Sunday, October 25, 2009

Aku Sudah Tewas


Kita pernah tewas?? Pernah melakukan dosa?? Kita anggap kita sudah gagal mengecapi kejayaan?? Sekiranya diteliti akhir-akhir ini, ramai remaja dan anak-anak muda terjebak dalam kancah penagihan dadah, pengambilan pil khayal, menjalin hubungan luar nikah yang bebas , lari dari rumah, permusuhan dengan ibu bapa dan pelbagai masalah serta kerosakan sosial. Malah ada yang dirogol oleh saudara sendiri dan orang yang tidak dikenali.

Kita melihat dunia kita gelap. Tiada harapan dan kita sudah tewas serta tiada manfaat mahu meneruskan kehidupan. Kita tidak mampu keluar daripada tempurung penagihan, zina dan sebagainya. Kita terus biarkan diri kita hanyut. Kita sangka sudah tiada jalan keluar bagi masalah kita.

Sekarang sudah sampai masa melihat cahaya di hujung terowong. Kita masih mempunyai harapan untuk berjaya. Tuhan menjelaskan di dalam Quran surah al-Furqan ayat 68 yang bermaksud, “Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan lain dan sentiasa bersama-sama Tuhannya. Tuhan pasti menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan….”

Gagal adalah perkara yang biasa. Tetapi, kita mesti bangun semula untuk Berjaya. Menggunakan kegagalan bagi memperoleh kejayaan adalah sikap yang positif. Kejayaan yang kita peroleh selepas kegagalan,menjadikan kita benar-benar menghargainya. Sila ikuti kisah fadhil rahman (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pelajar yang menggunakan kegagalannya untuk kejayaan.

Semester lepas keputusan aku jatuh merudum. PNG 3.3 sahaja. Kenapa? Aku kena check balik dan post moterm sebab kegagalan aku. Sedangkan sebelum ini aku antara top five dalam kuliah. Selalu tersenarai dalam anugerah dekan. Arrrrrggghhh !!! memang susah aku mahu terima kegagalan ini. Semua teman-teman bertanya. Adakah aku putus cinta? Apa masalah aku? Pensyarah-pensyarah pun mahu jumpa, tentu mahu bertanyakan sebab keputusan peperiksaan semester lepas yang tidak memuaskan. Aku kena senaraikan sebab-sebabnya :

1.    Selama ini aku duduk di barisan hadapan, tetapi kerana datang lewat aku dapat tempat di belakang.
2.    Aku lewat ke kelas kerana menghadiri mesyuarat aktiviti-aktiviti di kolej.
3.    Apabila berada di belakang, aku berborak-borak dengan teman-teman.
4.    Kemudian, aku hilang tumpuan dan focus pada penyampaian-penyampain pensyarah.
5.    Ahli kumpulan kerja kursus kurang memberi kerjasama, kerja kursus dihantar lewat daripada tarikh yang dikehendaki.

Lima sebab aku tidak dapat keputusan yang baik. Sebab yang saling berkait. Sekarang aku mesti atur langkah bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang pada semester ini. Aku mesti :-
1.    Menghadkan mesyuarat dan aktiviti kolej. Tidak membenarkan masa tidurku dicuri bagi memastikan aku dapat tidur awal.
2.    Hadir awal ke kelas.
3.    Berada di kedudukan  paling hadapan.
4.    Member laebih tumpuan dan fokus pada penyampain pensyarah.
5.    Berbincang dengan ahli kumpulan lebih awal mengenai tugasan.
Pada semester yang berikutnya, Fadhil Rahman menulis dalam diarinya:

{Alhamdulillah, benarlah kejayaan yang diperoleh daripada kegagalan lebih manis dan ranum kurasai. Selama ini, walaupun selalu mendapat anugerah dekan, tetapi aku tidak pernah mendapat PNGK 4.0. Syukur, pada semester ini, satu keputusan yang begitu lama aku nantikan sudah aku capai berdasarkan kegagalan, ketewasan dan kejatuhan pada semester sebelumnya. 4.0 buat ayahanda dan bonda tercinta.}

Pap! Diari ditutup. Ada air menitis dari birai kelopak matanya.



Apa yang kita dapat daripada kisah di atas? Fadhil Rahman dalam kisah tadi sudah melakukan analisis pada keputusan peperiksaan dan sebab kegagalannya. Mengenal pasti sesuatu yang tidak kena, mengambil tindakan dan mengatur strategi adalah sesuatu yang positif yang hanya dilakukan oleh orang yang positif untuk berjaya dan cemerlang sahaja.
~Positif Untuk Berjaya~

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....