Wednesday, November 24, 2010

"USRAH" Hassan al-Banna 2

11. Berseimbangan: “Berseimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar “takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sunggul untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri. Dasar “Bersaimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari “ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Bersaimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya. Perhatikan sabda Rasul:

لان یمشي احدآم في حاجة اخيه خيرله من ان یعتكق في مسجدي هذاشهرا
Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)

Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya: (Barang siapa memberi kesukaan
kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga). Mudah-mudahan Allah padukan saudara-saudara sekelian dengan pertolongannya sendiri; kerana Allah itulah sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

12. Wahai Saudara-saudara Ikhwan:
Jika saudara-saudara faham maksud di dalam “kewajipan-kewajipan” yang dihadapan saudara saudara, dan di dalam “kerja-kerja” yang dihadapan saudara-saudara, jika saudara-saudara mengerjakannya maka disitulah terletaknya segala sesuatu yang boleh menjayakan rukun-rukun “Ber-Usrah” tadi. Oleh itu, saudara-saudara hendaklah sentiasa menyemak tugas tugas yang bercorak “tugas tolong-menolong” dan tiap-tiap ahli “ikhwan” hendaklah memeriksa dirinya sendiri untuk melaksanakan “kewajipan-kewajipan” tersebut.

13. Selain dan itu, hendaklah tiap-tiap “ikhwan” itu benar-benar menghadiri pertemuan-pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun, kemudian hendaklah ia segera menunaikan kewajipannya untuk “Tabung Usrah” atau (Sun-duu-qul-Usrah) iaitu cawangan “Usrah” yang ia sendiri menjadi ahlinya sehingga dengan demikian hendaknya janganlah sampai ada ahli yang tidak menunainya.

Sebenarnya, apabila saudara dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewangan seperti yang tertera tadi maka tidak syak lagi rukun-rukun “Usrah” kita ini nakan terlaksana dengan jayanya. Akan tetapi, sebaliknya, jika saudara-saudara mencuaikannya maka segala rukun dan peraturan tersebut sudah tentu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati; dan dengan matinya “Peraturan Usrah” yang baik ini akan rugilah gerakan “Dakwah” ini kita serugi-ruginya. Perlu ditegaskanbahawa gerakan “Dakwah” kita ini amatlah dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi umat Islam seluruhnya.

14. Banyak juga di antara saudara-saudara “Ikhwan” kita bertanya: “Apakah yang hendak dibuat di dalam pertemuan-pertemuan kita tiap-tiap minggu selaku sebuah “Usrah” menurut susunan dan peraturan ini?” Perkara ini mudah sahaja; kerana alangkah banyaknya kewajipan kita sedangkan masa kita terlalu sedikit; oleh itu pertemuan-pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:

15. Perkara (1): Membentangkan Kesulitan:
Tiap-tiap seorang “ikhwan” hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara saudara yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu; dan ini hendaklah dilakukan di dalam suasana “ukhuwah” yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas “saling percaya mempercayai” seperti mana juga dapat diperkukuhkan tali hubungan “ukhuwah”. Rasul bersabda:

المؤمن مراّة اخيه
Ertinya: (Orang mu’min itu cermin bagi saudaranya).
Dengan demikian kita berharap semoga tercapailah sedikit sebanyak hikmat yang tersaji di dalam hadith Rasul yang berbunyi:

مثل المومنين قي توادّهم وتراحمهم وتعاطقهم آمثل. الجيد الواحد. اذااشتكه منه
عصؤتداعي له سائرالجسد بالشهروالحمي
Ertinya:
(Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam ertikata belas kasihan mereka sesame mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka turut menanggunglah seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam).

16. Perkara (2): Bermuzakarah:
Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam; hendaklah menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yang diedarkan oleh Pucuk Pimpinan kepada seluruh cawangan “Usrah”. Dalam satu-satu pertemuan “Usrah” janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengking herdik kerana semuanya adalah dikira “haram” menurut Undang undang Usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak di penjelasan lanjut mengenai cadangan yang sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada “Ketua Usrah” supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada “Pucuk Pimpinan”. Jangan dibuat
keputusan mengenai sesuatu perkara dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang bersikap terburu dengan firmanNya:

واذاجاءهم امرمن الامن اوالخوق اذاعوابه
Ertinya:
(Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara mengenai keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya.)

Setelah Tuhan mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu. Tuhan berfirman:

ولوردوه الي الترسول والي ألي الامرمنهم لعلمه التذین یستنبطو نه منهم
Ertinya: (Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada Pihak Berkuasa dan antara mereka sendirii nescaya orang-orang yang menimbangnya itu menge tahui hakikatnya.)

17. Perkara (3): Kajian Buku:
Hendaklah saudara-saudara mengadakan suatu kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara-saudara angkatan Ikhwan beraleh pula untuk menjayakan erti “Ukhuwah” hatta dalam perkara-tunjuk “muka manis” sekalipun; dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang berfaedah seperti itu yang mana tentulah tidak termuat oleh terlalu banyaknya di dalam kitab-kitab dan buku-buku. Perkara-perkara ini tentulah tidak dapat disedia sekali gus di dalam “Taklimat-Takimat” dalam perkara perkara seperti ini; iaitu seperti menziarah orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat walaupun dengan hanya sekadar kata-kata yang baik; mencari dan bertanyakan hal tentang saudara-saudara yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan; dan menanggong bebanan saudara-saudara yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali
“Ukhuwah” dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang di dalam hati masing-masing.

18. Rencana Tambahan:
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan di antara saudara-saudara “Ikhwan Muslimin”, maka mereka sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yang berikut: -

(1) Mengadakan perkelahan yang bercorak kebudayaan untuk melawat ke tempat-tempat yang ber sejarah, gudang-gudang perusahaan, dan sebagainya.
(2) Mengadakan perkelah-kelahan riadzah pada tiap tiap bulan.
(3) Mengadakan perkelah-kelahan berdayong sampan.
(4) Mengadakan perkelah-kelahan ke bukit-bukit, ke padang-padang pasir dan ke ladang-ladang.
(5) Mengadakan bermacam-macam perkelahan dengan mengguna basikal.
(6) Berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
(7) Sembahyang Subuh berjama’ah di masjid Sekurang-kurangnya seminggu sekali.
(8) Berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Tamat.. Selamat Beramal ^_^,,

0 comments:

Post a Comment

Aku Wanita....