Friday, October 2, 2009

JaNgAnLaH ITU kiTa !!

Bukan lagi satu kejutan bagi kita jika ada dikalangan ahli gerakan atau yang mengaku suatu hari dulu dia adalah pejuang agama Allah lari hilang entah ke mana. Ia bukan lagi suatu perkara yang pelik, bahkan ia seolah-olah menjadi trend terkini.





Mungkin ia berlaku secara berperingkat, hebat dibangku sekolah, hilang di alam kampus. Hebat di kampus, tenggelam dan lemas di alam pekerjaan. Mungkin juga ada yang hebat sehingga alam pekerjaan tapi selepas berumah tangga…terkubur sampai tak tahu mana liang lahadnya. Inilah yang paling kita bimbangi.





Hebatnya seorang ahli gerakan itu dapat dilihat semasa program-program latihan @ tamrin dijalankan. Ada yang sampai sanggup tercedera, ada yang terpaksa atau rela mengorbankan segala-galanya dan ada juga yang semangat melaung-laungkan janji dan kata-kata jihad berulang kali. Namun itu semua ‘retorik’ di dalam tamrin.





Malangnya kita tak mahu sedari akan kepentingan dan manfaatnya di luar kelak. ‘retorik-retorik’ inilah sebenarnya HAKIKAT dan REALITI yang akan kita semua hadapi di luar. Tetapi kita tertipu dengan dunia yang tak pernah menghukum, kita terleka dengan ‘kasih sayang’ yang Allah berikan iaitu tanpa di uji dengan sesuatu yang susah sedikit pun.





Disebabkan itu, ramai yang hilang dan tenggelam seperti yang dikatakan tadi. Mereka merasakan tanggungjawab itu hanyalah di sekolah, di kampus…Tetapi apabila telah keluar dari “kota ilmu” ini maka hilanglah rasa tanggungjawab tersebut.





Sahabat, mentaliti inilah yang WAJIB kita buang. Seharusnya kelak, kita diberi rezeki ke alam pekerjaan, masa inilah yang patut kita manfaatkan untk kerja-kerja Islam dan melunaskan janji-janji kita semasa tamrin dulu.





Agaknya ada yang kurang bersetuju dengan penulis, tetapi jangan kita sempitkan ruang pemikiran kita. Membantu agama Allah ini bukan sahaja dengan jasad, tubuh badan dan fizikal kita, malah banyak lagi cara dan metod yang boleh kita gunakan dalam membantu usaha kita.





Katakan kerja kita dari pagi sampai ke petang, tak dapat bersama jemaah untuk membantu gerak kerja Islam, tapi tidak ada langsungkah masa cuti yang diberikan??





Mungkin juga masa cuti ada aktiviti dan program lain yang lebih ‘aula’ bagi kita, tapi tidak bolehkah kita hulurkan sedikit sahaja bantuan untuk gerak kerja dari segi kewangan.. mungkin! Bukankah kita sudah ada pendapatan??





Atau mungkin juga gaji kita pun cukup-cukup makan sahaja, baru mula nak bertapak..tapi tidak adakah sedikit pun pernyataan sokongan dan doa dari kita?? Bukan kerja untuk mengkritik sahaja..





Penulis sering teringat pesanan yang tak pernah lekang dari mulut seorang murabbi.




“time susah (di sekolah/di kampus) tak ada duit dan tak ada kenderaan, ke mana pun program yang di adakan, punyalah sanggup nak pergi walaupun jauh. Tapi bila dah ada duit, dah ada kenderaan sendiri nanti, program yang dekat pun payah nak nampak muka.”





Bimbangnya kalau-kalau kita tergolong dikalangan orang yang sebegitu.. Iman kita kadangakala di uji dengan sangat dasyat. Perasaan kita juga kadangkala diduga dengan dugaan yang kita tak terfikir akan terjadi pada diri kita. Oleh itu, dari sekarang doa sesama kita sangat diperlukan kerana itu sahajalah senjata yang kita ada untuk keteguhan dan ketetapan hati kita untuk sentiasa berada di dalam lorong ini.





‘Ala kulli hal, sama-samalah kita titipkan pesanan ini. Apatah lagi bagi tangan yang menaip ini...semoga Allah sentiasa mempermudahkan hamba-hambaNya..




Allahu a’lam..^_^

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....