Sunday, January 31, 2010

e-Voting yang 'sangat' Cekap!

28 Januari 2010 (Pagi-Petang)
Tarikh ini adalah tarikh keramat buat semua mahasiswa dalam memilih dan menetukan siapakah bakal pimpinan yang akan menerajui Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) bagi sesi 2009/2010. Agenda yang di bawa pada kali ini ialah 'meneruskan agenda perubahan' yang telah pun dilaksanakan oleh MPMUM sesi 2008/2009 yang lalu. Tekad dan semangat kami tidak pernah luntur dalam membawa suara dan kebajikan mahasiswa dalam varsiti ini. 

Proses undian berjalan dengan baik walaupun pada jam 9.30 pagi kami mendapat aduan daripada beberapa orang teman di kolej kediaman ke lapan (Kinabalu) yang juga merupakan kolej saya akan membuang undi ada mengalami sedikit masalah dari sudut sususan komputer. Setelah berunding, mereka pun menyusun kembali susunan tersebut. Namun, saya selaku pengundi yang mengundi di kolej tersebut tetap tidak berpuas hati dengan susunan itu berikutan orang yang menjaga di belakang sewenang2 nya dapat melihat undian saya dan pengundi2 lain dan ini tidak ada lagi kerahsiaan. 

Ya, benar! mungkin mereka kata, "skrin jauh, mana ada nampak" tapi pada saya itu adalah hak privacy pengundi walaupun nampak sikit2. Ini baru dnamakan hak privacy mahasiswa, bukan nak masuk kempen kat kolej baru dikatakan hak privacy. Mengapa kolej lain boleh ada penutup di setiap komputer??
hurmm...fikir dan nilai lah sendiri.

28 Januari 2010 (Petang-Malam)
"Segera ke Dewan Tunku Canselor (DTC)" Berdebar saya mendapat mesej tersebut. Ini bermakna pengiraan undi telah pun di buat. 6.30pm kami sampai di sana, kelihatan sudah ramai mahasiswa memenuhi perkarangan DTC. Mata meninjau2 mana calon2 yang lain. Masuk ke ruangan DTC, ramai yang sudah berkumpul untuk masuk duduk di ruangan tengah untuk mendengar pemgumuman NC akan kiraan undi yang telah di buat.

Laungan semangat dan sokongan dari kedua2 belah pihak bergema di dalam DTC. Masing2 punya kekuatan dan kali ini tidak pula saya mendengar laungan dan bising2 dari Parti Bebas (Freedom), hanya 2 kumpulan yang common itu saja yang berlawan2 sehingga terpaksa ditenangkan oleh ayahanda Naib Canselor.

Tidak seperti tahun2 sebelum ini untuk mendapat keputusan undian terpaksa menunggu sehingga jam 3 atau 4 pagi. Tapi tidak lagi pada tahun ini apabila pada petang itu juga kami telah mendapat keputusan undian bagi setia calon. 'Cepat' dan 'Cekap' kan e-Voting ni??

Pengumuman dimulakan dengan Kerusi Fakulti. Alhamdulillah diperingkat Kebajikan Mahasiswa kami telah mendapat 4 kerusi tanpa bertanding iaitu di Akademi Pengajian Islam, Saudara Mohd Syahid Mohd Zaini dan Saudari Nur Dalilah Mokhtar. Selain itu 1 kerusi di Fakulti Medic, Saudari Yasmin dan 1 kerusi di Fakulti Dental iaitu Saudara Syukri. Kerusi yang bertanding dan mendapat undian tertinggi ialah 2 kerusi dari Fakulti Bahasa dan Lingguistik, Saudari Fitriani Ilyas Rassid dan Saudari Husnah Khairany. 2 kerusi di Pusat Kebudayaan, saudara C.Chin Nam dan Saudara Hairil. manakala 1 kerusi di Akademi pengajian Melayu, saudari Nurul husna. 

Setelah pengumuman diperingkat Fakulti telah diumumkan, seperti biasa pengumuman diperingkat umum lebih mendebarkan seluruh pengundi dan penyokong. Satu demi satu nama dan gambar calon umum keluar bersama jumlah undi masing2. Alhamdulillah kami telah pun mendapat 8 kerusi umum dari 9 kerusi yang dipertandingkan. Antara yang menang di peringkat kerusi Umum ialah Mohd Hafiz Ilyas, Mohd fadzil, Mohd Syafiq Badrisyah, Chan Kheng fai, Siti Nadzirah Majeed, Lee Keang Kiat, Siti Zuraini Mohd Jenan dan Goh Chin How. Seorang dari calon umum kami yang tewas ialah calon Foreigner iaitu Ojukwu henry.

Apapun, pada malam tersebut kami masih tidak dapat keputusan rasmi dari Ayahanda NC dan terpaksa menunggu jam 10 pagi keesokan harinya. Apa yang terjadi?? ...........................................................
'Cepat' dan 'Cekap' kan e-Voting ni sehingga terpaksa menunggu keeseokan harinya untuk mengetahui keputusan......Bantah! Bantah! Bantah e-kertas! (marah us, aizat n us ridwan nnt ^_^)

p/s : Cerita dan berita seterusnya tunggu hari esok, kalau tak sabar boleh baca dalam  mana2 blog dan laman berita online..nantikan kronologi sepanjang rapat umum yang dilaksanakan..

Read more...

Sekitar Pilihan Raya Kampus UM.....


Hari Penamaan Calon
25 Januari 2010 yang lalu telah ditetapkan sebagai hari penamaan calon bagi setiap calon yang akan bertanding pada pilihan raya kampus Universiti Malaya yang jatuh pada hari Khamis berikutnya iaitu 28 Januari 2010. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang calon yang ada mengalami sedikit masalah. Apa pun semuanya dapat berjalan dengan baik. Terima kasih kepada wakil calon saya yang sangat optimis menjalankan tanggungjawab apabila terpaksa bergegas ke SKR bagi mendapatkan pengesahan keputusan peperiksaan penggal lalu. 

Proses yang agak lama juga untuk menunggu keputusan siapakah calon yang bakal bertanding dalam PRK UM kali ni. Setelah bantahan dibuat, seorang dari calon Penggerak Mahasiswa telah diterima bantahan ke atasnya menyebabkan beliau tidak layak bertanding. menunggu pula proses rayuan yang juga agak lama memang menuntut kesabaran yang tinggi. Usai solat maghrib, kami dipanggil ke Auditorium KPS untuk menanti pengumuman nama-nama calon yang layak bertanding. 

Alhamdulillah tersenarai dalam nama-nama yang layak, kami dipanggil pula untuk membuat undian. Proses agak terganggu bila mana seorang dari calon umum telah pun pulang dan terpaksa menunggu sehingga beliau datang semula ke audi, memandangkan wakil calonnya juga tidak ada. Sabar je la..
Dan akhirnya, U13 inilah yang saya bawa hingga ke garisan terakhir.

Kempen
Hari pertama berkempen, alhamdulillah tidak ada apa yang merumitkan. Semuanya berjalan dengan baik. Tapi biasalah kalau ada kena tegur dan marah sikit2 dari wakil calon terutama manager saya. ^_^ walaupun badan dan otak agak letih melayan teguran mereka, saya tetap mengambilnya sebagai iktibar dan itu adalah untuk kebaikan diri saya. seharian jadual saya penuh di susun oleh mereka, cuma dapat rehat sikit pada sebelah petangnya sebelum menyambung kembali kempen ada jam 4 petang sampailah malam.
Terima kasih kepada tuan kereta myvi oren, semangat tu naik kereta oren... Wakil calon merangkap trainer Us Zul Amirul, Qayyum, Kak musaiyadah. Wakil calon yang sangat banyak membantu Shukri, Lokman, Shahril, Kak Ummu, Kak Zahrah dan Nabilah.

Masuk hari kedua, saya dan teman2 (wakil calon) perlu lebih kuat dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku. Seperti yang dijangkakan, hari kedua lebih mencabar. jadual saya sangat pad dan makan pun sudah tidak teratur sehingga menuntut saya dan wakil2 calon untuk makan di dalam kereta. Sampai ke destinasi seterusnya, makan mesti dah kena siap!

Menariknya hari ni saya bertemu dengan lebih ramai orang baik dari kaum melayu, China, India, Foreigner dan sebagainya. Pesanan dan teguran semalam saya ambil dan nekad tuk lakukan yang terbaik lagi. Alhamdulillah suntikan semangat tu tempias pada semua teman2 yang berada di sisi. Penyokong2 fan club pun kelihatan sana sini untuk kenalkan U13 pada orang ramai.



Halangan demi halangan di terima apabila kami mula menyusun langkah memasuki kolej2 kediaman. Seperti biasa keadaannya sebelum ini, time PRK la pintu pagar kolej akan terpelihara dari pencuri sebenar. macam2 syarat yang dikenakan, langsung tidak membenarkan calon masuk berkempen dan sebagainya. Kadang2 saya rasa sangat pelik! Apakah kolej kediaman itu milik mutlak mereka?? Bukankah itu kolej untuk mahasiswa dan mereka berhak untuk mendenagr, melihat dan menilai sendiri tanpa sebarang sogokan dan paksaan..

Apa pun harapan saya untuk penjaga pintu pagar ni... Teruskan kerja amal anda semua untuk kebajikan dan kebaikan mahasiswa di dalam kolej. Yela kan, kalau tunggu ramai2 sampai ke subuh macam tu, pencuri pun takut nak masuk. So, tak ada dah la kes2 pecah bilik ke, kecurian ke..ok ;-)

Lagi satu, jangan terlalu takut dengan Pro-M, sebab mereka datang insyaAllah tak ada pun barang2 yang hilang atau rompakan berlaku. Jadi, teruskan menjaga gate supaya kita dapat mengelakkan kes2 yang tidak diingini berlaku lagi di kolej2 kediaman...^_^ 
~ Harapan untuk Penjaga Pintu pagar ~

Read more...

Thursday, January 21, 2010

10 Wasiat Imam Hassan al-Banna

Assalamualaikum kepada rakan2 dan teman2. Kali ini saya nak mengajak semua untuk sama2 kita muhasabah akan pesanan dan ingatan dari Imam Hassan al-Banna. Masa sangat mencemburui saya ketika ini ^_^.. xsempat nak update hari2, tapi insyaAllah lepas ni ada dah yang sudi 'bantu' =)..alhamdulillah. Sama2lah kita mengambil seberapa banyak manfaat dalam blog yang x seberapa ini. Moga ada manfaatnya buat ad-Deen...


.::Wasiat Imam Hassan al-Banna::.

1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.
4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.
8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuh an dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.
9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaann.

Read more...

Monday, January 18, 2010

.::Menangis Itu Indah::.



 Ada sebuah cerita dari sahabat Ibnu Mas’ud. Suatu saat Rasulullah saw berkata kepadanya, “Bacakan padaku Alquran!”
“Bagaimana mungkin kubacakan Alquran untukmu, bukankah ia turun kepadamu?” jawab Ibnu Mas’ud. “Benar, namun aku ingin sekali mendengarnya dari orang lain,” jawab Rasulullah saw. 


Lantas Ibnu Mas’ud pun membaca surah An-Nisa’ hingga ayat (41) berikut:
 Bagaimanakah jika dari tiap umat Kami datangkan seorang saksi dan Kami bawa engkau sebagai saksi atas mereka. 

Mendengar ayat tadi, Rasulullah pun bersabda, “Cukup, cukup sampai di sini…” Dan tiba2 air mata mengalir dari dua kelopak mata Beliau, menangis (HR. Bukhari).

Boleh jadi Sahabat, kerana kita terlalu sering mendengar tangisan atau menyaksikan linangan air mata, sehingga peristiwa menangis dipandang biasa-biasa saja dalam kehidupan kita.
Padahal, menangis, sungguh merupakan salah satu simbol dari tingkatan spiritualitas seorang hamba, yang tidak hanya terbatas sebagai ekspresi dari rasa sedih, kecewa, dan menyesal, tapi juga sebagai luahan rasa rindu yang menggebu dari seorang hamba kepada Khalik-nya.
Menangis adalah ungkapan paling jujur tentang suara batin manusia, yang melambangkan kepasrahan total seorang hamba pada Rabbnya.

Itulah sebabnya esak tangis mudah sekali menitis ketika ada kematian seseorang. Menangis adalah fenomena universal yang menghinggapi manusia sejagat. Menangis juga merupakan peristiwa yang sangat manusiawi sekali, yang tidak hanya menimpa kita selaku manusia biasa, tapi juga seorang Nabi — sebagaimana terakam dalam kisah di atas.

Bahkan Sahabat, Rasulullah dikenal sebagai orang yang mudah sekali melelehkan air mata, yang juga ketika ditinggal mati isterinya tercinta Siti Khadijah dan anaknya Ibrahim, tanpa meraung dan menjerit-jerit. Sebab, perbuatan itu memang dilarang.

Sebagaimana halnya Rasulullah, bagi kita umat Islam menangis tidak hanya terhenti pada aspek manusiawinya belaka, tapi bagaimana ia juga tetap berdimensi agama, yang memantulkan ketaatan seorang hamba kepada Khalik-nya. Maka menangis menjadi amat sakral, yang semestinya tak pernah ada sebutan “air mata buaya”. Sebab, buayapun belum tentu pernah menangis. Kerana menurut Abdullah Yusuf Ali — penulis The Holy Quran, menangis adalah ungkapan dari perasaan yang benar-benar khusyuk yang mudah tersentuh oleh kebenaran halus dan agung yang datang menyelinap ke dalam kalbu. 

Maka berbahagialah orang yang mudah menangis, kerana ia dapat mengecap rahmat Allah, yakni saat-saat di mana ia punya kesempatan untuk mengasah batinnya, menampakkan semangat keimanannya yang kendur, mencerahkan hatinya yang tercemar, dan menjengah kembali posisi kehambaan dirinya yang teramat lemah di hadapan kekuasaan Allah Rabbul ‘Izzah.

Itulah sebabnya Nabi menyuruh kita agar menangis; bila tidak dapat berbuat demikian, teruslah berupaya agar dapat mengeluarkan air mata taubat dan keinsafan. Sahabat, bagi kita yang susah menangis, menangislah! Namun mengangis di sini haruslah kerana menyesali dosa yang pernah kita perbuat dan menangisi kehidupan diri kita yang selalu terhempas dari kesalahan.

Banyak jatuh cinta tanpa tempat yang benar, maka menangislah. Marah-marah tanpa sebab, menangislah. Sebagai suami yang tidak dapat menjadi contoh kepada isteri, menangislah. Suami tidak dapat membimbing isteri dengan baik, menangislah. Bapa yang tidak dapat menjadi contoh bagi anak-anak, menangislah. Ibu yang terlalu banyak bicara tanpa produktiviti dan menyebabkan anak tidak produktif, menangislah. 

Atasan, bawahan, murid, guru, tidak saling menghormati dan menyayangi, menangislah. Haji berkali-kali tidak menambah keimanan, menangislah. Mari kita belajar menangis, yaitu menangis yang produktif. Sehingga menangisnya penuh keindahan bagi diri dan ummat. Dan biarlah tangisan itu, tangisan yang benar2 membawa kita lebih rapat dan akrab dengan Yang Maha Mententeramkan hati2 kita ini…

Read more...

Sunday, January 17, 2010

Debaran Yang Terasa....

Puas berselawat dalam hati, minta dihindarkan dari hati yang riak dan bangga walau dengan apa pun keputusan juri. Debaran makin terasa, jantung berdegup kencang menanti keputusan siapakah yang bakal bergelar Ratu / Miss / Johan pertandingan Pesona Muslimah Timur Tengah anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) malam tadi. Muka tetap maintain dalam senyuman sambil melihat reaksi para juri dan penonton yang pelbagai.
Degupan kencang jantungku terhenti apabila nombor 9 yang tersemat di bajuku diseru oleh pengacara majlis. 

Alhamdulillah! itu saja ungkapan yang dapat kuungkapkan. Ku pandang wajah teman2 yang datang memberi sokongan dan semangat, mereka angguk sambil tersenyum manis menandakan benarlah nombor yang disebut itu milikku. Alhamdulillah, moga kemenangan ini untuk Islam.....cuba ku sebut ulang2 kali di dalam hati kerana bimbang terselit niat dan tujuan lain di dalam hati..


 Al maklumlah, peserta lain pun tidak kurang hebatnya, ada yang petah berkata2 dan ada yang menyanyi dengan suara yang sedap sebagai persembahan peribadi. Saya yang memang sudah prepair dengan sajak pun terpaksa mereka sendiri sajak tatkala berdiri di hadapan penonton, semua lupa dan tak terkeluar pun apa yang dah dihafal. Takut dan berdebar itu fitrah manusia apabila hendak berhadapan dengan orang ramai, saya juga tidak terlepas, tapi saya usaha juga untuk bersahaja dan 'bersama' penonton pada malam tersebut. Hasilnya alahamdulillah..balik2 terus mesej org tersayang (yg bestnye, abah dah tido pun boleh balas mesej sy lagi. terharu!)


Saat kepala ditundukkan untuk di sarungkan mahkota ratu muslimah, sekali lagi hati menjadi resah. Masakan tidak! Saya harus membawa agenda yang lebih besar selepas ini. Tambahan lagi, komen2 bernas dari juri membuatkan saya rasa tersentak dan tersuntik dengan sesuatu yang dirasakan amat berat tuk dipikul. Rasanya bahu ini tak mampu memikulnya sendirian..


               to tasya: ni je gmbr yg ada, yg lain semua kat org

"Kamu adalah ikon muslimah sekarang, dan kamu harus polish diri kamu lagi untuk membawa rakan2 muslimah yang lain"
Rasa macam kene hempap dengan batu besar bila menerima pelbagai nasihat dan semangat dari 3 orang juri yang pada saya memang berkredibiliti dan berkarisma selaku seorang muslimah yang ideal masakini. Saya sangat mengagumi mereka. Saya hanya angguk dan tersenyum, namun di dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu betapa rasa berat sehingga terbongkok2 hendak membawa amanah tersebut.


Doa saya, mudah mudahan kemenangan ini menjadi salah satu dari kebaikan dan kelebihan untuk Islam. Meskipun disandarkan pada diri saya, namun hasilnya kelak adalah untuk Islam. Doa saya juga, mudah mudahan hasilnya ini bakal menjadi wasilah buat saya menggapai redha Allah yang sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNYA pada saya. Jika bukan kerana DIA, tentu saya tidak dapat membuat yang terbaik untuk Islam.


Apa pun, diucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak tajaan jubah ABAYA, kepada pihak penganjur PMKUM, kepada para juri, kepada kak Effa yang jadi perunding imej saya dan belikan makanan serta hadiahkan rantai pada saya...(hu2 tah bila nak pakai rantai panjang dan cantik macam tu ^_^ ). Terima kasih juga pada kak Khatimah yang mekup kan saya, (nanti saya tempah akak lagi ye..=), kepada kak Fasihah dan Kak Ierah juga terima kasih kerana sudi datang dan memberi sokongan dan semangat pada saya serta tak penat menunggu sehingga habis. Kepada Najwa, memang tersuntik sedikit semangat tengok nti datang=), Rakan sekelas, Husna Mustafa, Izzati....terima kasih banyak, kalian senyum pun dah beri semangat. Akhirnya terima kasih juga buat kakak wartawan ANIS yang sudi datang dan menemuramah saya serta rakan2 yang mempunyai komitmen lain yang sentiasa doakan saya..Barakallahufikum!


Kepada rakan2 peserta yang lain, kita semua harus mengambil ingatan dan pesanan daripada para juri. Ini bukanlah langkah terakhir kita, tapi ini adalah semangat buat kita untuk bawa muslimah keperingkat yang lebih ideal. Doakan moga usaha kita bukan sekadar diatas pentas yang bersprestij, tapi perlu kita sertakan ianya di medan..insyaAllah. gembira bertemu kalian, kita berlaian kos, berlainan fakulti, berlainan negeri, tapi serasa serasi bersama kalian walaupun sebentar.

STRIVE FOR ISLAM!!
Allahu'alam...nantikan Majalah ANIS keluaran bulan MAC..^_^
special:- Thanks mak&abah!

Read more...

Saturday, January 16, 2010

Surat Dari Iblis..Untuk Renunangan dan Iktibar..



(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi di usiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun

http://mutiarahatianaksoleh.blogspot.com

Read more...

Friday, January 15, 2010

Malu??


"Malu adalah sebahagian dari iman" malu yang dimaksudkan pada kata-kata ini adalah malu kepada Allah untuk melakukan perbuatan yang melangar perintah Allah. Isu yang hendak diperkatakan pada artikel kali ini ialah malu yang terbit dari perasaan rendah diri dan kurang berkemampuan dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh malu untuk berhadapan dengan orang ramai, malu untuk bercakap dan pelbagai perasaan malu yang menyebabkan banyak peluang disia-siakan akibat perasaan malu. Penyakit malu ini dapat di atasi dengan pelbagai cara.
Anda mesti TRANSFORMASI DIRI ANDA >>>

1.Tingkatkan rasa penghargaan kendiri. Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal yang sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang nengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.

2.Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian anda menjadikan anda begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang akibatkan kita rasa rendah diri. Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu supaya anda kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini anda tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.

3.Jika anda malu untuk berkomunikasi maka anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk meninkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian anda secara verbal dan non verbal iaitu lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki , bahu dan badan anda serta jarak yang sesuai. Penyampaian mesej yang berkesan akan meningkatkan penampilan diri anda . Mereka akan kagumi anda dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.


4. Hentikan mengkritik diri anda secara negatif. Kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti anda. Sebagai contoh anda mengkritik diri anda sukar untuk mudah mesra , maka anda pewrlu bertanya pada suara hati anda bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya. Apa sahaja bicara diri yang menidakkan kebolehan anda maka anda perlu bertanya dan terus bertanya supaya anda dapat meningkatkannya.


5. Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri anda atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan anda. Setiap kali berlaku penafian kebolehan anda maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri anda ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri anda pada mana-mana kelemahan yang ada. Cari cara-cara bagaimana anda dapat meningkatkan diri anda dan seterusnya laksanakan program tersebut.


6 Iktirafkan segala pencapaian anda walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan anda. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari anda.


7. Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa malu
Katakan pada diri anda secara berulang-ulang apabila ada sesuatu pwerkara yang ingin anda lakukan bahawa anda pasti dan mesti melakukan.


8. Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan anda semakin malu tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada anda membina rasa hebat diri.


9. Raptai mental perlu dilakukan supaya anda sentisa dapat 'melihat' diri anda yang hebat da dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang anda ingin lakukan . 'Lihat' dulu peristiwaa tersebut sebagaimana yang anda inginkan supaya anda dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu anda lakukan nanti.


10. Berikan cabaran pada diri anda untuk melakukan perkara yang anda takut kerana inilan cara terbaik untuk anda atasi rasa malu. Pengalaman-pengalam an hebat yang anda lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.


11. Ingat! Setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan anda orang yang penting dan sesiapa sahaja orang yang anda temui adalah penting. Jadi dengan cara ini anda tidak akan rasa malu kerana harga diri anda telah anda tingkatkan dari masa ke semasa.


12. Akhir sekali berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu.....
sumber: tmn2syurga@yahoogroup

Read more...

Thursday, January 14, 2010

TAQWA~ Pelindung dari Sebarang Perkara Buruk...



SABAN minggu kita diingatkan khatib dalam khutbahnya supaya meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Dalam peringatan itu khatib berkata, takwa boleh dicapai dengan melaksanakan semua perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.
Persoalannya sekarang, adakah kita benar-benar faham apa itu takwa atau disebabkan sering kali diingatkan lantas membuatkan kita menganggap takwa sebagai perkataan yang tidak membawa sebarang erti mendalam serta tidak berkaitan dengan iman.
Kepentingan takwa sebenarnya jelas apabila ia menjadi antara rukun khutbah yang perlu diberi perhatian. Meninggalkan peringatan untuk bertakwa kepada Allah dalam teks khutbah akan menyebabkan ia tidak sempurna.
Sebenarnya bagi mencapai takwa yang hakiki, bukan sekadar menghendaki kita melaksanakan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya. Takwa memerlukan kita melakukan lebih daripada itu kerana ia membabitkan amalan roh dan jiwa.
Takwa membawa maksud berwaspada, berjaga-jaga dan takut kepadaNya dengan menjauhi segala laranganNya. Asal kepada perkataan ‘ittaqa’ itu juga membawa maksud menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara.
Jelaslah takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah sebagai pelindung dan pemelihara daripada sebarang perkara buruk, lebih-lebih lagi perkara yang boleh membawa kita tergolong di kalangan hambaNya yang rugi di akhirat nanti.
Ketinggian tahap takwa apabila ia dijadikan kayu ukur kepada pemilihan hamba Allah yang dipandang mulia di sisi-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
 ”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Sebagai satu cara untuk mencapai takwa bagi kita yang mungkin boleh dikategorikan dalam golongan bawahan jika dimuhasabah dari segi tahap keimanan, beberapa perkara yang dikaitkan dengan takwa menerusi ayat al-Quran perlu diteliti antaranya:
  • Berbuat baik sesama insan serta bermaaf-maafan
Ayat ini berkaitan dengan hubungan suami dan isteri yang bercerai.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa juga yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)
  • Sentiasa berlaku adil
Allah menjelaskannya menerusi firman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 8)
  • Melakukan amalan dengan keikhlasan
Allah menjelaskan perkara ini serta mengambil ibadah korban sebagai contoh, dalam firman yang bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37)
  • Melaksanakan perintah Allah dengan penuh kesabaran
Hal ini dijelaskan Allah melalui perintah solat bagi menggambarkan bahawa ibadat yang diperintahkan sememangnya memerlukan kesabaran dalam pelaksanaannya.
Gangguan syaitan dan dorongan nafsu manusia yang mengarah kepada keburukan akan sentiasa menjadi penghalang utama kepada pelaksanaan ibadat dan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132)
  • Menjaga hak orang lain dan memenuhi janji
Firman Allah yang bermaksud: “Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 76)
Dapat disimpulkan sifat mahmudah atau terpuji haruslah sentiasa disemai dalam diri setiap individu Muslim bagi mencapai ketakwaan yang sebenar kepada Allah. Berbaik sangka sesama manusia, mudah memberi dan meminta maaf, sabar, adil, ikhlas, memenuhi janji, berkasih sayang, reda adalah amalan hati yang boleh membentuk peribadi terpuji serta prasyarat mencapai martabat golongan bertakwa.
Tanpa takwa yang sebenar dalam diri, segala perintah Allah yang dilaksanakan tidak membawa sebarang faedah dan manfaat kepada diri dan kehidupan dunia serta akhirat. Allah secara jelas menyatakan takwa seharusnya dijadikan pakaian diri setiap Muslim dan ia sebaik-baik pakaian.
Firman Allah bermaksud: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26)
dipetik dari : http://hanan.com.my

Read more...

Sunday, January 10, 2010

Manfaat Bersangka Baik..


Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.


Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6.




Manfaat Berbaik Sangka
Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.


Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu. 

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas. 

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.
Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.


Ruginya Berburuk Sangka
Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.


Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.


Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.


Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari. 



Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.


Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: 

"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."


Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.


"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

Sumber : Taman2Syurga@yahoogroups.com

Read more...

Saturday, January 9, 2010

Ingatan Bagi Pelupa...


 Kehormatan Penghalang manusia Berbuat Kejahatan
  
KITA tidak boleh takbur dan mencari nama, tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi sendiri. Gila hormat tidak boleh. Tetapi menjadi orang yang terhormat, haruslah menjadi tujuan hidup.

Lantaran jasa baik dan budi yang tinggi, kita harus beroleh kehormatan daripada sesama manusia. Kehormatan serta pandangan orang kepada kita dapat mendorong hati berusaha membuat yang lebih indah dan bagus.
Bagaimanapun, apabila kita melangkah dan berhasil, akan ada saja orang yang dengki. Ada yang sayang dan tidak kurang membenci. Orang yang benci itu, kerana mengakui kemuliaan dan kehormatan yang kita peroleh serta berusaha menghilangkan rasa hormat itu.
Oleh itu, digalakkan untuk sentiasa berusaha meningkatkan budi pekerti tinggi. Kehalusan dan ketinggian budi pekerti akan membuat lebih ramai orang sayang, begitu juga yang bakal membenci kerana iri hati.
Pepatah Arab berbunyi:
“Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.”
Lantaran menjaga kehormatan dan serangan yang bertubi-tubi timbullah perjuangan sengit, mempertahankan kehormatan sambil menjaga budi pekerti. Perjuangan itu sulit dan hebat, tetapi jika tidak diteruskan, kita akan menyesal kerana bahagia akan terasa dalam dalam perjuangan tadi.

Sumber: Tasawuf Moden oleh Prof Dr Hamka

Read more...

Friday, January 8, 2010

Untuk siapa Kalimah Agung itu??


Semalam pada hari khamis bersamaan 7 Januari 2010, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam bersama-sama PMAPIUM serta PMIUM menganjurkan satu wacana ilmiah yang berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini. Wacana Ilmiah Isu Kalimah Allah tersebut telah diadakan di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Antara panel2 yang telah mengupas isu tersebut ialah YBhg Datuk Dr Abdul Monir Yaacob - Jab Syariah & Undang2, APIUM , Profesor Dr Ab Aziz Mohd Zin - Jab Dkwh & Pmbangunan Insan, APIUM dan Profesor Madya Dr Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim - Jab Sejarah & Tamadun Islam, APIUM. 

Kehadiran para tetamu yang hadir sangat memberangsangkan sehingga pada saya, satu kerugian wacana tersebut tidak dapat dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, APIUM sendiri. Tetapi tidak mengapa, ada yang sanggup berdiri demi mendengar penjelasan daripada ahli akademik yang sepatutnya memainkan peranan penting pada ketika ini. Tidak ketinggalan juga, ramai dikalangan pensyarah2 yang hadir, tidak kira dari jabatan apa sekalipun dan orang luar yang dijemput hadir. 

Soalnya sekarang, apakah boleh atau dibenarkan kalimah suci tersebut digunakan oleh non muslim atau satu pertubuhan bukan islam?? Isu ini telah dikupas berdasarkan sudut dakwah, perundangan, dan sebagainya. Apa yang diterangkan oleh panel yang hadir, kalimah ini telah pun diguna pakai oleh kaum musyrikin sejak dahulu lagi dalam 2 keadaan iaitu dari sudut pengiktirafan ataupun tuduhan. 2 perkara yang berbeza, mereka iktiraf Allah yang mencipta makluk, Allah yang mencipta langit, Allah yang turunkan hujan dan sebagainya. Namun berbalik pada soal tuduhan. Di mana kalimah Allah ini juga digunakan oleh mereka bagi tujuan membuat tuduhan yang tidak benar dan menyeleweng.

Apabila kalimah ini digunakan sebagai satu pengiktirafan, ia adalah baik kerana ia merupakan salah satu daripada permulaan dari sudut dakwah tetapi apabila ia digunakan untuk menyelewengkan Allah dan memberi kekeliruan pada umat Islam, maka ia sangat berbahaya. Apabila saya ditanya adakah setuju ia digunakan? Saya masih tetap dengan pendirian saya bahawa saya tidak bersetuju bahawa kalimah Allah ini boleh sewenang2nya digunakan oleh akhbar/majalah Herald tersebut.Ada 2 alasan dan pandangan saya secara peribadai setelah mendengar pandangan dan wacana secara ilmiah yang diadakan.

Pertama, tidak ada salahnya jika SESEORANG KRISTIAN/non-muslim ingin menggunakan kalimah tersebut dan di situ nampak satu peluang untuk kita argue mereka ataupun memungkinkan mereka berasa keliru akan apa yang diperkatakan. TETAPI, jika sebuah MAJALAH atau AKHBAR yang digunakan oleh sebuah GEREJA maka tidak setuju jika kalimah tersebut digunakan. Hal ini akan menyebabkan kekeliruan dan kesangsian terhadap umat Islam yang kurang pegangannya. Akhbar atau majalah adalah suatu edaran yang akan serap terus ke dalam minda pembacanya. Ini suatu perkara yang membimbangkan. 

Teringat pula pada kata2 Dato’ Dr Abdul Monir semalam. “Kamu tak perlu takut kpd hakim, tapi kamu perlu bimbang dgn apa yang ada dalam kepala dan fikiran seorang hakim tersebut.” Pada saya, ayat ini sungguh mendalam maksudnya,bukan sahaja dalam isu ini malah isu2 yang terdapat di dalam Negara ini juga. Dari sudut undang2, mahkamah itu tidak terikat dengan fatwa dan argument dari sudut agama tidak akan diambil kira. Kenapa tidak dihantar ke mahakamah syariah?? Kes ini tidak boleh di bawa ke mahakamah syariah, bukan di bawah mahkamah tersebut. Jadi, apa agaknya yang perlu kita lakukan? Salah satu cara yang disebut oleh Dato’ Monir ialah menggunakan hujjah yang kuat dan tidak boleh sekadar bermain dari sekeliling isu tersebut. 

Oleh itu, dari pengamatan saya, isu ini membawa 2 perkara iaitu satu peluang dan juga kebimbangan. Peluang untuk menerangkan kepada umum apakah itu Islam yang sebenar dan Allah di dalam Islam dan siapa ‘Allah’ di dalam Kristian. Kebimbangannya pula bila mana tersebar akan kalimah ini daripada bukan yang ahli maka akan menimbulkan keraguan pada umat Islam yang masih mencari identity agamanya. 

Kecerdikan mereka(Kristian) ialah melakukan perkara yang akan menimbulkan persamaan dan membuat satu tarikan daripada persamaan tersebut. Jika kita lihat, sembahyang Islam, 5kali sehari. Sembahyang Kristian setiap hujung minggu. Puasa islam 30 hari, mereka juga ada yang disebut iaitu makan sikit2. Amar ma’ruf nahi mungkar dalam Islam juga ada mengajak kebaaikan dan menentang kebatilan di dalam Kristian. So?? Apa bezanya jika ia dilihat dari mata kasar seorang muslim yang goyah imannya??
Adakah kita kisah apabila keluar satu artikel atau majalah seperti ini..??









 Sama! tapi tak serupa!

 Apa pun terlalu ramai yang khilaf akan hal ini dan mempunyai ijtihad sendiri. Ia merupakan satu peluang dan satu kebimbangan pada kita, sama2 muhasabah kembali..
Allahu'alam...ini cuma perkongsian yang membawa kita sama2 berfikir...

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Pelajar dan Assingment...


Sudah 2 minggu kuliah bermula walaupun masih dalam minggu add/drop. Setakat tangan masih ligat nak update blog ni, maknanya saya masih tidak ada assingment yang perlu disiapkan walaupun sem ni agak berat sikit dengan beberapa subjek minor dan wajib akademi yang perlu dihabiskan. Tunggu dan lihat je la apa jenis assingment yang kena buat nanti. Apa pun dah ramai dikalangan teman2 saya yang sudah pun mempunyai 3-4 assingment dalam minggu ke2 ni. so, entry kali ni saya bawakan sedikit muhasabah untuk kita semua sempena semester yang baru sahaja bermula...

Ini kisah di Universiti. Kisah segolongan mahasiswa yang selalu menangguhkan gerak kerja tugasan mereka. Tidak membuat perancangan waktu dengan baik. Pada saat akhir, mereka akan ‘pulun’ buat kerja. Pada saat itulah baru terlintas idea, dapat kumpul maklumat, ada masa perbincangan kumpulan, hendak jumpa pensyarah, bahkan lebih hebat lagi, pada masa itu mereka memahami kehendak tugasan  yang diberikan sedangkan selama ini mereka tidak pula faham. Itulah kebiasaannya.

Kerja sebegini (pulun) sebenarnya memenatkan, ibarat seorang petani di ladang, menggemburkan tanah, menanam benih, menyiram dan menunggu hasil dalam masa yang singkat. Sedangkan petani lain, membuat peringkat-peringkat pada masa yang ditetapkan dalam masa yang terancang. Kemudian, mendapat hasil pada tarikh yang dijangkakan.
Oleh sebab itu, kerja yang memenatkan ini, kebiasaannya hasil yang diperoleh tidak seberapa. Perbandingan dapat dibuat dengan mahasiswa yang merancang daripada proses mengumpul maklumat, berbincang dengan pensyarah, membuat pembincangan kumpulan, memproses idea, memproses idea dan maklumat sehingga menghantar tugasan. Sudah tentu, hasil dapatan tugasan lebih menarik.
Tabiat membuang masa pada awal semester, leka dengan urusan selain pembelajaran dan tidak mementingkan keutamaan adalah factor terjadinya kerja seperti ini (pulun). Bayangkan betapa penatnya otak kita menghabiskan pembacaan  pelajaran satu semester dalam masa semalaman! Itu belum pasti dapat memahami sepenuhnya ataupun tidak. Memaksa otak menghafal dalam masa yang singkat.
Disamping itu, bertungkus lumus bekerja ataupun menyiapkan tugasan pada saat akhir kadangkala ia tidak dapat disiapkan. Secara tidak langsung, mereka beralasan dan meminta penangguhan. Antara alasan-alasan yang kerapp diberi adalah :-
1)      “computer masuk virus”
2)      “computer tiba-tiba hang
3)      “data tidak dapat dibaca”
Perkara-perkara ini tidak dapat dielak dengan member tarikh akhir pada diri sendiri lebih awal daripada tarikh akhir sebenar tugasan. Contohnya, tugasan bagi subjek falsafah pendidikan mesti dihantar pada 21 Februari 2005. Mahasiswa yang bijak dan merancang akan menetapkan sama ada seminggu lebih awal ataupun tiga hari lebih awal memberi  tarikh akhir pada diri mereka. Contohnya pada 18 Februari 2005. Pada tarikh itu, kita boleh menghantar tugasan lebih awal supaya disemak oleh pensyarah. Selang hari berikut, kita dapat menyemak ruang waktu berbuat demikian. Selang hari ini dipanggil sebagai masa awasan.
Tindakan memberi tarikh akhir yang lebih awal pada diri sendiri dapat menenangkan emosi kita. Kita tidak tergesa-gesa pada saat akhir malah dengan itu dapat meningkatkan kecemerlangan kita dalam akademik, pengurusan waktu dan hubungan di antara pelajar dan pensyarah.
~ Positif untuk Berjaya ~

Read more...

Aku Wanita....