Saturday, October 3, 2009
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun, setitis air mata kerana memohon diperkenankan doa jua takut pada sang Pencipta itu persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencurahkan air mata.
Demi Allah dan Rasul-Nya bukan semata kerana harta dan kedudukan. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempaitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).
Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air mata kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat, mengalir air mata insaf mengharap kemenangan serta rindu akan Rasul-Nya.
"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang" (al-Hasr: 20)
Sabda Rasulullah S.A.W : "Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama ialah titisan darah para syuhada' dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah."
Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali."
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan tentang Syurga kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda: "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmunya dan hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."
Seorang hukamak pernah bersyair: "Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."
Nantikan sambungannya.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment