Tuesday, October 19, 2010

Harus Lebih Bijak


19 Okt, Kuala Lumpur: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) menggesa agar pihak kerajaan mengambil berat akan masalah sosial yang semakin membarah dikalangan masyarakat di Malaysia terutama golongan remaja. Begitu juga yang dilihat di kampus-kampus Negara. Anak muda merupakan asset bernilai di masa hadapan namun tidak ada satu pelaksanaan serius untuk membanteras dan mencegah gejala sosial ini.
Masalah pembuangan bayi yang dapat dilihat diserata tempat dan daerah di Malaysia ini menunjukkan bahawa masyarakat sebenarnya tidak ambil peduli dan tidak cakna dengan keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Permasalahannya bukanlah bermula selepas bayi dibuang akan tetapi mesti dilihat kepada masalah akarnya iaitu perbuatan sumbang mahram, zina dan sebagainya yang menyumbang kepada masalah tersebut.
“Sangat mendukacitakan sekali apabila setiap hari kita mendengar kes buang bayi ini di dada-dada akbar. Namun, tidak ada satu langkah pencegahan yang diperkasakan daripada awal atau akar permasalahan.”
Menurut Setiausaha MPMN, Siti Zuraini bt Mohd Jenan, pelaksanaan yang dijalankan oleh kerajaan untuk mewujudkan sekolah mengandung bukanlah kaedah atau penyelesaian yang terbaik sedangkan gejala sosial remaja tidak diendahkan. Katanya di dalam sidang media, seharusnya kerajaan mahupun NGO-NGO yang ada perlu melihat kepada masalah utama dan mencari penyelesaian daripadanya.
“Hanya dengan didikan agama dan moral sahaja yang dapat menyelamatkan generasi muda sekarang. Kita tidak mahu proses ‘menyelamat’ dengan mewujudkan sekolah mengandung, tetapi remaja kini memerlukan proses pencegahan sebelum terjadinya sesuatu perkara yang buruk.” Tambahnya lagi.
Sebagai satu badan mahasiswa di kampus nasional, MPMN menyarankan kepada seluruh mahasiswa supaya menjadikan isu ini sebagai satu kebimbangan yang sangat berat kerana titik tolak kepada sebuah Negara itu adalah generasi mudanya. Maka, mahasiswa perlu lebih banyak turun kepada masyarakat dan anak-anak di sekolah dengan pelbagai modul dan aktiviti sihat supaya generasi baru harapan ummah dapat dilahirkan.
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)

4 comments:

Nur Madihah October 20, 2010 at 5:48 PM  

permasalahan utama sekarang, kebanyakan remaja tak gemar mengikuti aktiviti2 sihat...malah cenderung kepada hiburan semata2..solution terbaik perlu dicari secepat mungkin..(^^)

zuraini October 20, 2010 at 10:24 PM  

banyak dalam pmbentangan metodologi dakwah yg dibincang, salah satu antara metod yg di bawa adalah menganjurkan kem2 mungkin di hutan ke..perkelahan ke...dalam tu kita boleh buat pengisian like usrah dgn pengisian yg ringan...=)
menarik jika kita punya modul yg baik dan ringan utk mereka.. seronok dapat pi dgr usrah bro yusri..mcm2 cara kita nk tarik mereka sprt d atas dab lain2...huhu^_^

Nur Madihah October 21, 2010 at 9:19 AM  

btul~selain hiburan,kebanyakan tapi tak semua remaja2 suka aktiviti2 yang mencabar...so,melalui aktiviti2 sdemikian boleh diselit dengan pengisian rohani y boleh mengetuk hati supaya mereka boleh brubah kepada remaja yang lebih unggul...^^

zuraini October 22, 2010 at 9:56 AM  

ya..betul tu..ada perancangan utk bawa adik2 di felda utk riadhah setiap petang, then bleh jumpa selalu.. remaja ni just nak kan perhatian kita je, dia perlukan teman, perlu tempat utk dia bercerita itu dna ini..gunakan kaedah ini juga salah satu cara utk memenangi hati remaja...^_^,,

Post a Comment

Aku Wanita....