bermula dengan hati dan keinginan.
            Bagaimana kita nak uruskan sifat-sifat buruk kita, bagaimana pula kita nak uruskan sifat baik kita.. Begitu juga dalam soal tanggungjawab kita selaku mahasiswa atau pelajar. Ponteng kelas disebabkan perkara-perkara tertentu atau pun rasa malas, lambat datang ke kelas, assignment lambat hantar dan sebagainya itu adalah normal. TETAPI katanya, dalam apa jua kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang normal, dia akan kembali kepada fitrah yang benar dan tentu sekali berlakunya muhasabah. Bagaimana pula bagi mereka yang tak sedar-sedar ni??? Ooo itu kata ustaz, kurang ataupun tidak normal.
            Pelik juga kami, takkan la dia tak normal kot. Rupanya bagi mereka ini tiada kesedaran lagi dalam diri. Nak hati kering pun biarlah bertempat.. saya pun bukanlah langsung tidak  pernah melakukan kesalahan dan kesilapan tersebut, tetapi kehadiran teman-teman dan Allah datangkan rasa susah tu dapat memotivasikan diri sendiri. Tapi yang peliknya ada juga orang yang tak nak sedar-sedar ni. Apa lagi yang perlu dibuat??
            Kesibukan di masa-masa tertentu mungkin menyebabkan mahasiswa’aktif’ ini keletihan, bebanan kerja di benak fikiran, masalah-masalah tertentu juga memungkinkan mereka agar berfikiran kritikal sehingga kehabisan ‘minyak’, akan tetapi janganlah sampai kita mengabaikan satu lagi tanggungjawab kita. Lihat semula ayat di atas, tidak ada yang dikatakan nombor 2 bukan??  Saya tak nafikan pelbagai sudut pandangan yang berbeza di antara kita dalam mentafsirkan ayat tersebut tetapi ia bakal mempersoalkan pelbagai faktor mendatang.
            Justeru , kerja-kerja berkumpulan yang diabaikan secara ‘kejam’ (maaf, tak tahu nk guna ayat yg agak baik), menzahirkan pandangan buruk teman-teman dan sebagainya. Jangan anda salahkan orang lain seandainya anda tidak mempunyai patner dalam melaksanakan kerja kumpulan lantaran rekod buruk anda pada masa lalu dalam menyumbang sedikit ‘lelah’ hatta 5% dalam tugasan tersebut dan sekurang-kurangnya rasa nak AMBIL TAHU…
            Ya!  Memang ada teman-teman yang memahami, tetapi bagaiman pula dengan teman-teman yang kurang nak memahami kita? Sekurang-kurangnya bagi mereka sumbangan 5 atau 10% kita itu sudah cukup memadai bagi mereka meneruskan tugasan lantaran kita yang mungkin terlalu sibuk atau sengaja menyibukkan diri. Anda perlu ingat, kita seolah-olah menumpang hasil kerja orang lain secara totally. Terkilan apabila mendengar aduan beberapa orang teman berkaitan dengan hal tersebut.
            Sekali dua mungkin normal, tapi adakah berkali-kali dan setiap kali itu boleh dikatakan normal lagi?? Itulah yang dimaksudkan tadi, iaitu bermula dalam diri kita sendiri yang tidak mempunyai kesedaran untuk menyedarkan diri sendiri. Hal ini disebabkan orang lain dah tak jalan nak sedarkan kita. Rasa tanggungjawab dalam pelajaran sudah samar akibat kita merasakan tanggungjawab kita lebih dalam dakwah, dalam gerakan dan juga dalam persatuan-persatuan tertentu sedangkan teman-teman yang dikira memahami tugasan kita juga kelihatannya turut bertungkus lumus dalam tugasan pelajaran. Mungkin agaknya kita buat dalam diam.. tapi macam mana pula orang boleh perasan ye??
            Sekadar perkongsian dan peringatan bersama buat anda sahabat-sahabatku dan DIRI SENDIRI terutamanya. Bimbang kehidupan dan nikmat ini ditarik bila-bila masa oleh Allah Ta’ala. Ku mohon doa agar dijauhi rasa riak dan takabbur juga ku mohon agar diajuhi rasa hasad yang memakan hati manusia berakal.         Dah nak exam ni, saja mintak sedar-sedarkan diri masing-masing terutama bagi tangan yang menaip ini.. Allahu ‘Alam.. ^_^

Read more...

Monday, October 19, 2009

Media Cetak Dakwah


Alhamdulillah...Akhirnya hari yang kami tunggu-tunggu dah pun tiba. Pameran media cetak dakwah, merupakan salah satu subjek bagi mereka yang mahu menjadikan media sebagai 'kelebihan' dalam bidang (dakwah & pembangunan Insan) yang di ambil..


Macam-mcam terbitan sendiri yang dipamerkan semasa pameran di buat. kami buka 'booth' sendiri di depan DKU, APIUm dari jam 11am sampai la jam 1pm tadi. Ramai juga yang datang. Buku/majalah yang kami jual pun larisss.......alhamdulillah...tak ada dah la yang berat nak saya fkirkan selepas ni....nak exam pulak!! ^_^..



Ha....inilah buku terbitan kumpulan kami....
"Remaja Dinamik"



 Ni antara lain yang di pamer dan di jual....
ada poskad, poster, kad raya..semuanya berunsur dakwah.


 
Ada bakat la cik Leha kita...^_^



 hmm inilah kami punye pengarah..hu2..tgh check buku kami tu..
harap2 dapat markah lebih..^_^


Semua pun nak promote keluaran masing2..


 
Poskad SE.....special edition..^_^

 
Ustazah Raudhah buat penilaian...

 

Alhamdulillah buku habis terjual.....tapi.....
^_^ xde pe la..

Ok...sekian saja sedikit laporan tentang pameran media cetak dakwah kami kali ni... exam dah x lama... moga semuanya dipermudahkan Allah dan kita beroleh kejayaan tak lama lagi.... sekian.  

Read more...

Saturday, October 17, 2009

Keyakinan Orang "Kerdil"

Siri 6... 
Kita sangat memerlukan para ahli dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan kemanusiaan, yang menjadikan makmal dan tempat kerja mereka sebagai kuil dan biara. Mereka menumbuhkan semangat penelitiannya dalam bidang ilmu yang ditekuninya, bukan dengan rasa pengorbanan saja, tetapi juga menikmatinya. Ibarat perasaan seorang pengabdi yang menumbuhkan semangat pengabdian kepada Rabbnya dengan penuh kepuasan dan kegembiraan.

Namun kita harus sentiasa menyedari bahawa bukan dibahu pakar-pakar tersebut yang mengarahkan kita kepada kehidupan ini atau yang akan menentukan jalan bagi ummat manusia. Mereka, para pelopor itu adalah mereka yang sentiasa menjadi pemilik kekuatan rohani yang agung. Mereka sentiasa merupakan pembawa obor yang akan terbakar dalam panasnya atom-atom ilmu pengetahuan, dan dengan sinarnya itulah akan melihat jalur jalan. Mereka dibekali dengan berbagai bahagian dari obor ini, dan menjadi kuat dengan bekal itu. Tetapi perjalanan dia tidak hanya sampai disitu, ia terus saja menggiatkan perjalanannya menuju tujuan mulia nan jauh disana.
 

Hanya kebenaran pandangan pelopor itulah yang mampu menyedari adanya kesatuan sempurna, dari aneka ragam penampilan seperti ilmu, aqidah, seni dan teknologi. Mereka tidak menggali salah satu daripadanya dan tidak juga mengangkat sebahagian diatas sebahagian yang lainnya. Hanya orang-orang kerdil saja, yang berkeyakinan bahawa diantara berbagai kekuatan yang punya aneka ragam penampilan itu terdapat pertentangan-pertentangan. Kemudian mereka memerangi ilmu dengan nama agama, atau memerangi agama atas nama ilmu.

Mereka mencemuh seni dengan “teknologi”, atau memerangi daya hidup yang berkobar-kobar dengan aqidah yang bersifat sufisme, kerana mereka menganggap bahawa semua kekuatan tersebut, satu sama lain saling terpisah, bukan dari satu sumber kekuatan tunggal iaitu kekuatan raksasa yang menguasai alam raya ini. Namun tidak demikian dengan para pelopor besar, mereka menyedari kesatuan itu, kerana mereka sentiasa berhubungan dengan sumber yang murni itu dan dari sana mereka selalu mendapatkan alirannya.


Manusia jenis ini sedikit sekali, sedikit sekali dalam sejarah kemanusiaan… bahkan jarang sekali. Namun jumlah tersebut dapat dikatakan cukup, kaerana kekuatan yang mengawasi alam raya inilah yang menyiapkan mereka, dan mengirimkan mereka pada waktu dan tempat yang dibutuhkan.

Read more...

Thursday, October 15, 2009

Antara Pedagang dan Pemikir


Siri 5.. 
Ketika kita memencilkan diri kita dari masyarakat kerana kita merasa lebih bersih jiwanya, lebih suci hatinya, lebih luas wawasannya, atau lebih cerdik akalnya dari mereka, pada saat itulah kita tidak melakukan sesuatu yang bererti, kerana kita telah memiliki untuk diri kita jalan pintas yang paling sedikit risikonya. Apabila kita sampai pada tingkat kekuatan tertentu, kita sudah mulai merasa tidak ada salahnya minta bantuan orang lain, meskipun sudah mulai merasa tidak ada salahnya minta bantuan orang lain, meskipun orang tersebut lebih rendah kekuatannya dari kita.


Bantuan orang lain kepada kita itu sebenarnya tidak menurunkan nilai kehormatan, kendati pun kita berusaha keras akan menciptakan segala-galanya dengan kekuatan sendiri, dan merasa angkuh meminta bantuan orang lain. Atau sebaliknya, kita memasukkan jerih payah mereka ke dalam jerih payah kita, kerana kita merasa kurang sedap apabila ada orang yang tahu, bahawa berkat bantuan itu kita dapat mencapai kedudukan puncak.

Kita melakukan semuanya itu ketika kepercayaan kepada diri kita tidak besar, yakni ketika kita benar-benar dalam keadaan lemah dalam berbagai segi. Namun ketika kita dalam keadaan kuat benar, kita tidak akan merasakan hal itu semua. Perhatikanlah anak kecil yang berjalan dengan anda, ia selalu berusaha kerasa menyingkirkan tangan anda yang hendak melindunginya, karena ia ingin membuktikan kemampuannya berjalan sendiri.
 

Ketika kita sampai pada kekuatan tertentu, kita akan sambut bantuan orang lain itu dengan semangat terima kasih dan sukacita. Terima kasih atas bantuan yang diberikan, dan suka cita karena masih ada orang yang seiman dengan yang kita imani. Maka ia pun akhirnya berperan serta bersama kita dengan segala macam resiko yang mungkin. Suka cita kerana sambutan dan pertemuan perasaan itu merupakan suka-cita yang tulus dan bebas.

Dalam keadaan lain kita berusaha “memonopoli” idea dan aqidah kita. Kita gusar apabila ada orang lain yang menganutnya. Kita juga keras meyakinkan orang bahawa ia milik kita dan bahawa orang itu merebutnya dari kita. Sesungguhnya tindak-tanduk semua itu kita lakukan, pada waktu keimanan kita terhadap idea dan aqidah itu sedang rapuh, ia tidak keluar dari hati nurani kita, seperti juga ia tidak muncul ke permukaan tanpa kemahuan kita, dan ketika idea dan aqidah itu bukan merupakah hal yang paling kita cintai lebih dari diri kita sendiri.
 

Sebenarnya sukacita yang murni merupakan akibat wajar, karena kita melihat idea dan aqidah kita menjadi milik orang lain, apalagi kalau itu terjadi ketika kita masih hidup. Sedang suatu perhitungan saja bahawa ia akan menjadi sesudah kita meninggalkan permukaan bumi ini, bekal anutan yang memberikan rasa kepuasan kepada orang lain, sudah cukup meluapkan hati kita dengan suka cita, kebahagiaan dan ketenangan.

Pedagang sajalah yang berusaha keras menjalankan segalanya atas dasar “hubungan dagang” bagi komoditi mereka supaya jangan dieksploitasi orang lain, dan supaya hak dari laba atau keuntungan mereka jangan jatuh ke pihak lain. Namun bagi para pemikir dan penyandang aqidah, kebahagiaan mereka justeru terletak pada saat orang banyak boleh menikmati pemikiran dan aqidahnya. 


Kedua hal ini diimaninya dan kemudian dinyatakan sebagai milik mereka juga, bukan milik orang yang pertama saja. Mereka tidak mempunyai rasa bahawa merekalah “pemilik” idea dan aqidah itu. Mereka hanya menyatakan sebagai “penghubung” dalam memindahkan dan menterjemahkannya. Mereka merasa bahawa sumber dari mana ia ditimba bukan ciptaan mereka, dan bukan karya tangan mereka. Namun tulusnya mereka, kerana mereka terlibat langsung dengan sumber aslinya. Bezanya jauh, jauh sekali, bagaikan beza memahami hakikat dan menyedari hakikat. Yang pertama ilmu, sedangkan yang kedua ma’rifat (pengenalan).

Dalam yang pertama, kita berurusan dengan kata-kata dan erti semata, atau dengan percubaan yang terbatas. Sedangkan dalam yang kedua kita berurusan dengan sambutan hidup dan kesempurnaan yang cukup baik serta mutlak. Dalam yang pertama, pengetahuan itu datang kepada kita dari luar diri, kemudian ia datang dalam akal kita, tetapi terpisah dari diri dan nurani kita. Sedangkan dalam yang kedua, hakikat itu muncul dari kedalaman batin kita. Ia mengalirkan darah yang dialirkan oleh urat nadi dan jaringan tubuh kita, yang pancarannya beraturan bersama dengan debakan jiwa kita.


Dalam yang pertama, terdapat ruangan dan judul-judul. Ruangan ilmu, lengkap dengan judul-judul artikel yang aneka rupa. Ruangan agama, dengan judul-judul, pasal pasal dan bab-babnya. Begitu pula ruangan seni, dibawahnya terdapat judul-judul, metod dan lengkap dengan arah tujuannya. Sedangkan dalam hal yang kedua, terdapat kekuatan tunggal berhubungan dengan kekuatan alam raya ini, disana terdapat banyak anak sungai yang mengalir, yang bersumber dari satu mata air yang murni.

Read more...

Bidadari Hidupku ...



(Episod Akhir)    
Malam itu Aiman tidak dapat melelapkan mata. Dia memikirkan tentang perkara yang berlaku petang tadi. Perasaan malu yang amat dan menyedari kejahilannya sebagai hamba Allah itu kembali membuatkan dia menangis. Egonya sebagai lelaki langsung tidak diendahkan. Dahulu akulah lelaki yang kononnya paling baik, kini akulah manusia pengikut syaitan..

Tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi, Firdaus berada di hujung talian, sebaik mendengar suara temannya itu Aiman mendiammkan diri tanpa sebarang kata. “ Aku tahu kau dengar apa yang nakk aku katakan ini, aku faham apa yang kau lalui, kejutan budaya. Dulu aku pun hampir terkena bahana tu. Sebab tu aku cepat-cepat bertunang dengan Iman Zulaikha kakak Iman Nuraini.” Sebaik mendengar nama Iman Nuraini dadanya bagaikan disentak. Rasa malunya pada gadis itu tidak terkata, terasa diri terlalu hina dipandangan Iman.

 “ Kau masih belum terlambat, kalau kau rasa perbuatan kau salah, bertaubatlah. Allah sentiasa mengapunkan hambaNya yang mahu bertaubat.” Sambung Firdaus. “ Terima kasih, aku malu dengan kau, kaulah sahabat aku selama-lamanya.” Balas Aiman sambil menahan sebak.

      Sebulan kemudian, selepas selesai membaca al-Quran, Aiman terus mengambil sepucuk surat yang ditinggalkan oleh teman sebiliknya di atas meja, surat yang diambil dari peti surat pelajar. Sebaik terlihat nama pengirimnya Aiman terasa sesak didadanya bagaikan ada sesuatu yang menghimpit.

.......dari hari awak menyerahkan surat kepada saya semasa ditingkatan lima, saya sudah ada jawapan kepada permintaan awak untuk jadikan saya teman hidup awak dunia akhirat kerana Allah. Hati saya sentiasa terbuka untuk lelaki soleh seperti awak. Tapi apa gunanya kita mengikut hawa nafsu, masanya belum tiba dan saya bimbang kita akan terjerumus ke arah maksiat. Perasaan saya terhadap awak masih sama seperti dulu. Andai awak masih inginkan saya menjadi teman hidup dunia akhirat  kerana Allah ikutlah landasan yang telah ditetapkan syariat...............Iman Nuraini

     Aku sentiasa menginginkanmu menjadi suri yang halal dalam hidupku... Kau benar-benar wanita solehah yang ku idam-idamkan selama ini. Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah kerana Kau telah memberi peluang kepada hambaMu ini untuk mengecap nikmat kebahagiaan berlandaskan landasanMu. Alhamdulillah Kau telaah menyuntikkan perasan kasihku kepada seorang wanita solehah yang bernama Iman Nuraini.  
~Tamat~

Alhamdulillah...moga cerpen ini dapat diambil iktibar...w/p mungkin tidak lagi menepati syarat penulisan =) tapi ambillah apa2 yang boleh dijadikan pedoman.. >> Terima kasih fatimah atas kesudian berkongsi cerpen ni^_^...

Read more...

Bidadari Hidupku ...

     (Episod 3)

     Setelah menamatkan pengajiannya di sekolah tiada sebarang jawapan yang diterima, sama ada permintaannya di terima atau ditolak, yang diterima hanyalah sehelai memo ringkas. Kini Aiman memulakan tahun pertamanya di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan perubatan. “ Hello!!! Tercapai juga hajat kau nak jadi doktor ya…” Kedengaran suara girang Firdaus teman baiknya semasa di sekolah dahulu dihujung talian. “ Kau pun apa kurangnya bakal peguam terhormat.” Balas Aiman kepada temannya yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

      Sudah hampir setahun tiada khabar yang diterima daripada Iman, gadis pujaannya semasa di sekolah. Kerinduan Aiman terhadapnya juga kian luntur setelah beberapa bulan berada di UPM. Sikapnya juga berubah,jarang sekali surau menerima kunjungannya. Dia juga semakin rapat dengan seorang gadis yang yang sememangnya memasang niat untuk merapatinya sejak awal perkenalan mereka. Intan, gadis cantik yang menjadi rebutan  lelaki kini bagaikan belangkas dengan jejaka yang turut menjadi sebutan pelajar perempuan , Aiman. Mereka juga tanpa segan silu kehulu kehilir bersama-sama walaupun dilihat pelajar lain.

    Pagi itu Iman menemani kakaknya Iman Zulaikha ke sebuah restoran di satu pusat membeli belah untuk bertemu dengan tunangnya. “Ika, saya  minta maaf kalau ika rase seperti dipaksa  untuk bertunang dengan saya. Saya tahu kita terlalu muda, tapi saya takut Ika dikebas orang semasa di madinah nanti. ” “Tak mengapa, Ika tak kisah mungkin ada hikmahnya”  balas Zulaikha sambil tersenyum. Iman yang dari tadi memerhatikan mereka tersenyum sambil meneguk air. Firdaus telah meminang kakaknya sebelum kakaknya berangkat ke Madinah. Dia sedar niat Firdaus baik, dia juga sedar bahawa Firdaus sangat menyayangi kakaknya sejak setahun yang lepas selepas berkenalan dalam satu program kemasyarakatan .

               ##############@@@@@#################
 


    “I love u Aiman…” terdengar kata-kata itu di cuping telinga Aiman semasa sedang duduk di sebuah kerusi panjang yang disediakan di pusat membeli belah itu. Lantas satu kucupan singgah di pipi dari seorang wanita yang duduk bersebelahan dengannya. Aiman pantas memeluk pinggang wanita di sebelahnya sambil tersenyum. Tanpa disedari ada tiga pasang mata yang sedang memerhati perlakuan mereka tidak jauh dari situ. Aiman tergamam apabila memusingkan kepalanya ke arah tiga orang yang amat dikenalinya itu. 

    Teman baiknya Firdaus,seorang wanita yang berdiri di belakang Firdaus dan yang paling mengejutkannya wanita yang sekian lama ditunggu-tunggu, Iman berdiri di sebelah wanita tadi turut melihat perlakuannya. Perasaan malunya tidak tahu lagi hendak dicampakkan ke mana. Air mata lelakinya lantas jatuh menyedari kesilapannya. Dari jauh dapat dilihat teman baiknya Firdaus dan wanita disebelahnya tergamam tanpa sebarang kata dan Iman hanya menudukkan pandangannya. Mereka terus berlalu meninggalkan Aiman bersama gadis cantik di sebelahnya. 
Malam itu Aiman tidak dapat melelapkan mata...

Bersambung.....

Read more...

Wednesday, October 14, 2009

Bidadari Hidupku...


(Episod 2)

“Iman, nanti tolong berikan saya minit mesyuarat tadi ya.” Pinta Aiman kepada setiausahanya, Iman. “ InsyaAllah nanti saya serahkan.” Jawab Iman lantas berlalu meninggalkan bilik gerakan. Aiman duduk sambil tersenyum…….InsyaAllah nanti saya serahkan…..masih terngiang-ngiang di telinganya tutur kata Iman sebentar tadi.

      Malam itu selepas pulang dari surau, Aiman berbaring sebentar di katilnya sebelum memulakan ulang kaji pelajaaran. “ Macam mana?” Tanya rakannya Firdaus. “ Macam mana apa?” Tanya Aiman kembali kepadaa rakannya. “ Ye lah, kau taknak berterus terangkah pada Cik Iman manis tu tentang perasaan kau pada dia?” Terang Firdaus sambil tersenyum-senyum. 

“ Mana kau tahu ni?” Aiman bingkas bangun dan duduk dikatilnya. “ Alah, dah lamaa aku perasan, kita bukan baru semalam berkawan.” Jelas rakan baiknya itu sambil mengenyit mata. Sememangnya Aiman tidak pernah memberitahu kepada sesiapa tentang perasaannya itu.Dia tahu dia pengecut dalam hal ini. “ Dia terlalu berbeza dengan perempuan lain yang pernah aku jumpa sebelum ini. Aku  tak berani, biarlah aku tengok dari jauh je.” Jawab Aiman ringkas sambil bangun dan mencapai buku kononnya untuk memulakan ulang kaji, malas melanjutkan topik itu. Malu pun sama sebenarnya

      Setelah selesai majlis Sambutan Hari Guru, Aiman membuat perjumpaan dengan semua urusetia. Dia berterima kasih kepada semua tenaga kerja yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. “Baiklah sampai disini sahaja, semua boleh bersurai.Emm...Iman Nuraini tunggu sebentar,ada hal sikit.” Aiman memberanikan dirinya. Malam tadi dia sudah menulis surat kepada gadis idamannya itu meluahkan tentang isi hatinya. “Ini ada surat, bacalah.Saya pergi dulu,ada kelas.” Aiman berlalu dengan dada yang berdebar-debar.  
  
       Sudah seminggu tiada apa-apa balasan dari Iman. Aiman benar-benar kecewa, peperiksaan SPM semakin hampir. Hatinya benar-benar kacau. Dua minggu sebelum bermula peperiksaan Aiman mendapat satu memo yang tertulis “ Saya doakan awak lulus dengan cemerlang…..Iman Nuraini.” Aiman benar-benar gembira mendapat memo dari gadis idamannya itu. Tapi bukan itu yang diinginkan dari Aiman, dia mengharapkan jawapan terhadap permintaannya untuk memiliki gadis itu terjawab.
Setelah menamatkan pengajiannya di sekolah.......
 Bersambung....^_^

Read more...

Tuesday, October 13, 2009

Bidadari Hidupku ...


Assalamualaikum kepada semua.. akhir2 ni xsempat pulak sy nak menulis dan memikirkan isu untuk dimuatkan ke dalam blog ini sebagai perkongsian bersama. Banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu..so, setakat tazkirah dan E-Book Risalah ila ukhti al-Muslimah je la yang sempat utk di copy sebagai perkongsian..

Tapi kali ni lain sikit..^_^.. sy nak hadiahkn satu cerpen, tapi bkn buat sendiri la. Tak mahir lagi dlm penulisan cerpen ni..sahabat sy (Siti Fatimah Miskan) yg hadiahkn cerpen ni dulu, jd apa salahnya sy kongsikan dgn kalian semua. harap dapat la ambik apa2 manfaat drnya..but, don't judge the book by its cover! baca dulu sampai habis episod.. selamat membaca! =)


(Episod 1)

Senyuman manis terlukis di bibir Aiman setiap kali mendengarkan baris-baris ayat yang cukup indah dan sesuai padanya untuk menggambarkan wanita yang sentiasa mekar dalam hatinya….Iman Nuraini . Nama yang cukup  indah jika digandingkan dengan Aiman Zafran, itulah yang sering diangankan oleh Aiman, pelajar tingkatan lima terhadap Nur Aini pelajar tingkatan empat di sekolahnya. 

Sejak pertama kali melihat Iman, Aiman sudah jatuh hati dengan kelembutan yang dimiliki gadis itu. Setelah bekerjasama selaku pengawas sekolah, hati lelaki ini makin terikat denagn peribadi yang dimiliki oleh Iman, seorang wanita yang sempurna wajahnya, lemah lembut tutur katanya, besederhana dan yang paling menarik minat seorang jejaka yang bernama Aiman adalah ketaqwaan gadis ini kepada penciptaNya.

       “Baiklah, minggu depan kalau boleh saya tidak sebarang kecatatan berlaku semasa Sambutan Hari Guru dijalankan. Semua yang sudah diamanahkan dengan tugas-tugas seperti yang kita bincangkan tadi diharap dapat menjalankan tugas dengan lancer.” Aiman mengakhiri mesyuarat Sambutan Hari Guru di sekolahnya dengan harapan semua perancangan akan berjalan lancar. 

Aiman sememangnya dikenali sebagai seorang pelajar pintar, baik, dan bertanggungjawab di sekolahnya, tidak hairanlah jika dia dilantik sebagai ketua pelajar sekolah. “Iman, nanti tolong berikan saya minit mesyuarat tadi ya.” Pinta Aiman kepada setiausahanya, Iman. “ InsyaAllah nanti saya serahkan.” Jawab Iman lantas berlalu meninggalkan bilik gerakan. Aiman duduk sambil tersenyum…….

bersambung......(sikit dulu, percubaan je ni^_^)

Read more...

Monday, October 12, 2009

Tumbuhkan Cinta agar Tenteram


Siri 4...

Apabila benih-benih cinta, kasih sayang dan kebajikan, sudah mulai bersemi dalam diri kita, samalah dengan kita membebaskan diri dari berbagai beban dan macam-macam penderitaan. Kita tidak perlu lagi menjilat-jilat atau merendah-rendah, kerana pada saat itu kita benar-benar melakukan suatu kejujuran dan keikhlasan, karena kita ingin menggali perbendaharaan kebajikan yang tersimpan dalam jiwa mereka dan menemukan ciri-ciri kebaikan yang tersembunyi dalam lubuk hati mereka. 

Apabila kita memuji dan mengungkapkan mutu manikam kebajikan yang tersimpan dalam lubuk hati mereka, dan semua itu kita lakukan dengan penuh kejujuran. Dan memanglah tidak seorang manusia pun yang layak mendapat pujian. Akan tetapi kita tidak akan melihatnya, kecuali apabila bibit-bibit cinta sudah bersemi dalam lubuk hati kita. Begitu juga kita tidak perlu lagi memaksa diri menanggung duka kerana olah mereka, dan bahkan tidak usah menanggung beban kesabaran atas kesalahan dan kealpaan mereka. Kita bertekad akan menaburkan rasa kasih sayang pada titik-titik lemah mereka, tanpa sedikitpun terselit niat mengungkit dan menghakiminya, hanya apabila benih-benih cinta sudah bersemi dalam jiwa kita. 

Dalam keadaan demikian, kita tidak akan membebani diri kita dengan lelahnya kedengkian terhadap mereka, atau dengan beban pengawasan kepada mereka. Sebenarnya kita dengki kepada orang lain, kerana benih-benih kebajikan tidak tumbuh dengan baik dan sempurna dalam jiwa kita, dan kita selalu khuatir terhadap mereka, kerana unsur kepercayaan dalam kebajikan masih kurang dalam lubuk hati kita.

Betapa besar ketenangan, kesenangan dan kebahagiaan yang kita berikan kepada  diri kita, ketika kita memberikan kasih sayang, cinta dan kepercayaan kita kepada orang lain, ketika bibit-bibit cinta, kasih sayang akan kebajikan tumbuh dengan suburnya dalam jiwa kita.

Read more...

Saturday, October 10, 2009

Menangislah Dibahuku…
  
Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara
Bahawa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

*Cuba kau berkedip
Menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa berderailah air mata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah kadang manusia
Terlalu sombong tuk menangis
Lalu untuk apa air mata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah.....
Dibahuku kau berikan ku kerpercayaan
Bahawa laramu adalah haru biruku
Kerana ku adalah sahabatmu
Menangislah...menangislah...

Ulang *

Menangislah di bahuku..kerana ku sahabatmu (3x)

 dedikasi lagu buat cik nabila al-nuha^_^ jangan sedih2 ye..
acctually,lagu ni hadiah dari echah dan sham untukku..thanks!
(xsempat lagi nk menulis untuk blog ni, so kene keluarkan lagu dulu ^_^) 

Read more...

Lapang dada dan kasih Sayang..

Siri 3 
Ketika kita menyentuh sisi-sisi yang baik dalam jiwa manusia, kita akan melihat banyak sekali titik-titik kebajikan, meskipun pada pandangan pertama tidak mudah terlihat. Sudah ku cuba hal demikian, aku sudah mencubanya sendiri terhadap banyak orang, tidak terkecuali kepada mereka yang pada mulanya terlihat jahat dan miskin perasaan.

Berikan mereka sedikit kasih sayang atas kesalahan dan kelalaiannya. Sedikit perhatian, bukan yang dibuat-buat atau berbasi-basi, terhadap suka dukanya. Apabila yang anda berikan kepada mereka tadi berasal dari lubuk hatimu, dan kamu berikan secara jujur, tulus hati dan ikhlas, nescaya akan kamu temukan sumber kebajikan dalam lubuk hati mereka, yakni manakala mereka memberikan cinta, kasih sayang dan kepercayaan kepadamu, sebagai imbalan terhadap apa yang pernah kamu berikan kepada mereka
(yang walaupun kecil tetapi benar-benar tumbuh dari lubuh hatimu).


Sungguh, kejahatan itu tidak bersarang jauh dalam hati manusia, seperti yang kadang-kadang terbang dalam benak kita. Ia terdapat dalam kulit yang keras, yang mereka jadikan tameng dalam perjuangan gigih dalam mempertahankan hidup. Kalau mereka sudah merasa aman, kulit keras itu akan terbuka dengan sendirinya, dan tampaklah buah yang bersembunyi di dalamnya, yang rasanya lezat dan manis. Buah yang manis itu hanya akan membukakan kulitnya kepada siapa yang mampu meyakinkannya, yang dapat memberikan rasa keamanan hidup kepadanya, bisa memberikan kasih sayang yang tulus dan ikhlas, kasih sayang yang hakiki dalam perjuangan mereka, dalam duka cita mereka, dan juga dalam memaafkan kesalahan serta kealpaan mereka.


Moga Ukhwah yang dibina dikekalkan Tuhan dan berada di bawah lembayung rahmat-Nya..

Read more...

Friday, October 9, 2009

iEd MuBaRaK APIUM

Jemputan kepada semua warga APIUM...

JAMUAN AIDILFITRI
WAKIL FAKULTI & PMAPIUM
bersama seluruh
MAHASISWA APIUM


Tarikh : 9 Oktober 2009 (JUMAAT)

Masa : 2.30 - 4.00 ptg

Tempat : Balai Ilmu, APIUM



Pelbagai agenda disediakan untuk anda yang hadir..
Datanglah beramai-ramai dengan berpakaian Raya...
Jemput2....jemput kepada semua warga API....^_^


Siti Zuraini Mohd Jenan 
Timb. Sekretariat Kebajikan  Wakil Fakulti (APIUM)



Read more...

Thursday, October 8, 2009

Arak Menjadi Madu


Pada suatu hari, Umar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" 

Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Umar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Umar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Resepi Panjang Umur

Siri 2 
Pada waktu kita hidup untuk diri kita sendiri, nampaklah kehidupan ini seolah-olah singkat dan sangat pendek. Dimulai sejak kita sadar, dan diakhiri dengan kepergian usia kita yang begitu pendek itu. Namun, manakala kita hidup untuk yang selain diri kita sendiri, yakni ketika hidup demi sebuah idealisme, maka terlihatlah kehidupan yang panjang dan terbentan luas sekali. Dimulai sejak awal kemanusiaan, dan berlanjut terus sampai pun kita meninggalkan permukaan bumi ini. 

Sudah tentu, dalam keadaan seperti itu, kita memperoleh laba yang berlipat ganda dari usia diri kita sendiri. Ya, kita memperolehnya sebagai laba hakiki, bukan semu. Dan melukiskan kehidupan dengan pola demikian, akan melipatgandakan perasaan kita, harihari kita dan waktu-waktu kita. Memanglah ukuran waktu kehidupan itu bukan dengan bilangan tahun, akan tetapi dengan bilangan perasaan. Para penganut faham faktualisme menganggap ungkapan itu sebagai khayal belaka, padahal kenyataannya ia lebih hakiki dari semua yang mereka anggap hakiki. 

Sesungguhnya gambaran kehidupan itu tidak lain kecuali perasaan manusia itu sendiri tentang kehidupan. Menanggalkan manusia mana saja dari perasaan hidupnya sama halnya seperti menanggalkan manusia tersebut dari kehidupannya sendiri, dalam arti yang hakiki Apabila manusia itu telah dapat melipatgandakan perasaannya dengan kehidupannya, maka ia benar-benar telah berhasil melipat gandakan kehidupannya. 

Nampaknya penyempitan erti kehidupan itu bagiku merupakan suatu kezaliman, sehingga tidak perlu dipermasalahkan lagi. Kita telah memberikan kehidupan berlipat ganda kepada diri kita, apabila kita hidup untuk orang lain. Dan besarnya pelipatgandaan tersebut sebanding dengan kadar perasaan kita yang kita berikan kepada yang lain itu. Kita lipatgandakan dulu perasaan kita dengan kehidupan kita dan kemudian melipat gandakan kehidupan itu sendiri.


Read more...

Monday, October 5, 2009

NiLAi SeBuAh TaNgiSaN 2..


Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya. Kita ketawa walaupun diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan mengangis."


Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedudukan menjemput duka. Namun, Allah S.W.T telah berfirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik buat kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)


Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri. Disana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.


Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam Syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."


Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya. "Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk aku kirimkan ke medan perang." jawabnya.


Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Ibnu Mas'ud berkata : "Seorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah."


Tanyalah orang soleh mengapa mereka tidak berhibur? :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu dibelakang kami, kubur itu dihadapan kami, kiamatitu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam..


>Moga rintihan kita sering didengariNya...amiin..<

Read more...

Aku Wanita....