Friday, January 8, 2010

Untuk siapa Kalimah Agung itu??


Semalam pada hari khamis bersamaan 7 Januari 2010, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam bersama-sama PMAPIUM serta PMIUM menganjurkan satu wacana ilmiah yang berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini. Wacana Ilmiah Isu Kalimah Allah tersebut telah diadakan di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Antara panel2 yang telah mengupas isu tersebut ialah YBhg Datuk Dr Abdul Monir Yaacob - Jab Syariah & Undang2, APIUM , Profesor Dr Ab Aziz Mohd Zin - Jab Dkwh & Pmbangunan Insan, APIUM dan Profesor Madya Dr Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim - Jab Sejarah & Tamadun Islam, APIUM. 

Kehadiran para tetamu yang hadir sangat memberangsangkan sehingga pada saya, satu kerugian wacana tersebut tidak dapat dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, APIUM sendiri. Tetapi tidak mengapa, ada yang sanggup berdiri demi mendengar penjelasan daripada ahli akademik yang sepatutnya memainkan peranan penting pada ketika ini. Tidak ketinggalan juga, ramai dikalangan pensyarah2 yang hadir, tidak kira dari jabatan apa sekalipun dan orang luar yang dijemput hadir. 

Soalnya sekarang, apakah boleh atau dibenarkan kalimah suci tersebut digunakan oleh non muslim atau satu pertubuhan bukan islam?? Isu ini telah dikupas berdasarkan sudut dakwah, perundangan, dan sebagainya. Apa yang diterangkan oleh panel yang hadir, kalimah ini telah pun diguna pakai oleh kaum musyrikin sejak dahulu lagi dalam 2 keadaan iaitu dari sudut pengiktirafan ataupun tuduhan. 2 perkara yang berbeza, mereka iktiraf Allah yang mencipta makluk, Allah yang mencipta langit, Allah yang turunkan hujan dan sebagainya. Namun berbalik pada soal tuduhan. Di mana kalimah Allah ini juga digunakan oleh mereka bagi tujuan membuat tuduhan yang tidak benar dan menyeleweng.

Apabila kalimah ini digunakan sebagai satu pengiktirafan, ia adalah baik kerana ia merupakan salah satu daripada permulaan dari sudut dakwah tetapi apabila ia digunakan untuk menyelewengkan Allah dan memberi kekeliruan pada umat Islam, maka ia sangat berbahaya. Apabila saya ditanya adakah setuju ia digunakan? Saya masih tetap dengan pendirian saya bahawa saya tidak bersetuju bahawa kalimah Allah ini boleh sewenang2nya digunakan oleh akhbar/majalah Herald tersebut.Ada 2 alasan dan pandangan saya secara peribadai setelah mendengar pandangan dan wacana secara ilmiah yang diadakan.

Pertama, tidak ada salahnya jika SESEORANG KRISTIAN/non-muslim ingin menggunakan kalimah tersebut dan di situ nampak satu peluang untuk kita argue mereka ataupun memungkinkan mereka berasa keliru akan apa yang diperkatakan. TETAPI, jika sebuah MAJALAH atau AKHBAR yang digunakan oleh sebuah GEREJA maka tidak setuju jika kalimah tersebut digunakan. Hal ini akan menyebabkan kekeliruan dan kesangsian terhadap umat Islam yang kurang pegangannya. Akhbar atau majalah adalah suatu edaran yang akan serap terus ke dalam minda pembacanya. Ini suatu perkara yang membimbangkan. 

Teringat pula pada kata2 Dato’ Dr Abdul Monir semalam. “Kamu tak perlu takut kpd hakim, tapi kamu perlu bimbang dgn apa yang ada dalam kepala dan fikiran seorang hakim tersebut.” Pada saya, ayat ini sungguh mendalam maksudnya,bukan sahaja dalam isu ini malah isu2 yang terdapat di dalam Negara ini juga. Dari sudut undang2, mahkamah itu tidak terikat dengan fatwa dan argument dari sudut agama tidak akan diambil kira. Kenapa tidak dihantar ke mahakamah syariah?? Kes ini tidak boleh di bawa ke mahakamah syariah, bukan di bawah mahkamah tersebut. Jadi, apa agaknya yang perlu kita lakukan? Salah satu cara yang disebut oleh Dato’ Monir ialah menggunakan hujjah yang kuat dan tidak boleh sekadar bermain dari sekeliling isu tersebut. 

Oleh itu, dari pengamatan saya, isu ini membawa 2 perkara iaitu satu peluang dan juga kebimbangan. Peluang untuk menerangkan kepada umum apakah itu Islam yang sebenar dan Allah di dalam Islam dan siapa ‘Allah’ di dalam Kristian. Kebimbangannya pula bila mana tersebar akan kalimah ini daripada bukan yang ahli maka akan menimbulkan keraguan pada umat Islam yang masih mencari identity agamanya. 

Kecerdikan mereka(Kristian) ialah melakukan perkara yang akan menimbulkan persamaan dan membuat satu tarikan daripada persamaan tersebut. Jika kita lihat, sembahyang Islam, 5kali sehari. Sembahyang Kristian setiap hujung minggu. Puasa islam 30 hari, mereka juga ada yang disebut iaitu makan sikit2. Amar ma’ruf nahi mungkar dalam Islam juga ada mengajak kebaaikan dan menentang kebatilan di dalam Kristian. So?? Apa bezanya jika ia dilihat dari mata kasar seorang muslim yang goyah imannya??
Adakah kita kisah apabila keluar satu artikel atau majalah seperti ini..??









 Sama! tapi tak serupa!

 Apa pun terlalu ramai yang khilaf akan hal ini dan mempunyai ijtihad sendiri. Ia merupakan satu peluang dan satu kebimbangan pada kita, sama2 muhasabah kembali..
Allahu'alam...ini cuma perkongsian yang membawa kita sama2 berfikir...

2 comments:

Abu khuzaifah January 9, 2010 at 3:35 PM  

menarik pandanagn sahabat.. berkenanan isu ini..
bagi saya isu ini juga akan menimbulkan persoalan berkenaan pluralisme agama.. nie mungkin salah satu kristian Liberal dan keduanya pendapat mereka nie jelas bersalahan dengan agama kristian sendiri. setahu saya xde pengunaan nama Allah dlm kitab suci mereka.cuma ada perkataan ilah kenapa x digunakan ilah.. ketiga jelas ada agenda tersembunyi oleh mereka beria2 nak gunakan kahlimah sedangkan sebelum ini mereka x pernah guna.. dan keempat apa yang saya bimbang nie mungkin permainan puak2 freemason atau illumuniti nak kacau bilau negara ini. peluang mereka memanipulasikan politik dan suasana di negara kita. dan mereka sendiri bimbang kebanyakan umat Islam makin ramai sedar penghayatan terhadap agama mereka.. lihatlah masjid2 sekarng nie semakin ari semakin ramai.. (sekadar pandangan)

bersatu memimpin perubahan

zuraini January 13, 2010 at 12:19 AM  

ya, ada benarnya juga dalam pandangan saudara tersebut. saya bersama rakan2 pun selalu jgk membincangkn isu ini namun apa lebih menarik apabila ada 2 peluang yg sy lihat. Pertama mgkin kita bleh gunakan sebagai peluang utk kita sampaikn kebenaran krn hanya apbila timbul isu seumpama ini barulah org nak cakna...

tetapi ada lg yg sy nampak iaitu dari sudut peluang politik. sy tak mahu ulas pnjang tntg perkara ini dan saya fkir, org di luar mgkin nampak sndiri yg mana masing2 (parti) nak memenangi hati rakyat dengan isu ini dan ianya x wajar berlaku...
Allahu'alam..=)

Post a Comment

Aku Wanita....