Thursday, October 15, 2009

Bidadari Hidupku ...

     (Episod 3)

     Setelah menamatkan pengajiannya di sekolah tiada sebarang jawapan yang diterima, sama ada permintaannya di terima atau ditolak, yang diterima hanyalah sehelai memo ringkas. Kini Aiman memulakan tahun pertamanya di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan perubatan. “ Hello!!! Tercapai juga hajat kau nak jadi doktor ya…” Kedengaran suara girang Firdaus teman baiknya semasa di sekolah dahulu dihujung talian. “ Kau pun apa kurangnya bakal peguam terhormat.” Balas Aiman kepada temannya yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.

      Sudah hampir setahun tiada khabar yang diterima daripada Iman, gadis pujaannya semasa di sekolah. Kerinduan Aiman terhadapnya juga kian luntur setelah beberapa bulan berada di UPM. Sikapnya juga berubah,jarang sekali surau menerima kunjungannya. Dia juga semakin rapat dengan seorang gadis yang yang sememangnya memasang niat untuk merapatinya sejak awal perkenalan mereka. Intan, gadis cantik yang menjadi rebutan  lelaki kini bagaikan belangkas dengan jejaka yang turut menjadi sebutan pelajar perempuan , Aiman. Mereka juga tanpa segan silu kehulu kehilir bersama-sama walaupun dilihat pelajar lain.

    Pagi itu Iman menemani kakaknya Iman Zulaikha ke sebuah restoran di satu pusat membeli belah untuk bertemu dengan tunangnya. “Ika, saya  minta maaf kalau ika rase seperti dipaksa  untuk bertunang dengan saya. Saya tahu kita terlalu muda, tapi saya takut Ika dikebas orang semasa di madinah nanti. ” “Tak mengapa, Ika tak kisah mungkin ada hikmahnya”  balas Zulaikha sambil tersenyum. Iman yang dari tadi memerhatikan mereka tersenyum sambil meneguk air. Firdaus telah meminang kakaknya sebelum kakaknya berangkat ke Madinah. Dia sedar niat Firdaus baik, dia juga sedar bahawa Firdaus sangat menyayangi kakaknya sejak setahun yang lepas selepas berkenalan dalam satu program kemasyarakatan .

               ##############@@@@@#################
 


    “I love u Aiman…” terdengar kata-kata itu di cuping telinga Aiman semasa sedang duduk di sebuah kerusi panjang yang disediakan di pusat membeli belah itu. Lantas satu kucupan singgah di pipi dari seorang wanita yang duduk bersebelahan dengannya. Aiman pantas memeluk pinggang wanita di sebelahnya sambil tersenyum. Tanpa disedari ada tiga pasang mata yang sedang memerhati perlakuan mereka tidak jauh dari situ. Aiman tergamam apabila memusingkan kepalanya ke arah tiga orang yang amat dikenalinya itu. 

    Teman baiknya Firdaus,seorang wanita yang berdiri di belakang Firdaus dan yang paling mengejutkannya wanita yang sekian lama ditunggu-tunggu, Iman berdiri di sebelah wanita tadi turut melihat perlakuannya. Perasaan malunya tidak tahu lagi hendak dicampakkan ke mana. Air mata lelakinya lantas jatuh menyedari kesilapannya. Dari jauh dapat dilihat teman baiknya Firdaus dan wanita disebelahnya tergamam tanpa sebarang kata dan Iman hanya menudukkan pandangannya. Mereka terus berlalu meninggalkan Aiman bersama gadis cantik di sebelahnya. 
Malam itu Aiman tidak dapat melelapkan mata...

Bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....