Thursday, October 22, 2009

Ungkapan Biasa yang Luar Biasa....



            “Dakwah nombor satu tapi pelajaran bukan nombor dua”. Selalu atau tidak bagi ahli gerakan atau ahli badan dakwah khususnya mendengar kenyataan ini?? Bohonglah jika anda katakan anda tidak pernah mendengar perkataan atau kenyataan ini di sebut bahkan bagi saya, perkataan ini sering kali di ulang-ulang dan sering menerjah dalam gegendang telinga kita sehingga menusuk dan mencucuk ke dalam hati sesetengah ahli.
            Saya tidak katakan ianya tidak baik dan tidak bagus, ianya sangat bagus sebagai peringatan bagi kita. Namun apa yangs aya hendak kemukakan dalam penulisan saya hari ini adalah berkenaan fitrah, kelekaan, rasa tanggungjawab dan ambil tahu.
            Beberapa hari yang lalu saya ada membincangkan isu ini dengan beberapa orang rakan yang bukan seorang mahasiswa “aktif” yang bergerak ke sana ke mari. Namun pada saya adalah tidak wajar seandainya kata-kata orang sebgini tidak diambil kira.
            Kelihatan kini, mahasiswa “aktif” terlalu asyik dan leka dengan ‘kerja-kerja’ amal dan dakwah mereka sehingga melupakan kuliah, assignment dan sebagainya. Kelas entah ke mana, assignment pun sentiasa lewat dari tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah, sehingga kadang-kadang terbabas menyebabkan berlakunya plagiat dikalangan mereka. Ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan bagi mereka yang mempunyai potensi di pelbagai bidang dan sudut yang baik.
            Pernah suatu ketika di dalam sebuah kuliah saya bagi subjek pembangunan insan dan pembangunan minda, soalan yang sama dan jawapan yang sama telah diberikan oleh pensyarah. Katanya, manusia ini mempunyai pelbagai sifat fitrah yang dikurnia Allah seperti marah, dengki, malas, rajin, baik, pandai dan sebagainya. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa akan sifat buruk itu apabila hadir dalam diri kita kerana ia fitrah yang Allah beri kepada manusia. TETAPI kitalah yang harus pandai menggunakan segala sifat itu agar terdorong kepada kebaikan dan ianya bermula dengan hati dan keinginan.
            Bagaimana kita nak uruskan sifat-sifat buruk kita, bagaimana pula kita nak uruskan sifat baik kita.. Begitu juga dalam soal tanggungjawab kita selaku mahasiswa atau pelajar. Ponteng kelas disebabkan perkara-perkara tertentu atau pun rasa malas, lambat datang ke kelas, assignment lambat hantar dan sebagainya itu adalah normal. TETAPI katanya, dalam apa jua kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang normal, dia akan kembali kepada fitrah yang benar dan tentu sekali berlakunya muhasabah. Bagaimana pula bagi mereka yang tak sedar-sedar ni??? Ooo itu kata ustaz, kurang ataupun tidak normal.
            Pelik juga kami, takkan la dia tak normal kot. Rupanya bagi mereka ini tiada kesedaran lagi dalam diri. Nak hati kering pun biarlah bertempat.. saya pun bukanlah langsung tidak  pernah melakukan kesalahan dan kesilapan tersebut, tetapi kehadiran teman-teman dan Allah datangkan rasa susah tu dapat memotivasikan diri sendiri. Tapi yang peliknya ada juga orang yang tak nak sedar-sedar ni. Apa lagi yang perlu dibuat??
            Kesibukan di masa-masa tertentu mungkin menyebabkan mahasiswa’aktif’ ini keletihan, bebanan kerja di benak fikiran, masalah-masalah tertentu juga memungkinkan mereka agar berfikiran kritikal sehingga kehabisan ‘minyak’, akan tetapi janganlah sampai kita mengabaikan satu lagi tanggungjawab kita. Lihat semula ayat di atas, tidak ada yang dikatakan nombor 2 bukan??  Saya tak nafikan pelbagai sudut pandangan yang berbeza di antara kita dalam mentafsirkan ayat tersebut tetapi ia bakal mempersoalkan pelbagai faktor mendatang.
            Justeru , kerja-kerja berkumpulan yang diabaikan secara ‘kejam’ (maaf, tak tahu nk guna ayat yg agak baik), menzahirkan pandangan buruk teman-teman dan sebagainya. Jangan anda salahkan orang lain seandainya anda tidak mempunyai patner dalam melaksanakan kerja kumpulan lantaran rekod buruk anda pada masa lalu dalam menyumbang sedikit ‘lelah’ hatta 5% dalam tugasan tersebut dan sekurang-kurangnya rasa nak AMBIL TAHU…
            Ya!  Memang ada teman-teman yang memahami, tetapi bagaiman pula dengan teman-teman yang kurang nak memahami kita? Sekurang-kurangnya bagi mereka sumbangan 5 atau 10% kita itu sudah cukup memadai bagi mereka meneruskan tugasan lantaran kita yang mungkin terlalu sibuk atau sengaja menyibukkan diri. Anda perlu ingat, kita seolah-olah menumpang hasil kerja orang lain secara totally. Terkilan apabila mendengar aduan beberapa orang teman berkaitan dengan hal tersebut.
            Sekali dua mungkin normal, tapi adakah berkali-kali dan setiap kali itu boleh dikatakan normal lagi?? Itulah yang dimaksudkan tadi, iaitu bermula dalam diri kita sendiri yang tidak mempunyai kesedaran untuk menyedarkan diri sendiri. Hal ini disebabkan orang lain dah tak jalan nak sedarkan kita. Rasa tanggungjawab dalam pelajaran sudah samar akibat kita merasakan tanggungjawab kita lebih dalam dakwah, dalam gerakan dan juga dalam persatuan-persatuan tertentu sedangkan teman-teman yang dikira memahami tugasan kita juga kelihatannya turut bertungkus lumus dalam tugasan pelajaran. Mungkin agaknya kita buat dalam diam.. tapi macam mana pula orang boleh perasan ye??
            Sekadar perkongsian dan peringatan bersama buat anda sahabat-sahabatku dan DIRI SENDIRI terutamanya. Bimbang kehidupan dan nikmat ini ditarik bila-bila masa oleh Allah Ta’ala. Ku mohon doa agar dijauhi rasa riak dan takabbur juga ku mohon agar diajuhi rasa hasad yang memakan hati manusia berakal.         Dah nak exam ni, saja mintak sedar-sedarkan diri masing-masing terutama bagi tangan yang menaip ini.. Allahu ‘Alam.. ^_^

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....