Thursday, October 15, 2009

Bidadari Hidupku ...



(Episod Akhir)    
Malam itu Aiman tidak dapat melelapkan mata. Dia memikirkan tentang perkara yang berlaku petang tadi. Perasaan malu yang amat dan menyedari kejahilannya sebagai hamba Allah itu kembali membuatkan dia menangis. Egonya sebagai lelaki langsung tidak diendahkan. Dahulu akulah lelaki yang kononnya paling baik, kini akulah manusia pengikut syaitan..

Tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi, Firdaus berada di hujung talian, sebaik mendengar suara temannya itu Aiman mendiammkan diri tanpa sebarang kata. “ Aku tahu kau dengar apa yang nakk aku katakan ini, aku faham apa yang kau lalui, kejutan budaya. Dulu aku pun hampir terkena bahana tu. Sebab tu aku cepat-cepat bertunang dengan Iman Zulaikha kakak Iman Nuraini.” Sebaik mendengar nama Iman Nuraini dadanya bagaikan disentak. Rasa malunya pada gadis itu tidak terkata, terasa diri terlalu hina dipandangan Iman.

 “ Kau masih belum terlambat, kalau kau rasa perbuatan kau salah, bertaubatlah. Allah sentiasa mengapunkan hambaNya yang mahu bertaubat.” Sambung Firdaus. “ Terima kasih, aku malu dengan kau, kaulah sahabat aku selama-lamanya.” Balas Aiman sambil menahan sebak.

      Sebulan kemudian, selepas selesai membaca al-Quran, Aiman terus mengambil sepucuk surat yang ditinggalkan oleh teman sebiliknya di atas meja, surat yang diambil dari peti surat pelajar. Sebaik terlihat nama pengirimnya Aiman terasa sesak didadanya bagaikan ada sesuatu yang menghimpit.

.......dari hari awak menyerahkan surat kepada saya semasa ditingkatan lima, saya sudah ada jawapan kepada permintaan awak untuk jadikan saya teman hidup awak dunia akhirat kerana Allah. Hati saya sentiasa terbuka untuk lelaki soleh seperti awak. Tapi apa gunanya kita mengikut hawa nafsu, masanya belum tiba dan saya bimbang kita akan terjerumus ke arah maksiat. Perasaan saya terhadap awak masih sama seperti dulu. Andai awak masih inginkan saya menjadi teman hidup dunia akhirat  kerana Allah ikutlah landasan yang telah ditetapkan syariat...............Iman Nuraini

     Aku sentiasa menginginkanmu menjadi suri yang halal dalam hidupku... Kau benar-benar wanita solehah yang ku idam-idamkan selama ini. Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah kerana Kau telah memberi peluang kepada hambaMu ini untuk mengecap nikmat kebahagiaan berlandaskan landasanMu. Alhamdulillah Kau telaah menyuntikkan perasan kasihku kepada seorang wanita solehah yang bernama Iman Nuraini.  
~Tamat~

Alhamdulillah...moga cerpen ini dapat diambil iktibar...w/p mungkin tidak lagi menepati syarat penulisan =) tapi ambillah apa2 yang boleh dijadikan pedoman.. >> Terima kasih fatimah atas kesudian berkongsi cerpen ni^_^...

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....