Wednesday, October 14, 2009

Bidadari Hidupku...


(Episod 2)

“Iman, nanti tolong berikan saya minit mesyuarat tadi ya.” Pinta Aiman kepada setiausahanya, Iman. “ InsyaAllah nanti saya serahkan.” Jawab Iman lantas berlalu meninggalkan bilik gerakan. Aiman duduk sambil tersenyum…….InsyaAllah nanti saya serahkan…..masih terngiang-ngiang di telinganya tutur kata Iman sebentar tadi.

      Malam itu selepas pulang dari surau, Aiman berbaring sebentar di katilnya sebelum memulakan ulang kaji pelajaaran. “ Macam mana?” Tanya rakannya Firdaus. “ Macam mana apa?” Tanya Aiman kembali kepadaa rakannya. “ Ye lah, kau taknak berterus terangkah pada Cik Iman manis tu tentang perasaan kau pada dia?” Terang Firdaus sambil tersenyum-senyum. 

“ Mana kau tahu ni?” Aiman bingkas bangun dan duduk dikatilnya. “ Alah, dah lamaa aku perasan, kita bukan baru semalam berkawan.” Jelas rakan baiknya itu sambil mengenyit mata. Sememangnya Aiman tidak pernah memberitahu kepada sesiapa tentang perasaannya itu.Dia tahu dia pengecut dalam hal ini. “ Dia terlalu berbeza dengan perempuan lain yang pernah aku jumpa sebelum ini. Aku  tak berani, biarlah aku tengok dari jauh je.” Jawab Aiman ringkas sambil bangun dan mencapai buku kononnya untuk memulakan ulang kaji, malas melanjutkan topik itu. Malu pun sama sebenarnya

      Setelah selesai majlis Sambutan Hari Guru, Aiman membuat perjumpaan dengan semua urusetia. Dia berterima kasih kepada semua tenaga kerja yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. “Baiklah sampai disini sahaja, semua boleh bersurai.Emm...Iman Nuraini tunggu sebentar,ada hal sikit.” Aiman memberanikan dirinya. Malam tadi dia sudah menulis surat kepada gadis idamannya itu meluahkan tentang isi hatinya. “Ini ada surat, bacalah.Saya pergi dulu,ada kelas.” Aiman berlalu dengan dada yang berdebar-debar.  
  
       Sudah seminggu tiada apa-apa balasan dari Iman. Aiman benar-benar kecewa, peperiksaan SPM semakin hampir. Hatinya benar-benar kacau. Dua minggu sebelum bermula peperiksaan Aiman mendapat satu memo yang tertulis “ Saya doakan awak lulus dengan cemerlang…..Iman Nuraini.” Aiman benar-benar gembira mendapat memo dari gadis idamannya itu. Tapi bukan itu yang diinginkan dari Aiman, dia mengharapkan jawapan terhadap permintaannya untuk memiliki gadis itu terjawab.
Setelah menamatkan pengajiannya di sekolah.......
 Bersambung....^_^

1 comments:

Shahidah March 9, 2010 at 10:05 PM  
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Aku Wanita....